Cara Simpan Duit Gaji 2000 Dengan Savings Calculator | Ramai aje yang mengeluh bila dapat gaji tak sampai sehari, gaji dah habis. Tak sempat nak simpan duit gaji untuk kecemasan atau simpanan.
Kali ini aku nak kongsikan cara simpan duit gaji 2000. Kalau kena dengan cara, gaji bersih RM2000 ni boleh simpan dalam RM300 sebulan.
Jangan setiap kali dapat gaji, ko perhabiskan sampai langsung tak buat simpanan. Akhirnya hujung bulan mampu gigit jari dan mulalah nak berhutang dengan orang.
Kalau boleh, jauhi hutang piutang ni ya! Dah nama manusia, bila susah je pandai buat ayat manis tapi bila dah kaya, lupa nak bayar hutang dan pura-pura tak kenal dengan si dia yang ko berhutang tu.
Sebenarnya, semua masalah kewangan ni boleh diatasi sekiranya ko mempunyai perancangan dan menggunakan formula yang betul. Sebab tu ko kena tahu jumlah sebenar duit keluar dan duit masuk. Lagi senang, ko boleh je guna apps Savings Calculator
Manalah tahu, bila dah ada simpanan, ko boleh pula belajar cara beli kereta baru. Heheheh janji dah ada duit simpanan dan ko pandai nak manage gaji. Tak gitu?
Cara Simpan Duit Gaji 2000 Dengan Savings Calculator
Oleh itu, aku kongsikan cara simpan duit gaji yang boleh dilakukan walaupun ko mempunyai pendapatan di bawah RM2,000.
1. Pendapatan bersih
Nak kira pendapatan bersih sebulan bukannya susah pun. Janji ko kena tahu formula pengiraannya. Nanti senang bila dapat penyata gaji, ko dah boleh kira sendiri.
Kerja biasa: Gaji - bayar cukai - bayar EPF = Pendapatan bersih
Kerja sendiri: Pendapatan kasar - belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) - cukai pendapatan = Pedapatan bersih
2. Guna applikasi Savings Calculator
Nak lagi mudah dan ko tak culas menyimpan, ko guna aje Saving Goals ni ha. Ko gunakan kalkulator ni untuk mengetahui dengan cepat jumlah wang yang akan ko simpan dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.
Contoh aku nak simpan duit sebanyak RM10,000. Lepas tu sebulan aku boleh simpan sebanyak RM350, jadi berapa tahun aku perlu simpan duit yang aku nak tu?
Dalam savings calculator ni, dia dah tunjuk calculator yang boleh kira berapa lama ko boleh simpan duit yang ko nak. Ko tengok gambar di bawah.
Aku perlukan masa 2 tahun 5 bulan untuk kumpul duit RM10,000. Senang kan? Kalau nak kumpul duit kahwin tu, pakai aje apps ni ha. Senang nak kira bape tahun ko perlukan duit kawin ko tu.
3. Hadkan keperluan 50 peratus sahaja
Ramai yang tidak boleh membezakan antara keperluan dan kemahuan. Ko kena hadkan maksimum 50 peratus keperluan.
50 peratus keperluan ini bermaksud kos tetap iaitu komitmen setiap bulan yang perlu di bayar seperti pinjaman rumah, kereta dan bayar bil-bil utiliti.
Ini juga termasuk dengan perbelanjaan asas ko seperti makan minum, barang dapur, minyak kenderaan dan tol. Jangan lupa, ko kena masukkan juga duit bulanan untuk mak ayah. Jangan abaikan pula tanggungjawab yang sepatutnya.
4. Hadkan kemahuan sebanyak 30 peratus
Kemahuan ini pula selain daripada komitmen ko setiap bulan. Contohnya, shopping, travel, tengok wayang, main boling atau sebagainya.
Kemahuan ni perbelanjaan yang tidak tetap atau berubah-rubah dan tidak penting. Jangan pula ko asyik nak ikut konsep 'self-reward' manjang. Nanti macam mana ko nak menyimpan duit gaji tu ha.
5. Simpan 20 peratus daripada gaji
Tiap kali gaji, ko tarik je 20 peratus untuk simpanan dana kecemasan. Wang kecemasan ni sekurang-kurangnya kena ada tiga ke enam kali gaji yang korang dapat sekarang.
Contohnya gaji RM2000, wang yang perlu ko simpan at least RM6000.
Kalau ko mampu simpan lebih, cuba paksa diri untuk simpan lebih. Kalau ko tak mampu, ikut je formula 50:30:20 ni ha. Formula ni sangat penting untuk ko tahu membezakan antara keperluan dan kemahuan.
3 Comments
Aha..betul juga tapi itulah nak konsisten menyimpan setiap bulan tu susah sikit. Tapi susah² pun tetap kena kuatkan semangat ni.
betul tu kak, selalu lepas dapat gaji kita akan simpan siap2 dalam certain2 bank, asb. pastu balance baru boleh guna. nnt takut terguna duit tu huhuhu.. btw, jemput baca entry terbaru kita
wahh menarik, thankyou OM share hihihi
Sila tinggalkan comment korang disini!