Cara Ukur Saiz Bra Yang Tepat Dan Betul | Bila dah salah beli bra, itu yang menyebabkan sakit bahu dan belakang. Sebaiknya, belajar dulu cara ukur saiz bra yang betul sebelum nak membeli. Bila sakit belakang dan bahu, semua ini mungkin berlaku disebabkan pemakaian bra yang salah!
Sebab itulah, semua wanita perlu tahu cara ukur bra yang betul. Ada banyak cara ukur saiz bra, salah satunya adalah menggunakan pita ukur. Tidak ada pita ukur di rumah? Tiada masalah! Korang boleh minta bantuan jurujual yang bertugas untuk mengukur saiz bra korang.
Tetapi, penting ke ukur saiz baju dalam?
Lagipun, korang dah tahu saiz bra sendiri! Untuk pengetahuan semua, pemakaian baju dalam yang terlalu ketat atau longgar akan membuatkan kita rasa tidak selesa. Bukan itu sahaja, postur badan juga nampak tidak menarik jika anda memakai bra dengan saiz yang salah.
Sebenarnya, korang perlu ukur saiz bra sekali setiap 6 bulan!
Malah, setiap kali korang ingin membeli bra baharu, cuba dapatkan ukuran yang tepat terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pembayaran.
Kadangkala, badan kita mengalami kenaikan dan penurunan berat badan tanpa disedari, lebih-lebih lagi jika korang berdiet atau sedang hamil. Sebab itulah, korang perlu tahu cara ukur bra dengan betul.
Menurut sebuah kaji selidik, hampir 90% wanita di United Kingdom sebenarnya memakai bra yang salah.
Jadi, jangan sesekali pandang rendah mengenai saiz baju dalam. Bra yang salah saiz bukan sahaja boleh mendatangkan sakit badan dan ketidakselesaan, bahkan ia juga boleh menyebabkan wanita rasa rendah diri disebabkan postur badan yang tidak menarik.
Tetapi, bagaimana hendak tahu sama ada bra yang dipakai sesuai dengan saiz dan bentuk badan kita?
Cuba pandang cermin dan periksa baju dalam korang. Jika ada lemak terkeluar di sana sini, besar kemungkinan bra tersebut tidak sesuai untuk korang!
Cara ukur saiz bra menggunakan pita ukur
Sebenarnya, korang boleh ukur sendiri saiz bra di rumah menggunakan pita ukur. Dengan 4 langkah ini, korang pasti terkejut selepas mengetahui cara ukur saiz bra sebenarnya semudah ABC!
Sebelum bermula, pastikan korang memakai baju dalam biasa yang tidak mempunyai sebarang span. Jika tidak, kiraan korang mungkin akan salah.
Di bawah, kami senaraikan cara ukur bra menggunakan pita ukur:
1. Ukur lilit baju dalam
- Mula-mula, ukur kawasan pinggang yang terletak betul-betul di bawah lilitan bra anda
- Pastikan pita ukur ditarik ketat, namun masih lagi dalam keadaan selesa
- Tuliskan bacaan ukur lilit dalam inci
2. Ukur saiz cup
- Letakkan pita pengukur pada kawasan payudara yang paling tinggi. Anda tidak perlu tarik pita pengukur sehingga ketat, cukuplah sekadar memastikan ia tidak longgar
- Catatkan ukuran korang dalam inci
3. Ketahui saiz cup anda (A, B, C atau D)
- Ambil saiz cup dan tolak dengan saiz ukur lilit
- Perbezaan yang dicatatkan merupakan saiz cup
Jika saiz ukur lilit korang adalah 32 inci dan saiz cup pula sekitar 34 inci, perbezaan saiz antara dua ukuran ini adalah 2 inci. Maksudnya, korang mempunyai cup saiz B. Saiz bra korang pula ialah 34B.
Ha, siapa kata cara ukur bra itu susah, mudah sahaja kan!
Macam mana mengetahui sama ada bra yang dibeli sesuai dengan badan?
Sama seperti perasaan ketika anda jatuh cinta, anda pasti tahu jika bra yang dibeli merupakan ‘jodoh’ korang. Baju dalam yang sesuai selalunya selesa dipakai dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaan.
Ia dapat memberikan sokongan dengan baik dan membuatkan korang rasa yakin sepanjang hari. Sebab itulah, korang perlu memeriksa saiz bra dengan kerap. Jangan takut untuk cuba dahulu dan lihat bra manakah yang terbaik untuk korang.
4 tip pilih baju dalam yang selesa
1. Tidak terlalu longgar. Baju dalam terbaik sepatutnya muat-muat dengan korang. Hanya 1 jari sahaja yang boleh muat di bawah getah baju dalam.
2. Pastikan tali bra tidak mudah jatuh. Ikat dan ketatkan tali bra untuk pastikan tali terletak dengan elok.
3. Lihat sisi badan pada cermin. Buah dada korang sepatutnya terletak di tengah-tengah bahu dan siku. Jika tidak, korang mungkin perlukan bra yang mempunyai lebih sokongan.
4. Beli bra yang muat jika disangkut pada hook yang paling hujung. Baju dalam kita akan meregang. Apabila bra semakin longgar, korang boleh gunakan hook yang paling ketat.
Kini, korang sudah tahu cara ukur bra yang betul. Jadi anda bolehlah periksa saiz baju dalam sendiri di rumah. Barulah korang rasa selesa sepanjang hari!
1 Comments
Ukuran saiz memang sangat penting . Barulah si pemakai rasa selesa
Sila tinggalkan comment korang disini!