Pengalaman Rawatan Muka di Dermalene Skin Centre, Johor | Nak cerita bab penjagaan wajah ni sampai ke pagi besok belum tentu habis. Kali ni, aku nak kongsikan pula pengalaman di Dermalene Skin Centre Johor. Lokasinya terletak di Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Betul-betul berhadapan dengan Aeon Dato Onn, sangat mudah untuk ditemui.
Memandangkan aku ni dah lama tak buat rawatan wajah, jadi aku pilih untuk manjakan wajah di Dermalene. Sebelum nak pilih tu, aku akan selidik dulu background skin centre ni. Ouh rupanya dah banyak cawangan, review pun bagus bagus! Ni tak adalah datang situ, tadah muka je kan.
Dulu, muka aku mmg sangat bermasalah. Jerawat pun teruk, sanggup beli produk semata-mata nak hilangkan jerawat. Masa tu aku ingat lagi, produk ubat jerawat dalacin t ni yang paling viral. Gigih tau mencari, aku tak pasti sekarang ada lagi ke tak.
Honestly, ini pertama kali aku berkunjung ke sini. Agak berdebar pulak haha! Boleh gitu? Sebelum tu, meh aku senaraikan first impression dan sedikit review mengenai fasiliti yang ada, jom baca sikit latar belakang mengenai Dermalene Skin Centre.
Dermalene Skin Centre
- Dermalene diasaskan oleh Dr Alina Hasni dan merupakan graduan Master in Science Clinical Dermatology di Cardiff. Beliau juga sangat fokus tentang kulit.
- Dermalene menfokuskan rawatan kulit seperti jerawat, jeragat dan parut wajah.
- Kini mempunyai 6 cawangan keseluruhan di Malaysia termasuklah cawangan terbaru di Johor.
- Ada juga menawarkan produk wajah yang sudah diiktiraf oleh KKM, diformulasi khas oleh Dr Alina sendiri.
Macam biasa, before korang nak datang ke sini, jangan lupa call dulu untuk buat appointment. Aku prefer datang belah petang sebab masa tu ada event di belah pagi, jadi tak adalah rushing nak datang sini. Bukan apa, nak ke sini pun agak jauh juga sebab aku kan duduk di Kota Tinggi. Lalu ikut jalan belakang cepatlah juga sampai berbanding lalu highway.
Sampai di sana, aku disambut dengan mesra oleh staff yang semuanya cantik dan lemah lembut serta berbudi bahasa. Ada borang yang kena isi yer kawan-kawan. Simple ajer pun, tak perlu lah nak perah otak sangat! Hehehehe.
Perkara pertama yang korang akan buat lepas tuh adalah, berjumpa dengan consultant. Yer! mereka mempunyai consultant wajah yang pakar dalam bidang ni. Consultant yang aku jumpa ni sangat lah baik, sporting dan friendly.
Wajah yang dah discan menggunakan mesin khas kemudiannya akan terpapar di skrin komputer dan analisa pun bermula. Dari kondisi luaran hingga ke dalaman, pelanggan akan diterangkan satu persatu hingga kita faham apa masalah sebenar wajah kita. Berminyak sangat ke, kering sangat ke, banyak pori je, banyak dark spots ke.. semualah !
Haa part ni yang paling aku suka, sebab bila kita aware dengan keadaan sebenar kulit kita, maka kita pun akan dapat pencerahan mengenai rawatan apa yang kulit kita PERLUKAN. Pelanggan juga akan dinasihatkan untuk menggunakan produk yang sesuai. Percaya tak, banyak jugak orang yang menghadapi masalah kulit di luar sana sebenarnya pakai produk yang kurang sesuai dengan kulit wajah masing-masing ?
Sebab tu tak boleh beli produk sebab tengok orang lain pakai okay.. kita kena tahu kondisi sebenar wajah, lepas tu pakai produk yang BETUL dan SESUAI. Macam kes aku ni, mati-mati aku ingat kulit aku berminyak, rupanya wajah aku ni normal je cuma kena banyak guna pelembap dan sunblock.
So far, memang sangat details penerangan tu. Aku pun dah agak skin aku problem sikit di bahagian big pores. Aku sendiri pun buntu juga nak kurangkan pores ni, yelah muka jadi tak cantik bila nampak big pores. Apatah lagi kalau guna makeup. Lagilah tak lawa!
Baca sini: Laser Jeragat
Apabila dilihat dan dianalisis, ternyata kulit mukaku adalah KERING. Jadi, consultant tu pun sarankan apakah jenis treatment yang sesuai dengan kulit muka yang kering ni. Lepas tu, aku dibawa pula ke bilik rawatan. Memang selesa dan bersih bilik-bilik rawatan di Dermalene Johor ni.. Haa nampak tak sempat lagi aku skodeng haha!
Beautician yang bertanggungjawab buat rawatan pada wajah aku sangatlah mahir tau. Kita boleh rasa dia picit-picit muka tu betul-betul. Siap cakap lagi, sakit ke? Kalau sakit, nak stop. Aku ni okay je, sebab lagi bagus untuk wajah ni biar bagi bersih sikit muka. Aku memang selesa dan best sangat! Lepas ni datang sana nak request lagi staff yang sama, boleh ke?
Kemudian, as the staff buat rawatan step by step, dia akan terangkan jugak dia nak buat apa. Tapi rasanya halfway rawatan aku dah hanyut dah! Hahahahaha. Kemudian, mesin yang digunakan ni bukan jenis mesin sembarangan okay!
Mesin ini pula mesin jenis khas di dalam bidang perubatan so tak semua tempat facial boleh ada mesin ni ya. Tapi di Dermalene Skin Centre ada sebab mereka ni menjalankan rawatan yang selamat dan berlandaskan medikal. Take note ye semua!
Lepas je terima rawatan, kulit rasa segar dan bersih je. Nampaklah ketaranya sebelum dan selepas terima rawatan. Kenapalah baru sekarang jumpa Dermalene, hehehe kalau tahu awal memang dah lama dah pergi, rasanya tiap tiap bulan nak cantikkan wajah je.
Alhamdulillah... Aku sangat berpuas hati dengan rawatan yang aku terima di Dermalene Skin Centre, Johor ni tau ! Jadi, aku nak rekemen dekat semua pembaca supaya korang semua cuba rawatan di sini. Memang sangat SELESA dan PUAS HATI!
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari:
Dermalene Skin Centre, Johor
Wahhh, nampak bersih muka lepas tu.. Tapi, kenapa masam je? Hahaha
BalasPadam