23 Julai 2022

Pengalaman Menaiki myBAS Di Sekitar Bandar Johor

Bismillah.
Assalammualaikum.

Pengalaman Menaiki myBAS Di Sekitar Bandar Johor | Sebenarnya memang niat dalam hati ni, nak bawa Luth naik bas. Asyik naik kereta je kemana-mana, jadi aku nak exposekan Luth ni dengan pengalaman naik bas, keretaapi, kapal terbang dan sebagainya. Waktu balik kampung kat Batam, kemain lagi Luth seronok. Mulut tu tak henti henti cakap bot bot. Sepanjang perjalanan naik feri tu kan, laluanya memang banyak kapal. Sampai tak tido dia tu asyik cakap bot sahaja.

myBAS Johor

Aku dah agak dah bila Luth naik bas, mulut tu tak henti cakap bas bas sambil mata melilau cari bas di jalan. Alahai anak, al maklum dah mula nak bercakap ni. Jadi becok pula dia. Kali ni naik bas dengan perkhidmatan myBas Johor. Aku naik dari Larkin Sentral, masa tu nak ke Gelang Patah Sentral. Ko cari di Platform A tau bukan B. Platform ni dekat dekat dengan tandas awam. Ko cari je mesti jumpa.

Untuk pengetahuan, myBAS Johor Bahru terdiri daripada 19 laluan yang dapat memberi perkhidmatan kepada kira-kira 6.4 juta penumpang setahun. Projek ini adalah hasil inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) dengan kerjasama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). myBAS Johor Bahru akan menyediakan perkhidmatan kepada 5 koridor di Johor termasuk Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah, dan Pontian. 

myBAS Johor

Sebanyak 128 bas akan digunakan untuk projek ini yang terdiri daripada kenderaan diesel dan elektrik. Perkhidmatan bagi pelbagai laluan akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka akan dilancarkan sepenuhnya pada tahun ini. 

Projek ini mampu mewujudkan pengangkutan awam yang mampan dan perkhidmatan yang lebih dipercayai dengan jadual perjalanan bas yang baik, pembayaran tanpa tunai, penggunaan bas elektrik berteknologi hijau dengan pelbagai kemudahan serta dapat memberikan pengalaman baik kepada penumpang ketika menaiki pengangkutan awam. 

myBAS Johor Bahru bagi Fasa 1dan Fasa 2 telah bermula pada 31 Mac 2022. Dua lagi fasa akan dilancarkan sepenuhnya pada masa yang terdekat bagi memenuhi pemintaaan di kawasan lain sekitar Johor.

Pengalaman Menaiki myBAS Johor Ke Gelang Patah

myBAS Johor


Cara Membuat Pembayaran myBAS Johor

Kat bawah ini ada 3 cara untuk ko bayar semasa naiki myBAS Johor. Aku lagi prefer menggunakan kad manjalink sebabnya aku tak suka pegang duit kecik ni. Hehehe. Lagi pun bukan susah mana pakai manjalink, tap in dan tap out je. 

a. Sistem pembayaran tanpa tunai

Menghubungkan sekitar JB melalui myBAS - Perkhidmatan bas ini membenarkan penumpang membayar tambang tanpa tunai sewaktu naik dengan menyentuh Kad ManjaLink mereka pada mesin pengimbas kad yang terdapat di dalam bas. - Penumpang PERLU menyentuh kad mereka sewaktu menaiki bas (Tap In) dan PERLU menyentuh sekali lagi sebelum turun dari bas (Tap out). - Tambah nilai boleh dibuat melalui Aplikasi LUGO. 

myBAS Johor


b. Aplikasi LUGO

Aplikasi LUGO ialah salah satu rakan kongsi ManjaLink dan Causeway Link. Maklumat mengenai myBAS Johor Bahru boleh didapati melalui aplikasi tersebut dan penumpang juga boleh menyemak maklumat berkaitan bas yang mereka perlukan. Penumpang boleh menyemak anggaran masa perjalanan, masa ketibaan dan tambang bas mengikut destinasi mereka.  Aplikasi ini tersedia di “Google play Store” dan “App Store” 

