28 Julai 2022

Mooncake Sedap Dan Halal Di Renaissance Hotel Johor

Bismillah.
Assalammualaikum.

Mooncake Sedap Dan Halal Di Renaissance Hotel Johor | Aku ni tahu je nama Mooncake tapi tak pernah lagi cuba. Sadis betul! Dalam otak ni fikir, tak halal je! Padahal, mooncake ni halal je dan sekarang peniaga melayu pun dah ada jual mooncake. Ramai pula yang menjual mooncake ni.

Renaissance Hotel Johor


Baru-baru ni, Restoran Cina Wan Li Hotel Renaissance Johor Bahru telah menyediakan pelbagai kuih bulan tradisional yang dibakar dan 'Snow Skin' dalam pelbagai perisa sempena Festival Pertengahan Musim Luruh Cina. Kalau ko nak tahu, ia juga dipanggil Pesta Kuih Bulan, kuih bulan ini akan menambah elemen istimewa perayaan simbolik global untuk pertemuan semula keluarga.

Jadi tahun ni, 16 jenis kuih bulan telah ditawarkan daripada 2 kategori traditional iaitu baked mooncakes dan snow skin mooncakes. Kalau ko nak testing, ko boleh datang di Lobby Hotel. Chef Lim Pei Shi telah menghasilkan kuih bulan tradisi setiap hari dengan menggunakan resepi klasik dan bahan-bahan semulajadi terbaik tanpa pengawet.

Renaissance Hotel Johor

Rasa bertuah juga bila aku ni menyaksikan sendiri demontrasi mooncakes secara langsung bersama-sama media yang lain. Bukan senang juga untuk membuatnya terutama untuk first timer, jadi terkial-kial nak ikut step pembuatan. 

Kalau kat kilang, dah siap dengan machine untuk membentuk mooncakes, tapi masa ditunjuk demo tu, chef menggunakan acuan kayu, sekali ketuk berdegung telinga ni hahahha. Tujuan ketuk ni bagi mengeluarkan doh mooncakes dan kemudian akan dibakar.


Semasa itu, pelakon Aidit Noh telah melakukan demonstrasi mooncakes bersama chef. Nampaklah betapa susahnya nak membentuk dan mengetuk kuih bulan ni. Terkejut kita bila dia ketuk untuk keluarkan kuih bulan tu. Hahahahah

Renaissance Hotel Johor

Renaissance Hotel Johor

Untuk mooncakes bakar tradisi ada 7 jenis iaitu
  • Pure Lotus Paste
  • Lotus Paste with Single Yolk
  • Lotus Paste with Double Yolk
  • Green Tea Paste with Single Yolk
  • Jade Custard
  • Assorted Fruits & Nuts
  • Red Beans
Aku berkenan sungguh dengan mooncakes kacang dan red bean. Sekali makan rasa kacang dan red beannya yang padu. Kuih bulan ni ko tak boleh terus makan sebiji gitu, dia kena makan sikit sikit. Rasa nak makan potong sikit, sebab kalau makan sekali gus dia jadi muak. Al-maklum, kuih bulan ni rasa sedap tetapi padat. 

Renaissance Hotel Johor


Korang juga boleh cuba Snow skin Mooncake dalam pelbagai perisa iaitu:
  • Golden peach truffle
  • Blueberry truffle
  • Strawberry truffle
  • Orange truffle
  • Matcha Truffle
  • Choclate Crunchy Pearl
  • Taro Paste truffle
  • Peppermint trufle
  • Durian truffle
Aku cuba kesemua truffle ni tetapi yang paling aku suka ialah Blueberry Truffle dan Durian Truffle tu. Sedap gilerrrrr tau! Dah la aku ni memang suka betul dengan snow skin mooncakes dari Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Makan sejuk-sejuk, sedap sungguh, rasa macam makan aiskrim gitu. Hahahaha.

Kalau ko nak tanya mana paling sedap, aku tak boleh nak jawab sebabnya semua ada rasanya yang tersendiri. Aku paling suka semuanyaaaaaaaaaaa!Ko kena cuba, terutama yang jenis takut nak makan tu, inilah kuih bulan yang paling sedap untuk first timer rasa. Confirm sekali rasa, buatkan ko jatuh cinta berkali-kali. 

Renaissance Hotel Johor

Kalau ko nak rasa testing, ko boleh terus datang ke Lobby Renaissance Hotel Johor ini ya. Kat situ, nak beli terus pun dah boleh dah. Pembelian dari sekarang sehingga 11 September 2022, korang akan dapat tiffany blue box yang cantik dengan pilihan 8 set dengan harga RM128 net untuk snow skin mooncakes, dan 4 pilihan kuih bulan tradisional dengan harga RM128 dan Durian Truffle dengan harga RM148 net

Enjoy the discounts for the purchase of the mooncake on a single receipt: 

10% discount for 𝗘𝗔𝗥𝗟𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗗 purchase from now until 11 August 2022
15% discount for purchase above 25 boxes 
25% discount for purchase above 100 boxes 
15% discount for Club Renaissance Johor Bahru 
Up to 20% discount for Marriott Bonvoy Member 

☎️ For any pre-order and more information, please call +6073813333 from 11am to 8pm. 
🚚 𝙁𝙍𝙀𝙀 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙑𝙀𝙍𝙔 within 𝙎𝙀𝙑𝙀𝙉 business days for all states except Sabah and Sarawak if order via WhatsApp Business at https://wa.me/c/60127719056 

💻 Renaissance Johor Bahru Hotel’s handcrafted mooncakes also available on Shopee, Lazada, Oddle till 10 September 2022. 

🌐 Visit www.wanlichineserestaurant.com and sign up for exclusive updates and special deals to stay in the know.

1 ulasan:

  1. Kat pasar raya dah mula jual kuih bulan. Pernah makan. Wangi bau.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!