29 ديسمبر 2022

Kedai Emas Richvalet Bandar Baru Uda JB

Kedai Emas Richvalet Bandar Baru Uda JB | Ko tak cukup Johorean bila ko tak singgah di Kedai Emas Online Trusted yang berada di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Aku ni kalau nak ke kedai emas, mesti akan buat carian dulu mana kedai emas yang berbaloi untuk ko spentkan sejumlah duit di situ nanti. 

Sebelum ko nak membeli emas, ko kena faham dan penting untuk tahu iaitu bukan emas tu yang membuatkan kita jadi kaya. Tetapi, sejauh mana ilmu dan kepandaian kita memanfaatkan emas yang boleh membantu kita untuk menjadi lebih kaya. Gitu. Nak beli emas pun kena ada ilmu supaya emas ini nanti jadi benteng pertahanan terakhir kewangan korang ketika dalam kesusahan. 

Richvalet

Kebetulan semalam ada masa free dan aku menjengah sambil cuci mata tengok emas di pagi hari. Inilah masanya untuk aku "me time" hehehe. Me time ni bagus untuk ko luangkan dan release segala stress yang ada dalam badan. Macam aku ni full time surirumah, memang wajib ada me time seminggu sekali gitu, kang hari hari, ganggu pula kerja rumah kan.

Kalau ko nak tahu, Richvalet ni merupakan top kedai emas famous di Johor Bahru. Dah ler dekorasi kedai emas ni lawa betul! Terpukau betul mata aku ni melihat lampu hiasan dalam kedai ni, cermin pula sederet betul dengan meja daftar dan sofa, confirmlah nanti ko kerja nak selfie dan betulkan tudung jer. Tema kedai emas ni pula berwarnakan pink, semua serba serbi pink. Cantik dan sejuk je mata aku ni memandangnya.

Richvalet


Emas Richvalet ni pakar emas dambaan wanita ya! Barang kemas semuanya unik-unik belaka, confirm buat ko rambang mata. Oh ya, aku ni kan susah tau nak cari saiz cincin sebabnya sejak dah beranak pinak ni, jari mengembang dengan jayanya. Sebelum kahwin, saiz cincin 16 tapi sekarang dah 21, besar kan? Agak sukar untuk mencari cincin yang sesuai dengan saiz aku. Masa aku try cincin di Richvalet, eh banyak pulak saiz yang sesuai dengan jari aku. Ni dah berkenan dengan satu design tu, cantik dan simple je.

Peminat charm dan juga beads tu, kat sini banyak pilihan tau. Design pun cantik cantik. Ko nak spent duit kat sini, 1g pun tak cukup wei. Kena beli bergram gram bawa balik rumah. Design untuk gelang pula, macam macam jenis ada. Sampai tak pandai aku nak sebut semua nama nama emas gelang ni. Ko pilih sampai juling mata tu ha nanti di kedai emas murah kualiti heheheheh

Kalau ko rasa jauh nak datang ke BBU ni, ko boleh je tengok live Richvalet di fb. Kat situ, tiap tiap hari diorang buat live. Jangan sampai ko terciduk nanti sudah ler. Confirm bila ko layan live Richvalet mmg akan grab 1g punya walaupun sekecil kecil charms atau beads. Heheheh

Richvalet

Richvalet

Richvalet

Sebenarnya, kumpul emas fizikal ni banyak kelebihannya, emas ni boleh digunakan ketika korang tengah kecemasan atau kebuntuan wang. Lagi satu, emas fizikal ini satu pelaburan panjang yang bagus dan berbaloi untuk dikumpul. Tapi kena ingat juga, beli emas bila betul-betul ada duit lebih sahaja. Bukan beli emas guna duit simpanan tau. Sebabnya, andai kata tiba-tibalah kan ada kecemasan nak pakai duit dalam masa yang tak sampai seminggu beli emas, korang juga yang akan rugi nanti.

Jadi, beringat dulu sebelum nak guna duit simpanan tu. Beli emas kena ada ilmu, sebabnya emas ni satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan sekali-kali menjadi kosong! Emas juga tiada ada tarikh luput, tidak hangus di telan api, even dalam bentuk serbuk pun masih bernilai. 

Richvalet














Apa yang best sangat-sangat kat Richvalet, kedai emas Johor Bahru ni? Nah aku kongsikan beberapa perkara menarik tentang Richvalet yang korang kena tahu sebagai peminat barang kemas. 
  • Jadi ahli, dapat harga istimewa.
  • Harga trade in tertinggi setiap masa. 
  • Pelbagai design terbaru dan terkini. 
  • Suasana kedai cantik dan selesa.
  • Pemilik dan pekerja 100% bumiputera
Untuk pembayaran membeli emas, korang boleh gunakan CASH,  pembayaran melalui kad debit/kredit (caj di kenakan) atau secara online tranfer ke acc Richvalet. Bagi pelanggan yang tinggal jauh boleh cuba cuci-cuci mata di channel telegram dan live facebook untuk melihat stok barang kemas yang ada di Kedai Emas Richvalet Bandar Baru Uda. 

Usah bimbang, stok emas Kedai Emas Richvalet sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan dari para pelanggannya. Kalau ko nak tengok gambar emas yang lain, boleh singgah ke FB Page ye. Kat sana banyak gambar emas menarik.


 

Ha apa macam? Aku jamin untuk peminat emas di luar sana akan menyukai Kedai Emas Richvalet, kedai emas 916 online trusted ni. Servis, kebersihan dan kekemasan kedai pun super b! Confirm ko akan datang lagi untuk beli emas. 

Untuk info lanjut, ko boleh klik link di bawah ni ye.

  Kedai Emas Richvalet
No 64, Jalan Padi 2, Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Buka setiap hari 
10 pagi - 7 malam 

Jemput follow FB diorang, sebab Richvalet live setiap hari! 

Telegram rasmi: https://t.me/RICHVALET

~ Pakar Emas Dambaan Wanita ~ 

 #tradeintertinggi #emas #beliemas #jombeliemas #richvalet


هناك 3 تعليقات:

Sila tinggalkan comment korang disini!