Baru-baru ni ke Lotus Desa Tebrau, Johor untuk settlekan kerja kempen di situ,
itu yang terus beli produk Lotus yang sedap. Lotus ni dahulunya di kenali
sebagai Tesco, entah macam mana boleh tukar nama ke Lotus.
Aku pun tak pasti disebabkan apa, mungkin ada company luar yang beli Tesco
atau benda lain. Dulu viral juga produk Tesco yang sedap untuk dibeli. Masa tu
tak tergerak hati pun nak beli. Risau juga bila dah viral, stok tak ada kan.
Itu yang aku malas nak ke Tesco. Jadi, disebabkan kerja review terpaksalah ke
Lotus. Kalau ko belum pernah beli, bolehlah cuba beli sebabnya harga produk
lotus sangat berpatutan untuk kita rakyat marhaen ni.
Nak tahu produk Lotus apa yang sedap dan berbaloi? Di bawah ini aku senaraikan
8 produk lotus yang sedap dan berbaloi untuk ko beli. Ha jomlah kita shopping.
$ads={1}
8 Produk Lotus Yang Sedap Dan Berbaloi Untuk Dibeli
1. Instant Noodles Creamy Tomyum Kung Flavour
Sejak beberapa hari ni, ramai yang kata mee segera dari Lotus ni
luarbiasa sedapnya. Dikatakan sebagai antara makanan paling sedap di Lotus,
mee segera perisa Tomyam Kung ni sebenarnya ada dua perisa iaitu Instant
Noodles Tomyum Kung Flavour dan Instant Noodles CREAMY Tomyum Kung
Flavour.
Katanya, dua-dua pun sedap sebab ramai yang recommend untuk stokkan dua perisa
ni di rumah. Yang membuatkannya berbeza adalah rasa ala Thai yang pedas
memikat. Memang lain daripada maggi tomyam yang biasa kita makan. Cepat beli
sebelum licin dekat Lotus!
2. Ayam Goreng Frozen
Khas untuk penggemar ayam goreng pedas, anda wajib cuba ayam goreng frozen
daripada Lotus ni! Orang kata rasanya agak pedas tapi sedap sampai berebut di
rumah!
Kalau yang sukakan lebih kick, anda boleh dapatkan Extra Spicy Fried Chicken.
Untuk yang suka rasa pedas-pedas manja, anda boleh beli Hot & Spicy
Chicken Drummet & Mid Wings.
3. Pizza
Kalau anda suka makan pizza dengan keluarga di rumah, cubalah aneka pizza dari
Lotus. Antara perisa yang ditawarkan adalah Beef Pepperoni, Spicy Chicken dan
Seafood Pizza. Bila nak makan, letak saja dalam oven atau air fryer.
Memang tak mengecewakan sebab rotinya lembut dan topping penuh. Harganya pun
cukup berbaloi!
4. Nugget
Ada 3 jenis nugget yang menjadi pilihan ramai dari Lotus iaitu Golden Crumb
Chicken Nugget, Spicy Tempura Chicken Nugget dan Golden Crumb Chicken Nugget.
Rasanya dan kualitinya memang setanding dengan nugget yang boleh anda dapati
di restoran fast food!
5. Straight Cut Fries
Dah alang-alang anda nak beli ayam goreng dan nuget frozen, jangan lupa untuk
dapatkan sekali Straight Cut Fries yang sedap dan rangup di luar bila
dinikmati panas-panas.
6. Potato Chips
Walaupun bungkusannya kurang menarik, namun anda jangan mudah terpedaya.
Kerepek kentang dari Lotus ni tak kurang hebatnya macam snek dan jajan dari
jenama terkemuka. Sebagai permulaan, anda boleh cuba Original Potato Chips dan
Hot & Spicy Potato Chips. Yang pasti harganya lebih berbaloi dan boleh
tahan sedap!
7. Classic White Coffee
Bagi anda yang wajib pekena kopi setiap pagi, cubalah Classic White Coffee
3-in-1 daripada Lotus! Aroma serta rasanya cukup memikat. Bila anda dah cuba,
lepas ni memang tak pilih kopi jenama lain dah! Memang sedap kalau dinikmati
pada waktu sarapan atau minum petang.
8. Chili Mayo
Katanya, Chili Mayo dari Lotus ni memang sedap untuk dibuat sos pencicah di
rumah. Rasanya cukup unik dan enak untuk dicuba. Makanan Paling Sedap di Lotus
Anda wajib cuba aneka makanan paling sedap di Lotus ni.
$ads={2}
Akhir Kata
Memang berbaloi beli 8 produk lotus di atas ni. Rasa sedap dan harga tu sangat
berbaloi. Pizza tu aku beli 1 kotak Rm8.90. Murah tau! Rasa pun sedap, masak 5
minit dalam air fryer dan rasa tetap sedap.
Ni nanti nak shopping lagi beli stok makanan kat rumah. Lagi lagi yang frozen
semua tu, sedap makan time hujan kan. Heheheheh
Ko jangan lupa shoping di Lotus yang berdekatan ye.
4 Comments
Lotus's pizza perisa ayam sangat recommend untuk mencuba.
good sharing..leh try nanti. tq!
wahh nice sharing, terus rasa nak ke lotus hehehe
Menarik. Boleh cuba ni.
Sila tinggalkan comment korang disini!