Bismillah.
Assalammualaikum.
Tips Dan Cara Beli Kereta Baru Yang Ramai Tak Tahu | Artikel ini agak berat juga untuk aku menulis. Awalnya pening juga nak tunjuk cara beli kereta baru full loan. Boleh dikatakan, zaman sekarang ni kereta bukan lagi sebuah kemahuan tapi ia adalah satu keperluan. Tapi sebelum membeli tu, kena fikir masak-masak ya. Kalau pakai beli je, nanti habis satu keluarga yang susah.
Baca ini juga: Beli Emas Di Kedai Emas Miragold Pasir Gudang
Ramai orang membuat kesilapan ketika membeli kereta pertama. Siapa je tak teruja nak beli kereta pertama kan? Aku sendiri pun sama dulu sampai terlupa nak teliti beberapa perkara penting yang perlu diambil kira. Paling menakutkan, ada jenis orang yang beli kereta yang hanya pandang luaran atau pun jenama import. Pernah kan?
Dengan membeli kereta ni, ko kena keluarkan duit setiap bulan untuk membayar insurans, servis, roadtax, tukar tayar dan lain-lain lagi. Jadi, ko kena buat pilihan yang tepat sebelum membeli sebuah kereta. Sudah pasti, ini semua memerlukan perbelanjaan yang agak besar.
Lagi anehnya, bila dah 3-4 tahun guna kereta, sibuk ko nak trade in bagai. Nilai trade-in ni pun kadang bukannya lebih dari harga beli. Kurang banyak pulak tu. Jadi sebaiknya, berhemahlah ketika membeli kereta. Jangan banyakkan hutang, nanti ko sendiri yang botak kepala. Kalau ko kaya, ha bolehlah belajar cara beli kereta cash. Senang dah, tak perlu berhutang lagi.
5 Tips & Cara Beli Kereta Baru
Cara Beli Kereta Baru Yang Ramai Tak Tahu
#1 Tahu Harga (OTR & Insurance)
Tips pertama ni, ko kena tahu dulu harga kereta On The Road (OTR) dan juga insurans. Sebelum tu, ko boleh dapatkan dengan salesman harga OTR idaman ko. Contoh kalau ko nak beli Myvi, ko kena tahu berapa harga OTR kereta tu. Ko boleh juga minta dengan salesman harga bulanan kereta idaman ko tu. Kadang ada salesman tak boleh nak agak dengan tepat berapa harga bulanan, sebabnya ia bergantung dengan jumlah loan, berapa tahun pinjaman dan interest rate yang bakal ko pinjam nanti.
#2 Kemampuan Untuk Bayaran Bulanan
Ini penting ye, kalau ko jenis culas nak membayar hutang. Baik ko padamkan impian nak beli kereta. Kang dah beli, timbul pulak masalah lain. Sekarang ini, orang suka beli kereta lebih daripada kemampuan. Itulah kesilapan yang selalu kita jumpa kan. Sebabnya, kita tak nak separuh dari gaji ko tu, habis dok bayar kereta je. Ko juga boleh kira perbelanjaan bulanan ko sebelum membeli. Ingat, fikir dan tahu tujuan nak beli kereta tau! Jangan sampai terbeban nak bayar bulan dan menyebabkan nama ko diblacklist.
#3 Cari Kereta Yang Jimat Minyak
Boleh dikatakan tips no 3 ini pun penting juga kan? Minyak ni melibatkan kos poket ko, jadi ko kena kira perbelanjaan untuk mengisi minyak kereta. Oleh itu, ko kena pastikan juga sebelum ko beli kereta, ko kena tahu, adakah kereta yang ko guna itu untuk keperluan harian or sebaliknya. Part jimat minyak ni, ko wajib amik kira. Sekarang ni kan, dah banyak pengeluar kereta mengeluarkan kereta yang jenis jimat minyak. Contoh macam aku beli Myvi, memang jimat minyak. 21km/per liter tau tapi ko kena ingat jugak, penjimatan minyak ni berdasarkan gaya pemanduan ko ye. Kalau ko jenis, tekan minyak je, hahahah memang cepat habislah.
#4 Luangkan Masa Untuk Pandu Uji Kereta (Test Drive)
Lepas je ko dah settle point di atas tu, ko kena luangkan masa untuk pandu uji kereta tau. Make sure bila ko dah test drive tu, ko berpuas hati dengan keselesaan, kecekapan dan sebagainya. Ko pun nak guna kereta ini dengan waktu yang lama. Lagi satu, ko tu jangan malu-malu untuk bertanya segala jenis pertanyaan tentang kereta idaman ko dengan salesman. Masa inilah ko tanya habis habisan. Biar ko sendiri puas hati dengan pilihan ko.
#5 Rebate & Free Gift
Inilah cara beli kereta baru yang ramai terlepas pandang. Kebiasaannya, pengeluar kereta akan memberikan rebate dan diskaun menarik sepanjang tahun. Ko boleh ambil peluang membeli kereta ketika promosi hari raya atau hujung tahun. Masa tu memang banyak rebate yang boleh ko dapat. Rebate pun sampai 3000 ringgit, ha mahu tak jimat.
Kesimpulan
Ko kena ambil kira semua perbelanjaan sebelum membeli kereta idaman ko. Ko kena pastikan juga sebelum beli kerete, cukup tak duit perbelanjaan yang lain. Kalau masih di paras hidung, baik ko padamkan sahaja dulu. Bukan apa, tak nak ko sendiri yang sudah di kemudian hari. Ingat, bila dah berhutang dengan bank ini, ia dah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk ko bayar balik pinjaman tu.
Tak pun, ko main jelah game kereta. Berangan dulu hehehe dan cukup duit barulah beli kereta idaman ko tu. Aku harap perkongsian cara beli kereta baru ini dapat membuka mata dan fikiran ko seluasnya sebelum membeli ya. Nanti kalau aku ada masa, aku kongsikan cara beli kereta terpakai cash pula. Semoga bermanfaat.
Sila tinggalkan comment korang disini!