14 Jun 2022

Nak Pageviews Naik, Ko Kena Back To Basic

Bismillah.
Assalammualaikum.

Nak Pageviews Naik, Ko Kena Back To Basic | Lately, pageviews blog aku makin merundum. Aku pun tak pasti disebabkan apa. Kadang tu banyak keberangkalian pageviews ni menurun kan. Mungkin sebab bila pv turun, terus nak tukar template. Padahal puncanya datang dari broken links? atau sebagainya..

Sebab tu, kebarangkalian punca pv turun ni kita sendiri pun tak boleh nak agak. Kena try and error juga. Aku bukannya pandai sangat bab pageviews. Tapi, aku banyak membaca dan cuba toturial untuk naikkan pv. Kadang kalau tak faham, aku tanya je dengan blogger lain.

Baca ini juga: Tips Naikkan PV Blog Dengan Cepat

Ada blogger cakap, mungkin pv turun sebab ramai yang berpindah ke tiktok. Manusia ni nak tengok benda yang mudah macam video je. Jenis yang rajin membaca ni, 1 dalam beribu je yang jumpa. Tengok video ni lagi senang daripada membaca.

Sebabkan tiktok nilah, ramai juga blogger yang beralih menjadi tiktokers or influencer. Job review pun mudah dapat, janji banyak followers. Zaman sekarang mana ada yang nak membaca, betul tak? Blogger ni kena bersaing dengan influencer lain untuk terus hidup. Apatah lagi aku ni yang menjadikan blogger sebagai sumber kewangan yang pertama. Rasa nak menangis sebab kena jaga selain blog ye. 

Jadi, sebagai blogger ni janganlah rasa terancam pula dengan influencer lain. Selagi google tu masih berfungsi, selagi itu blogger masih boleh bernafas lega. Melainkan kalau blogger.com tu sendiri dah surrender.

Nak Pageviews Naik

So apa nak buat bila blog ko dah semakin merundum pageviewsnya. Kalau tiap pagi, ko check mesti ko boleh menangis. Hahahaha, macam aku lah. Selama ni boleh je dapat ribu ribu sehari, sekarang lepas 12 jam masih 500 views je. Sendu kan.

Ko kena Back To Basic. Maksudnya disini ko kena buat beberapa perkara. Pertama, ko kena komen blog orang. Orang komen blog ko, kena reply. Sebelum ni pun aku ada tulis pasal komen blog orang ni. Sehari kalau boleh 20 blog ko kena singgah dan komen. Dengan syarat, ko bacalah artikel blog tu dulu, jangan terus komen je. Kang tak tahu pula, apa point penting dalam artikel yang ko nak komen tu. 

Kedua, sehari kena 2-3 kali update blog. Biar google nampak, ko ni seorang yang rajin update blog. Kalau dah malas sangat, ko baiki balik entry lama ko tu. Cuba ko panjangkan ayat entry lama, tambah gambar elok elok dan tukar title baru ke. Lepas tu, ko republish je. Ini cara mudah untuk ko yang jenis malas nak update. As long as, pembaca datang dia tahu ko sentiasa update blog, walaupun artikel lama.

Ada faham ka?

Sekarang ni, aku nak fokus untuk buat basic yang kat atas tu. Nak tengok ada tak perubahan dalam masa seminggu ni. Kalau ada, kena teruskan sampailah ko berpuas hati dengan pageviews ko. Cuma aku nak nasihatkan, kalau blogger lain tak komen blog ko. Its okay, jangan bersedih. Sebab ada je blogger lain yang akan komen blog ko. 

Apa-apa pun, ko kena pastikan ko buat 2 basic tu dulu. Jangan patah semangat! 

 



13 ulasan:

  1. Betul kak, sebab malas ini kekadang blog Naim sendu. haha. :)

    BalasPadam
  2. Kak Yan pun repair aje Entry lama Kadang kadang tu. Ejaan repair elok elok. supaya Senang masuk google enjin

    BalasPadam
  3. Memang betul.. PV nak naik kena rajin update, kena rajin balas komen di blog.. bab blogwalking tu ikut suka dan rajin, kalau malas BW join exchange komen blogger.. tapi bab template, rasanya takde kena mengena, tukar laa tempalte apa pun, kalau tak update.. cmne PV nak naik hehehehe..

    Paling penting.. jangan banyak sangat ubah suai coding blog..

    BalasPadam
  4. betul tu, tapi akak ni rajin sehari sekali je buat status

    BalasPadam
  5. Betul. Memang kena back to basic kalau dengan blog ni. Tak boleh tinggal. Kalau lama tinggal sendu la pv.

    BalasPadam
  6. Sebagai blogger yg mcm chipsmore ni, nur setuju dgn point shu. Apa2 kena back to basic. Masih struggle bab tu 🥲

    BalasPadam
  7. Huaaaaaaa~~ jom meriahkan dengan blogwalking. Lama jugak ni xbuat segmen ke.. haha

    BalasPadam
  8. Wahhhh, back to basic... Me too.. haritu jatuh gila gila pageview.. Geramm gak tu.. Ahdoi... Entri lama tuhlah.. Masih banyak perlu dibaiki.. Kena arrange time nak buat sikit sikit.. Haritu dah start edit..nampak perubahan.. Lepastu stop..bz.. Ni kena paksa gak arrange time.. huhu.. Pape pun, all the best!!! Dont stop, keep going 🌹

    BalasPadam
  9. bukan akak je yang pv sikit, kita pun sendu. tiba-tiba je sendu. entahlah huhu

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!