19 Julai 2022

Hukum Cedok Cedok Di Tiktok Adalah Haram Dalam Islam

Bismillah.
Assalammualaikum.

Hukum Cedok Cedok Di Tiktok Adalah Haram Dalam Islam  | Rasa terpanggil pula nak kongsikan tentang hukum haram jual beli cedok cedok online. 3 hari lepas banyak betul seller tiktok menjual cedok online. Ada yang cedok brooch, chocolate, perfumes dan macam-macam lagi. Dan yang paling aku cukup menyampah bila emas pun ada juga yang menjual secara cedok.

Aku ni hampir nak tercedok sekali sebab tengok cedok chocolate tu banyak betul dapat. Tapi nasib baik aku ni waras lagi lah dan tahu hukum sebelum nak membeli. Kita ni kalau boleh nak menjual dan membeli secara halal, tak nak berunsurkan haram. Ini semua kan nak masuk dalam perut dan jadi darah daging, alangkah baiknya perhatikan hukum dulu sebelum beli.

cedok cedok


Hari tu jugak, aku tertengok dua live cedok ni. Satu DSV yang anjurkan, masa tu nampaklah barang barang yang dia cedok tu berbaloi untuk beli dan siap mention 'sedekah' dan ditambahnya lagi produk. Lepas tu, aku tertengok lah juga cedok emas. Sekali cedok RM1000, uishh sampai Sold Out tau! Aku tergamam, bukan ke dah kira haram tu? Dibuatnya dapat cedok tu tak berbaloi harga cedok, tak ke kira rugi bagi pihak pembeli.

Bawah ni aku kongsikan ya untuk ko fahamkan lagi. Harapnya ko pun sama ambil peduli dan cuba untuk tidak mencedok sekali ya. 

Cedok Cedok Adalah Gharar Diharamkan 


Soalan Di Inbox:


Assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini. saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut? kiranya pembeli tak boleh pilih. penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. pembeli pun decide nak beli 1 cedok. jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu. 

Jawapan:


Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim) 

Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti  baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan. Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah. 

cedok cedok


Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar. Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian. 

Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi. 

Cedoh-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi. 

Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten. Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula2 je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.

Wallahu a’lam.
Sumber: Muamalat.my

8 ulasan:

  1. Macam² skg erk..tq share..😊

    BalasPadam
  2. Tiktoker ini buat belakangi hukum hakam agama Islam. Semoga artikel ini memberi kefahaman orang di luar sana

    BalasPadam
  3. setakat ni belum terpesona dengan aktiviti ceduk ceduk...

    BalasPadam
  4. Itu lah. Harap banteras benda ni dari menular.

    BalasPadam
  5. Oooo, mujur tak berapa faham. Thanks info

    BalasPadam
  6. terima kasih share... sebenarnya x pernah dngr lagi sesi jual beli cenggini

    BalasPadam
  7. Mujurlah tak tercedok, takpe dah tau dah cedok ni haram.

    BalasPadam
  8. Sendiri ni pun tercidukkk sama hahahaha

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!