Nasi lemak memang dah cukup sinonim untuk sarapan pagi di
Malaysia. Cukup suka bila mak masak nasi lemak. Aku suka pula
jenis banyak santan, bila makan tu rasa lemak-lemak. Lepas kenyang, confirm
buat diri aku ni tertidur. Hehehee.. Entah bila nak menuntut ilmu masak nasi
lemak dengan mak aku ni.
Baca ini juga: Resepi Nasi Ayam Hainan
Lagi pun kalau nak beli, memang tak sama dengan yang kita buat sendiri. Kadang
tu tekak ni rasa nasi putih tau bukan nasi lemak. Sambal tumis pun tak berapa
sedap, telur pulak sikit je bagi. Lagi baik kita buat sendiri kan?
Tak silap, resepi nasi lemak pandan pun dah banyak orang cari sekarang ni. Ada
tu siap buat tutorial dalam youtube lagi kan. Mak suka pesan kalau nak buat
resepi ni biar rasa lemak tu, jangan biar rasa nasi biasa. Nanti tak sedap
bila makan dengan sambal tumis.
Resepi Nasi Lemak Simple & Tahan Lama
Bahan- bahan untuk nasi lemak simple:
- Beras 1 biji kelapa parut (blend - 2 kali perahan santan)
- Garam secukup rasa
- Daun pandan 5 helai digunting-gunting
- Hirisan halia ( jika suka, tak payah letak pon ok)
- Beras 3 cawan
- Santan 1 kotak
- Sedikit minyak masak
Cara-cara untuk masak nasi lemak simple:
1. Cuci beras bersih-bersih. Sukat air seperti masak nasi biasa. Saya guna
kaedah sukatan jari. Ukur berapa tinggi beras dengan jari tengah. Pastu
sukatan air/santan sama paras ukuran tinggi beras (jari letak atas beras bukan
dalam beras bila sukat paras air.
2. Masukkan santan mengikut sukatan beras yang nak dimasak. Saya guna santan
kotak biasa, kalau nak guna jenama lain pun boleh juga. 1 kotak santan sudah
memadai, ini pun sudah rasa lemak-lemak.
Jangan bazirkan santan yang dalam kotak tu. Masukkan sedikit air ke dalam
periuk dan goncang-goncangkan. Tuangkan semula air ke dalam periuk. Pastikan
kotak santan tu dah dibasuh dulu.
3. Seterusnya, masukkan halia yang dipotong halus ke dalam beras tadi.
Masukkan garam. Kacau rata.
4. Daun pandan dicuci bersih. Carik-carik kan. Ikat. Masukkan dlm periuk nasi.
Masukkan juga 3 sudu makan minyak masak. Fungsinya untuk bagi nasi tidak
lembik dan elok je berderai.
5. Masak guna rice cooker atau masak guna dapur gas. Jika guna rice cooker
kadang-kadang bila separuh masak penekan tu dah naik, boleh angkat periuk dan
masak atas dapur gas. Kacau rata. Tutup periuk & kecikkan api. Masak
sehingga nasi betul-betul masak.
Bila nasi lemak sudah siap, rasa macam tak sah pula kalau tak sambal tumis?
Jom kita tengok cara-cara resepi sambal tumis pula. Ikuti langkah di bawah
dengan teratur ya.
Bahan-bahan untuk sambal tumis:
- Bawang putih 3 ulas
- Bawang merah 1 biji
- Cili kisar
- Ikan bilis
- Minyak masak
- Pes asam jawa
- 2 biji Bawang besar dipotong nipis
- Garam
- Gula
- Serbuk secukup rasa/pak aji
Cara-cara untuk membuat sambal tumis:
1. Sediakan kuali dan anaskan dalam 2 senduk minyak masak.
2. Cuci ikan bilis. Toskan sehingga keting. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Angkat & toskan.
3. Masukkan dalam 1 setengah senduk bawang kisar. (Bawang putih &
bawang merah) Masukkan 1 sudu garam. Garam ni petua untuk bawang cepat garing.
Bila bawang dah garing..warna keperangan masukkan cili kisar dalam 2
senduk.
4. Masukkan beberapa sudu gula. Gula ni masuk awal sebab untuk cili
cepat garing. Masukkan pes asam jawa. Saya guna pes adabi sebab tak payah
bancuh guna air.
5. Kacau rata.. masukkan bawang besar dipotong nipis. Budak2 tak suka
mkn bawang kan. Tapi bila buat mcmni tak nampak ader bawang. Biasa org
berniaga nak bagi nampak banyak sambal. Taruk bawang besar ni banyak2.
6. Slowkan api. Kacau sambal sampai betul2 garing. Proses ni ambik masa sikit.
Bila dah ramai orang bersin.. bermakna sambal tu dah cukup garing.
7. Masukkan air panas/suam. Dalam 2 cawan. Kacau rata. Biar sambal pekat skit.
Baru masukkan ikan bilis goreng tadi.
8. Kacau rata. Rasakan garam & gula secukupnya. Tutup api. Siap.
Kesimpulan
Sebenarnya, resepi nasi lemak simple pada zaman sekarang mempunyai berbagai
versi dan style yang diolahkan oleh mereka yang pakar memasak seperti Chef
Ammar, Azie Kitchen, Che Nom dan ramai lagi yang sangat kreatif.
Cara masak resepi nasi lemak simple ini juga bersifat pelbagai di zaman moden
kerana ada yang memasak guna pressure cooker, rice cooker dan bermacam lagi.
Korang juga boleh olahkan mengikut kreativiti dan idea yang hebat.
Aku harap semoga perkongsian resepi nasilemak simple ini dapat membantu
korang untuk sediakan makanan ini dengan mudah dan cepat, semoga
bermanfaat dan selamat mencuba.
Sedapnya
BalasPadamNasi lemak memang sentiasa jadi pilihan..SA plak suka nasi lemak Pak Zain masak...cuma masalahnya makan nasi lemak ni cepat mengantuk...
BalasPadamThanks for your sharing...
BalasPadam