Festival Layang-layang & Wau Peringkat Kebangsaan 2022 (14-18 Sept 2022) | Hari ni sempat juga merasai pengalaman ke Festival Layang-layang & Wau Peringkat Kebangsaan di Pasir Gudang, Johor.
Aku pernah datang sini dua kali. Pertama hanya datang di Muzium Layang-layang, kedua datang ketika Festival Layang-layang tahun 2018.
Lama tau festival ni tak dianjurkan dek kerana Corona. Masa 2018 tu pergi waktu malam, just tengok persembahan layang-layang berlampu.
So, kali ni bawa dengan Luth, nak bagi dia rasa bersesak sikit dengan dunia luar. Takkan nak duduk rumah aje kan. Kang mental pula otak anak anak ni.
Inilah event yang paling dinanti oleh orang orang Pasir Gudang. Mana taknya, kita sendiri pun syok tengok layang-layang jenis besar dan ada pelbagai bentuk.
Orang kata, jakun. Hahahhaha.. Tempat lain mana ada, hanya di Johor sahaja. Tak gitu? Dulu masa pergi, event ni tak ada lah meriah sangat.
Booth booth yang ada pun tak banyak. Ni tadi aku pergi, SubhanaAllah. Aku di lautan manusia yang mahu saksikan persembahan layang-layang.
Malangnya, rezeki nak bagi Luth tengok layang-layang jenis besar ni tak kesampaian. Sebabnya, angin tak begitu kuat dan kencang yang boleh melayangkan layang-layang besar tu. Hujan pulak tu. Kejap lebat, kejap gerimis. Dugaan betul.
Sedih sikitlah.
Naik je layang-layang, eh turun balik. Dekat 1 jam kami tunggu untuk tengok sendiri mereka ni naikkan layang-layang. Tapi itulah Allah tak mengizinkan.
Cuma meriah dengan anak anak kecil yang seronok bermain layang-layang bersama ibu bapa. Aktiviti macam ni, bukannya selalu kita nak buat bersama dengan anak.
Jadi, inilah masanya kita ni luangkan masa dengan anak-anak. Kan?
Macam-macam aktiviti yang dijalankan di festival layang-layang pasir gudang kali ni. Ada pertandingan karaoke, mewarna, melukis dan sebagainya.
Patutlah meriah betul festival kali ni! Siap masuk dalam Malaysia Book of Records tau. Main layang-layang sambil makan makan kt sini. Pusinglah satu taman tu, pilih makanan. Jenuh nak memilih.
Nak shopping baju, kasut dan emas miragold pun ade. Hehehhe. Nak cuci mata pun boleh juga kan. Yang penting, kita enjoy the moment. Ha gitu.
So, korang sempat lagi untuk menyertai Festival Layang-layang pasir gudang ni tau. Esok hari last dan harap dapatlah korang bergambar dengan layang-layang.
Doakan agar angin cukup kuat untuk mereka layangkan ye!
Sila tinggalkan comment korang disini!