Bismillah.
Assalammualaikum.
Jom Ajar Matematik Anak Melalui Board Games | Aku rasa banyak je anak-anak yang tak suka subjek Matematik. Aku sendiri je, paling cukup tak suka dengan Matematik Tambahan. Hahahaha.. Pening kepala nak fikir dan jawab soalan. Sebab itu, subjek Matematik dapat A+ tapi AddMath cuma dapat D je. Hehehehee. Tapi ade je anak-anak yang langsung tak suka matematik.
Dulu mak ajar matematik, selagi tak dapat jawapan tangan ni kena ketuk dengan pembaris besi. Selagi tak dapat jawapan yang betul, memang sakitlah jari tu. Gitulah mak aku ajar matematik dulu. Cuma zaman sekarang ni dah berbeza, boleh kira pakai kalkulator. Zaman aku dulu, kena beli buku sifirlah, nyanyi lagu sifirlah, macam-macam lagi tau.
Tapi bila masuk je alam kerja, pengiraan biasa seperti tambah, darab, tolak dan bahagi je yang banyak digunakan. Tak ada pun simbol atau formula yang digunakan. Semuanya yang basic-basic sahaja. Yang penting, nak belajar matematik ni, sifir kena cepat tangkap, tolak dan tambah kena cepat congak. Kalau masih lagi pakai jari, kena ada kalkulator lah kat dalam beg. Hehehe.
Lagi syoknya, anak-anak ni bila kita hantar tuisyen matematik tu ade juga yang memonteng kelas. Bikin geram je kan. Kita nak ajar sendiri pun kadang tu, bukan tak boleh cuma silibus anak-anak ni dah banyak yang berubah. Darjah satu soalannya macam budak darjah enam. Macam mana nak ajar, kalau silibus pun dah pening kepala mak yang nak mengajor ni.
Sekarang ni, semua benda di hujung jari jer, kalau ko jenis yang tak mampu nak hantar anak ke pusat tuisyen, ha boleh cuba bagi anak anak main game online matematik di board games. Daripada anak-anak ni main game yang mengarut dan tak bagi faedah, baik main game online matematik lagi bagus dan ada jugalah faedahnya.
Apa kata, ko cuba anak anak main game online tu ha. Confirm anak-anak ko pun suka, dan sudah pastinya nanti ko pun join sekali main game bersama. Ko sambil tengok tu, boleh ajarkan diorang sekali dan terangkan satu persatu. Gamenya pun mudah aje, tak susah mana pun, sesuai untuk anak-anak yang berumur 7-12 tahun. Lagi satu, puas hati main game ni sebab tak ada iklan langsung ye! Memang syok tau.
Ada pelbagai pilihan game yang anak anak boleh cuba, dari jenis game paling mudah sehinggalah game yang paling susah. Anak-anak lagi suka main game yang jenis ada kartun dan teka teki. Confirm anak-anak jadi leka dan fokus main game gini.
Anak-anak kann cepat jemu, so dengan adanya lebih 50 game dalam calculators.org ni, memang sakanlah anak-anak ni main game. Jadi, ko pun mudahlah dan senang hati nak buat keje dekat rumah tu. Tapi, jangan sampai anak gian pulak nak main game ni, semua masih di bawah pemantauan juga. Kena pandai bagi masa belajar dengan main game.
Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian yang aku nak kongsikan hari ni. Sesiapa yang belum pernah lagi masuk laman web ini, aku syorkan untuk ko dan anak-anak main dulu kejap. Cuba korang luangkan 5 hingga 10 minit untuk bermain. In shaa Allah mungkin lepas tu korang makin berminat nak bermain!
Apapun, jangan terlalu leka ya!
Nice game lah untuk anak anak... Barulah ada improvement dalam subjek Math nanti.. huhu.. Sama ler.. i x minat add math, terpaling tak minat.. haha
BalasPadamBagusss meningkatkan kefahaman dlm subjek matematik
BalasPadamanak akak suka sangat main game dalam web ni..Yang penting takde iklan yang menganggu
BalasPadam