26 مايو 2024

Resepi Mee Kari Sheila Rusly, Meh Buat!

Resepi Mee Kari Sheila Rusly, Meh Buat! | Sarapan pagi ni mak buatkan mee kari, rasanya resepi ni mak ada olah sedikit. Kita pun suruhlah mak tengok resepi mee kari Sheila Rusly. Kalau yang pandai buat, confirmlah sedapkan. Ni baru pertama kali buat, kuah pun cair. 

Baca ini juga: Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah dan Simple

Mee kari ni juga ko boleh hidangkan di pelbagai jenis keramaian seperti majlis terbuka, sarapan pagi, majlis tahlil dan sebagainya. Cuma nak buat mee kari ni kadang tu leceh juga sebab takut kuahnya tak menjadi. Aku ni kalau bab kari mengkari memang fail, sebab tak reti nak adjust curahan serbuk kari di dalam kuah gitu.


Sebab tu, aku lagi suka masak sambal berbanding kari ataupun yang menggunakan santan. Apa kata kita cuba buat dan nah baca resepi mee kari Sheila Rusly. Aku pasti sesiapa yang merasainya akan menyukainya!

Resepi Mee Kari Sheila Rusly, Meh Buat!

Di bawah ini, aku kongsikan resepi mee kari Sheila Rusly untuk korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini dengan teratur ya. Siapa penggemar mee kari bolehlah cuba resipi-resipi ni! Jom baca sampai habis artikel ini.

Resepi Mee Kari Sheila Rusly

Bahan-bahan untuk kuah : 

1/4 ekor ayam (nak lebihpun boleh) - potong kecil 
3 labu bawang besar 
7 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
1 bungkus kecil rempah kari ayam 
1/2 bungkus kecil rempah kari ikan 
Setangkai daun kari 
1 1/4 cawan santan pekat (terpulang nak kurang atau lebih, ikut selera masing2) 
1 1/2 liter air 
Minyak untuk menumis 
Sedikit daun sup, daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng 
Kerang direbus ambil isinya - jika suka 
Fishball dan fishcake - jika suka 
1 batang cellery dipotong kasar - jika suka 
Sedikit air asam jawa 
1 sudu makan kerisik 
Garam dan gula secukup rasa 

Bahan-bahan lain : 

Mee kuning - dicelur 
Taugeh - dicelur 
Daun sup, daun bawang - dihiris halus 
Bawang goreng 
Telur rebus - dibelah 2 atau 4 (atau telur puyuh) 
Tauhu goreng - dipotong2 
Limau kasturi - belah 2 (jika suka) 

Bahan-bahan untuk sambal : 

30 tangkai cili kering 
1 labu bawang besar 
1 ulas bawang putih 
Gula, garam secukup rasa 
Sedikit air asam jawa 
1 cawan air 
1 sudu makan minyak masak (nak lebihpun boleh) 

Cara menyediakan kuah : 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar kasar. Bila agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam dan kacau sebentar. 

2. Masukkan air, gula, garam, air asam jawa, sedikit hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Biar mendidih, kecilkan api dan renihkan sehingga ayam masak dan kuahnya mesra. Masukkan santan, fishball, fishcake, kerang, cellery dan kerisik. 

3. Biar sebentar sehingga mendidih semula. Akhir sekali masukkan tauhu kering dan matikan api. 

Resepi Mee Kari Sheila Rusly


Cara menyediakan sambal : 

1. Kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang putih. Masukkan ke dalam periuk bersama air, air asam jawa dan minyak. Masak sambil dikacau sekali sekala hingga pekat. 

2. Hidangkan mee bersama kuah, sambal, tauhu goreng, taugeh, hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi. 

Kesimpulan

Korang seronok tak baca resepi mee kari Sheila Rusly ini. Rasa mudah tak nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu memudahkan korang yang teringin nak masak mee kari. 

Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. Tapi tak dinafikan yang mee kari ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum. Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee kari ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.


هناك 4 تعليقات:

  1. Terus rasa lapar tengok mi kari. Hihi

    ردحذف
  2. Sedapnya mi kari. Puas hati kalau buat sendiri, boleh ikut selera kita dan puas makan. Resipi dari Sheila Rusly selalu menyelerakan.

    ردحذف
  3. Sama lah kita kak. Saya tak terlalu pandai buat kari. Blm pernah perfect hasilnya 😂. Jadi rasa ragu nak buat mee kari sendiri. Selalunya beli 😅. Bukan masalah apa, kalo failed, mubazir kan 😂. Bukan salah resep, memang saya yg tak pandai bikin.

    ردحذف

Sila tinggalkan comment korang disini!