22 November 2022

Resepi Corndog Simple Dari Korea, Confirm Tak Cukup

Assalammualaikum.
Bismillah.

Resepi Corndog Simple Dari Korea, Confirm Tak Cukup | Awal pagi dah kongsi resepi, harapnya ko tak terliurlah kan. Aku ni kalau ke Family Mart mesti cari corndog. Boleh tahan sedap juga, nak buat sendiri bila masa entah. Ko mesti tahulah harga untuk sebiji corndog ni berapa kan. 

Biasa kalau orang jual jual tepi jalan tu RM5 tapi sekarang dah naik jadi RM7. Agak mahal untuk rakyat marhaen. Bagi aku kalau memang sedap, mahal pun tak apa.

Baca ini juga: Resepi Nasi Dagang Terengganu, Lengkap Bersama Gulai Ikan Tongkol

Untuk ko yang tak tahu, corndog ni famous dekat Korea. Jadi, penggemar makanan korea ni jadikan satu fenomena corndog beberapa tahun lepas. 

Macam tempat aku ni, tak berapa ramai dah menjual. Dulu waktu tengah viral memang ramai yang menjual. Sekarang ni boleh kira pakai jari je siapa yang menjual. 

Resepi Corndog Simple

So apa kata kali ni, ko try buat resepi corndog simple ni. Dah jimat duit kan? Kalau anak ramai tu, lagilah berapa banyak nak kena beli. Daripada ko beli, baik ko buat aje kat rumah. Sebenarnya resepi corndog simple ni bukan susah makan pun. Barang pun mudah je nak beli kat pasaraya tu. 

Resepi Corndog Simple, Cuba Buat Di Rumah

Resepi Corndog Simple

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat  resepi corndog simple:

  • air secukupnya ,untuk rebus hotdog 
  • 6-7 batang hotdog 
  • 2 ½ cawan tepung gandum 
  • 1 sudu besar gula 
  • 2 sudu kecil baking powder 
  • Susu full cream, anggaran 2 cawan 
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu besar serbuk cheese parmesan, optional 
  • 1 sudu kecil garam 
  • Serbuk breadcrumb, anggaran 1 1/2 cawan 
  • Cornflakes, anggaran 1 cawan 
  • 250g cheese mozzarella blok 
  • Lidi satay 
  • Sedikit tepung gandum 
  • Mayonis 
  • Sos cili

Cara-cara untuk membuat resepi corndog simple:

1.Panaskan air. Rebus hotdog dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat dan toskan. 

2. Masukkan tepung gandum, gula dan baking powder ke dalam mangkuk. Tuang sedikit susu full cream dan telur. Kacau supaya agak sekata. 

3. Tambah susu full cream sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesusai. Masukkan serbuk cheese parmesan dan garam, kacau sebati. Rehat adunan dalam peti ais selama 10 minit.
 
4. Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk bread crumbs. Ketepikan. Potong ketulan cheese mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cmx2cm. Potong sosej kepada 2 atau 4 bahagian (ikut suka anda). 

Resepi Corndog Simple

5. Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan cheese mozzarella. Ulang sampai habis. Tabur atau golek-golekkan atas tepung gandum Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga hampir penuh. 

6. Celup lidi corn dog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan bread crumbs. Tekan-tekan sikit dgn tangan supaya kemas. 

7. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu. Boleh hias dengan mayonis dan sos cili


Selamat mencuba semua.

3 Comments

So shedappp.. Lapo pulak nengoknyaaa memalam nihhh...! 🤗🤩 Tq for the recipes 👍

lama dah tak makan corndog sebab kedai tu dah pindah huhu. corndog dia paling sedap

Ermm entahlah Sis orangnya tak suka pulak corndog ni hahaha.. anak-anak yee suka.. selalu beli... *mana logo JDT?

Sila tinggalkan comment korang disini!