25 Jun 2023

Apa Itu Kemahiran Motor Halus Pada Kanak-Kanak?

Bosan juga asyik topik sama je yang banyak aku kupaskan. Kali ini aku nak kongsikan pula apa itu kemahiran motor halus. Buat ko yang ada anak bawah 6 tahun, boleh teruskan baca artikel ini dan aku harap ia dapat membantu perkembangan anak korang.

Pernah tak ibu ibu di luar sana, ambil tahu tentang kemahiran motor halus kanak-kanak?

Mungkin ada yang belum ambil tahu, entri ini sesuai untuk ibu ibu yang masih pandang ringan dengan perkembangan anak-anak yang sedang membesar. 

Baca sini : Kemahiran Motor Kasar

Apa Itu Kemahiran Motor Halus?

kemahiran motor halus
Salah satu kemahiran motor halus


$ads={1}


Kemahiran motor halus dalam bahasa inggerisnya ialah "Fine Motor Skills". Ia adalah aktiviti atau kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil. Kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dan penglihatan. 

Maksudnya di sini, kemahiran yang menggunakan jari, mata, bibir, lidah,tangan dan pergelangan kaki. Jadi bila anak dah mahir dengan kemahiran motor halus ni, anak akan mudah untuk melakukan tugas-tugas penting seperti menulis, makan sendiri, memasukkan butang pada baju atau untuk memegang sesuatu.

Antara contoh aktiviti yang boleh membantu melatih kemahiran motor halus:  

  • mengambil makanan dengan jari (finger feeding)  
  • finger painting  
  • bermain dengan playdoh 
  • memasang butang baju 
  • menggunakan penyepit baju  
  • aktiviti menggunting kertas 
  • mewarna 
  • mengikat tali kasut

Antara contoh permainan yang dapat membantu kemahiran motor halus: 

  • lacing beads 
  • blocks 
  • puzzle (knob puzzle, jigsaw puzzles)  
  • bead maze
  • play doh  
  • modeling sand  
  • permainan memasak  
  • construction toys

Since aku dah tak bekerja, memang aku banyakkan aktiviti ini dengan Luth. Kadang tu, nampaklah dia bosan dan main mainan dia sambil berbaring. Kesian juga aku tengok. Jadi, aku amiklah insiatif untuk tingkatkan lagi kemahiran motor halus Luth. 

Kemahiran Motor Halus

$ads={2}

Sekarang ni, banyak je aktiviti yang ibu ibu boleh tengok dan ambil sebagai contoh. Tapi, sebelum nak buat aktiviti tu, ibu sendiri kena faham dan motif untuk buat pada anak agar dapat meningkatkan kemahiran motor kepada mereka. Jangan ikut dengan orang-orang lain pulak, nanti jadi hangat-hangat tahi ayam pula. 

Aku dah target untuk kerap buat aktiviti macam ni setiap hari supaya otot kecil Luth akan mengembang dan kuat. Supaya bila nanti Luth dah makin meningkat umur, lagi mudah untuk dia melakukan aktiviti-aktiviti yang lain.

Kenapa kemahiran motor halus ini penting? 

Tangan kecil perlu dilatih bagi membina ketangkasan dan kekuatan. Kita sebagai ibu bapa ataupun pengasuh, boleh membantu proses ini dengan menggalakkan anak-anak untuk meneroka dan berinteraksi dengan pelbagai jenis benda. 

Permainan, pengepit baju, gunting dan play dough merupakan contoh peralatan yang dapat membantu membentuk kemahiran motor halus. Malah membantu kerja-kerja didapur (yang bersesuaian dengan umur) juga merupakan cara yang baik untuk membina kemahiran ini. 

Aktiviti seperti ini serta kemahiran memanipulasi membantu menyiapkan anak-anak untuk memegang dan menggunakan pensil. Ini merupakan langkah pertama dalam mempelajari bagaimana untuk mewarna, melukis dan akhirnya menulis.

Kesimpulannya

Untuk melakukan aktiviti motor halus ni tidak memerlukan wang ringgit dan tenaga yang banyak. Cuma ia memerlukan kerajinan ibu untuk melatih anak sejak dari kecil. Supaya mereka ini lebih bersedia sebelum ke sekolah. 






2 Comments

Comel aje tengok muka dia fokus buat tu. Good job Ibu!

Sangat setuju.. Aini pun latih anak untuk membuat sesuatu yang dia selesa buat dan main..

Sila tinggalkan comment korang disini!