Resepi Mee Kari Sheila Rusly, Meh Buat! | Sarapan pagi ni mak buatkan
mee kari, rasanya resepi ni mak ada olah sedikit. Kita pun suruhlah mak tengok
resepi mee kari Sheila Rusly. Kalau yang pandai buat, confirmlah sedapkan. Ni
baru pertama kali buat, kuah pun cair.
Baca ini juga:
Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah dan Simple
Mee kari ni juga ko boleh hidangkan di pelbagai jenis keramaian seperti majlis
terbuka, sarapan pagi, majlis tahlil dan sebagainya. Cuma nak buat mee kari ni
kadang tu leceh juga sebab takut kuahnya tak menjadi. Aku ni kalau bab kari
mengkari memang fail, sebab tak reti nak adjust curahan serbuk kari di dalam
kuah gitu.
Sebab tu, aku lagi suka masak sambal berbanding kari ataupun yang menggunakan
santan. Apa kata kita cuba buat dan nah baca resepi mee kari Sheila Rusly. Aku
pasti sesiapa yang merasainya akan menyukainya!
Resepi Mee Kari Sheila Rusly, Meh Buat!
Di bawah ini, aku kongsikan resepi mee kari Sheila Rusly untuk korang buat
bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini dengan teratur
ya. Siapa penggemar mee kari bolehlah cuba resipi-resipi ni! Jom baca sampai
habis artikel ini.
Bahan-bahan untuk kuah :
1/4 ekor ayam (nak lebihpun boleh) - potong kecil
3 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 bungkus kecil rempah kari ayam
1/2 bungkus kecil rempah kari ikan
Setangkai daun kari
1 1/4 cawan santan pekat (terpulang nak kurang atau lebih, ikut selera
masing2)
1 1/2 liter air
Minyak untuk menumis
Sedikit daun sup, daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng
Kerang direbus ambil isinya - jika suka
Fishball dan fishcake - jika suka
1 batang cellery dipotong kasar - jika suka
Sedikit air asam jawa
1 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan lain :
Mee kuning - dicelur
Taugeh - dicelur
Daun sup, daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Telur rebus - dibelah 2 atau 4 (atau telur puyuh)
Tauhu goreng - dipotong2
Limau kasturi - belah 2 (jika suka)
Bahan-bahan untuk sambal :
30 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
Gula, garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
1 cawan air
1 sudu makan minyak masak (nak lebihpun boleh)
Cara menyediakan kuah :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar
kasar. Bila agak garing masukkan daun kari dan rempah yang dibancuh dengan
sedikit air. Masak hingga naik minyak. Masukkan ayam dan kacau sebentar.
2. Masukkan air, gula, garam, air asam jawa, sedikit hirisan daun sup, daun
bawang dan bawang goreng. Biar mendidih, kecilkan api dan renihkan sehingga
ayam masak dan kuahnya mesra. Masukkan santan, fishball, fishcake, kerang,
cellery dan kerisik.
3. Biar sebentar sehingga mendidih semula. Akhir sekali masukkan tauhu kering
dan matikan api.
Cara menyediakan sambal :
1. Kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang putih. Masukkan ke dalam
periuk bersama air, air asam jawa dan minyak. Masak sambil dikacau sekali
sekala hingga pekat.
2. Hidangkan mee bersama kuah, sambal, tauhu goreng, taugeh, hirisan daun sup,
daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi.
Kesimpulan
Korang seronok tak baca resepi mee kari Sheila Rusly ini. Rasa mudah tak
nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu
memudahkan korang yang teringin nak masak mee kari.
Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. Tapi
tak dinafikan yang mee kari ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum. Okaylah,
selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee kari ini, terima
kasih banyak-banyak diucapkan.
Thanks for your sharing...
BalasPadamTerus rasa lapar tengok mi kari. Hihi
BalasPadamSedapnya mi kari. Puas hati kalau buat sendiri, boleh ikut selera kita dan puas makan. Resipi dari Sheila Rusly selalu menyelerakan.
BalasPadamSama lah kita kak. Saya tak terlalu pandai buat kari. Blm pernah perfect hasilnya 😂. Jadi rasa ragu nak buat mee kari sendiri. Selalunya beli 😅. Bukan masalah apa, kalo failed, mubazir kan 😂. Bukan salah resep, memang saya yg tak pandai bikin.
BalasPadam