Ko download aplikasi LUGO kat playstore tu. Masuk dalam apps dan pilih 'Plan a Trip'. Masukkan lokasi bas yang kita naiki dan lokasi yang ingin dituju, route apa semua..Klik GO. Nanti keluar details perjalanan. Sangat mudah!

c. Kad ManjaLink


Kad ManjaLink ialah salah satu produk dari ManjaLink sebagai rakan kongsi rasmi Causeway Link bagi menyediakan perkhidmatan sistem pembayaran tanpa tunai. Kad ManjaLink juga boleh digunakan untuk semua bas rentas sempadan Causeway Link dan tersedia untuk semua laluan myBAS Johor Bahru dalam masa terdekat. - Kad ManjaLink boleh didapati di semua kaunter Causeway Link di Singapura dan Malaysia.

Nak topup kad ManjaLink pun ada di setiap route utama. Zaman dah maju, orang tak guna cash sangat, lagi utamakan cashless sama macam myBAS ni. Applikasi LUGO pula korang boleh muat turun di App Store dan Play Store. Dalam apps ni, korang boleh dapatkan info seperti tambang bas, waktu perjalanan, dan sebagainya. Ha mudah ke mudah? 

Korang boleh dapatkan kad ManjaLink di lokasi bawah ye. 

#1 JB SENTRAL
Lokasi: JB Sentral Level 1, Jalan Jim Quee 80300 Johor Bahru Johor (In front of Bus Terminal Platform)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM 

#2 JB SENTRAL CIQ
Lokasi: Jalan Sultan Ibrahim (between Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor (Beside the Queuing Lane for Causeway Link)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM

#3 GELANG PATAH BUS AND TAXI TERMINAL
Lokasi: Jalan Sultan Ibrahim (between Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor (Inside the Bus Terminal)
Waktu operasi: 5:00 AM - 9.30 PM

#4 TF VALUE-MART NUSA BESTARI
Lokasi: 1, Jalan Bestari 7/2 Taman Nusa Bestari 81300 Skudai Johor (Inside the shopping complex) Waktu operasi: 10.30 AM - 9:00 PM

#5 CALTEX @ TAMAN DAYA

Lokasi: Jalan Nipah 2 Taman Daya 81110 Johor
Waktu operasi: 6:00 AM -11:30 PM

Korang jgn risau tau bab tertinggal bas ni! Sebabnya kekerapan perjalanan bas ni adalah pada setiap 40 minit. Confirm korang tak tertinggal bas. Tapi sebelum naik bas ni, korang beli sesiap terus kad ManjaLink untuk memudahkan perjalanan korang. 

Apa yang best dengan myBAS Johor Bahru ni? 

Dah tentu ianya bersih dan selesa. Ada penghawa dingin. Loceng yang berbunyi kuat hanya kat tempat driver. Tidak terlalu bingit sampai ke belakang. Soft je.. Selain itu, myBAS memiliki simbol 'Emergency Exit' yang dilekatkan pada tingkap. Tempat duduk dalam keadaan teratur dan elok. Mesin untuk tap-tap kad ManjaLink dalam keadaan baik dan laju. Tak perlu tunggu lama. Kedudukannya di tempat driver dan di pintu bas bahagian tengah. Driver bas yang ramah dan cekap. Ada time keeper yang memastikan bas sampai tepat masanya.

mybas johor

 
Seronok tau naik bas. Bolehlah mata tu melilau tengok pemandangan luar. Zaman belajar dulu, memang aku suka naik bas. Kadang tu sampai terlelap dan terlepas tempat nak turun. Punyalah syok naik bas sampai tak ingat nak turun. 

Aku ajak mana mana yang ada anak tu, bawalah anak naik bas. Bagi mereka ini merasai pengalaman seronok naik bas. Naik bas ini bukan lapuk! Inilah salah satu inisiatif untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Jom ler naik myBAS!

Untuk info lanjut, boleh layari:
https://www.causewaylink.com.my/routes-schedules/
FB: Causeway Link
Ig: Causewaylink
No telefon: 07 360 2244
Email: Feedback@causewaylink.com.my

#ombakbergigi #myBAS #CausewayLink #JohorTransport #BasJohor #myBASJohor

Sila tinggalkan comment korang disini!