Bismillah.
Assalammualaikum.
Beli Emas Di Kedai Emas Miragold Pasir Gudang | Rupanya kawasan kedai emas miragold pasir gudang ni aku dah pernah sampai. Masa tu aku beli barang dekorasi rumah kat area situ. Patutlah macam pernah datang je. Shop lot kedai emas ni memang bersebelahan dengan Lotus je tau. Ko akan nampak signboard Miragold dari jauh. Kedainya pula bertemakan Tiffany Blue. Aku berkenan sungguh dengan warna ni, lawa dan sejuk mata memandang.
Kedai emas miragold pasir gudang ni merupakan cawangan kedua yang paling besar di Johor tau. Satu lagi cawangan di Bandar Baru Uda, Johor. So far menang tak ada cawangan di luar Johor ye. Rasa bangga apabila pemilik kedai emas ni adalah seorang wanita yang berasal dari Kluang, Johor. Orang melayu dah berani ceburi bidang emas kan? Boleh dikatakan memang kedai emas kat Malaysia ni, banyak orang melayu yang pegang.
Beli Emas Di Kedai Emas Miragold Pasir Gudang
Melangkah masuk je kedai ni, ada staff di kaunter reservation dan akan memberikan nombor giliran. Kedai emas ini menggunakan sistem nombor giliran ye! Bagi aku, ianya servis terbaik agar tiada pelanggan yang boleh potong barisan. Aku perasan juga, di luar mereka ada menyediakan beberapa kerusi untuk pelanggan duduk sekiranya di dalam kedai penuh.
Untuk pengetahuan semua, kedai emas ini amat menitikberatkan akan servis dan design emas yang ada disini. Perkhidmatan servis ni aku memang suka stylenya. Staff kat sini ramah-ramah walaupun aku datang cuma nak review sahaja. Aku pun macam menyesal tak datang sini lagi awal kan. Staff di sini juga mereka ni memang pakaian yang seragam. Pakaiannya bertemakan Tiffany Blue juga tau.
Lepas itu, aku perhati je keseluruhan kedai ini. Memang cantik sangat dekorasinya. Oh ya, kedai ni ada dua bahagian tau. Bahagian atas untuk cincin dan gelang tangan. Di bahagian bawah pula, untuk rantai leher, subang, charm pandora dan sebagainya.
Kalaulah ketika membeli tu, korang nak solat atau membuang air. Di sini pun menyediakan surau dan toilet ya. So sesuailah untuk suami ko tunggu dan solat di sini. Ko tengok gambar pun dah cukup mewahkan kedainya. Ko akan rasa berbaloi dengan servis dan dekorasi yang kedai emas ni bagi kat ko.
Untuk design emas, thorbaikk sungguhlah. Aku first time jumpa design paku. Hahahaha. Aku dah aim dah semalam, macam nak beli je cincin paku tu. Aku tak suka design meriah ni, aku lebih suka design simple. Di kedai emas miragold pasir gudang, ko boleh pilih beli lebih dari 300 design tau. Macam macam jenis design dan nama. Nama emas tu pun sampai aku tak ingat, sebab terlalu banyak. Design di sini, setiap minggu diorang akan bawa masuk. Cuma ko kena prepair duit poket je lah ye, confirm ko akan tergugat.
Ko akan puas hati dengan tawaran pelbagai design, saiz, dan berat barang kemas 999 dan 916 untuk menepati citarasa pelanggannya. Jenis barang kemas yang dijual antaranya Rantai Leher, Rantai Tangan, Rantai Kaki, Loket, Charm, Bead, Cincin, Subang, Gold Bar dan Silver Bar. Ada juga menyediakan kemudahan untuk pelanggan trade-in barang kemas dan juga membeli emas dari pelanggan dengan harga yang tinggi di Johor.
Kat sini juga, ade certain emas yang takda upah pun. Lagi seronok, ade servis ukiran nama. Pagi ko order untuk ukir nama kt emas, petang dah boleh amik. Jgn risau, tukaang emas professional! Trade In pun tertinggi setiap masa. Nak hadiahkan suami pun boleh ye! Ko beli cincin silver yang berharga RM499 dan ko boleh dpt hadiah sejadah original dari Madinah. Ko hadiahkanlah untuk suami atau ayah korang. Jangan ingat, nak beli utk diri sendiri, untuk lelaki pun boleh beli.
Bagi pelanggan yang tinggal jauh boleh cuba cuci-cuci mata di channel telegram dan live facebook untuk melihat stok barang kemas yang ada di Kedai Emas MiraGold Pasir Gudang. Usah bimbang, stok emas Kedai Emas MiraGold sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan dari para pelanggannya.
Kalau ko nak tengok gambar emas yang lain, boleh singgah ke FB Page ye. Kat sana banyak gambar emas menarik.
Ha apa macam? Aku jamin untuk peminat emas di luar sana akan menyukai Kedai Emas Miragold ni. Servis, kebersihan dan kekemasan kedai pun super b! Confirm ko akan datang lagi untuk beli emas.
Untuk info lanjut, ko boleh klik link di bawah ni ye.
5 Comments
Ingat emas ingat Miragold. Jom support anak muda hehe
assalamualaikum shu....mmg best ke kedai emas miragold ni mcm2 design menarik hati ada disini...berpinor2 mata memandang nak beli ke x...hahaha
Meriah betl yaa kedainya, dekat jerr dengan rumah Sis...
ingat emas, ingat miragold.. holaholahola hehehe
Mantappp! Saya suka jugak design design kat situ! Syok g sini..
Sila tinggalkan comment korang disini!