Jom Rasai Flavours Of The World Di Double Tree By Hilton Johor Bahru | Siapa aje tak kenal Double Tree by Hilton Johor Bahru kan? Bila masuk aje ke Makan Kitchen di Level floor, mesti teringat dengan pelbagai menu yang ada di situ.
Aku paling suka, dengan susunan di Makan Kitchen ni. Kemas dan teratur je, kiranya memang dah ada part masing-masing dah. Sebelum masuk, mesti akan nampak dekorasi yang melambangkan menu dinner di situ.
Kali ni, mari kita rasai "Flavours of The World" pula. Menu kali ini menampilkan menu-menu terkenal di seluruh dunia. Ko boleh datang sini setiap hari Ahad sehingga Khamis, bermula dari awal sept sehingga november nanti.
Menu yang ada di sini memang menu di seluruh dunia seperti Beef Bulgogi, Ratatouille, Oden, Chicken Paramigiana dan Kartoffelpuffer. Terbelit lidah nak sebut satu-satu menu ni.
Aku paling suka makan Laksam kat sini. Awalnya dalam hati dok kata "kenapa kuah cair ya", padahal belum rasa lagi. Tak puas hati, aku rasalah terus, rupanya mabelesssssss weh! Memang ngam-ngam soi dengan tekak aku ni ha! Sedap dan rasa nak datang repeat tau.
Selain itu, di sini ada jugak Sweet Murtabak, Roti John Wagyu, Nasi Biryani, Saaqwala Chicken, Seafood on Ice, Asam Pedas Ekor, Laksa Penang, Nasi Itik Bakar, Ayam Percik, Gulai Daging dengan Rebung, aneka Mee, Satay Ayam dan Daging, Udang Telur Asin dan banyak lagi!
Fuhhh banyak betul menu!
Lepas tu kan, ko jangan ler lupa cuba segala pencuci mulut,, ada Serawa Durian, Pandan Layer Cake, Fruits Tart, Chocolate Brownies, Fruits Pudding, Kueh Kole Kacang, Burger Malaysia, Classic Blackforest Gateau, Tarte Tartin (Apple Pie), Cheese Cake, dan macam-macam lagi.
Aku dah cuba Serawa Durian dengan Cheese Cake dia, perghhhh sedapppp betul! Kalau ko nak tengok banyak gambar lagi, ko boleh ke Page Blog Ombak Bergigi ya.
Flavours of the World Dinner Buffet
Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru
1 September – 30 November 2022
Ahad - Khamis | 6.30pm – 10:00pm
RM108 nett per Dewasa
RM54 nett per Kekanak
Kalau ko nak sambut birthday kat sini, pun boleh tau! Team mereka ni ada Makan Kitchen Birthday Package jugak!
Jumaat - Sabtu | RM168 nett per pax
𝙋𝙖𝙘𝙠𝙖𝙜𝙚𝙨 Deluxe: Min 4 pax
Premium: Min 10 pax + 10% OFF
Platinum: Min 20 pax + 15% OFF,
Pergh menariknya menu dia, kena pegi johor lah macam ni. dah lama jugak tak balik kg arwah nenek. tengok menu dia ada pelbagai jadi teringin pulak hehehe
BalasPadam