11 Oktober 2022

Finworld Technology Sebuah Perintis Perisian Pelaburan Kewangan di Malaysia

Finworld Technology Sebuah Perintis Perisian Pelaburan Kewangan di Malaysia | Bila disebut tentang pelaburan, mesti kita cari yang paling dipercayai. Apa salahnya kita cuba pula pelaburan online iaitu Finworld Technology Sdn Bhd.

Aku sendiri pun kalau mahu sertai pelaburan, aku akan selidik dahulu latar belakang sebuah syarikat pelaburan yang kita nak laburkan duit. Bukan apa, pelaburan ni memang risikonya sangat tinggi sebab tu ramai je orang Malaysia ingat pelaburan tu merugikan.

Sebab itu, sebelum nak melabur kena selidik betul-betul terlebih dahulu. Jangan mudah nak laburkan duit begitu sahaja. Bukan apa, sekarang memang banyak tau penipuan pelaburan yang merugikan korang. 

Skim penipuan yang macam tulah, menawarkan peluang pelaburan yang tidak wujud serta menjanjikan pulangan yang sangat menarik dan bebas risiko dalam jangka masa yang singkat. 

Jadi, kalau macam kita yang tidak tahu selok belok pelaburan, lagi mudahlah mereka ni nak menipu kita. Kita pula jenis yang tak nak selidik dulu, asyik nak melabur je keje dia.

Pernah dengar tak Finworld Technology Sdn Bhd?

Baru-baru ni aku ada teringat tentang seorang perintis pelaburan kewangan dari Finworld.com iaitu Encik Simon Liau. Beliau merupakan seorang pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di Finworld Technolody Sdn Bhd yang juga memenangi Golden Bull Award 2022.

Bukan calang-calang orang ni tau. Oleh itu, Encik Simon Liau berkata syarikat yang tidak dicabar, tidak boleh menjadi lebih besar. Sebagai usahawan, sudah pasti beliau merasai pengalaman turun naik dan juga mengharungi pelbagai dugaan besar.

Finworld Technology

Maka, dengan berkat usaha keras beliau dan semangat yang tidak mudah patah itu membuktikan bahawa beliau berjaya pada hari ini. 

Latar Belakang Finworld Technology Sdn Bhd

Finworld Technology ialah sebuah syarikat perisian yang menyediakan kepada penyelesaian kepada pelabur yang memerlukan. Ia juga merupakan salah satu platform yang paling berkuasa dan fleksible di Malaysia terutama untuk pelabur dan profesional pasaran saham. 

Melalui Finworld Kewangan terperinci disediakan termasuklah data dan analisis kewangan. Pelabur juga boleh mendapatkan gambaran yang lebih jelas apabila melakukan sebarang analisis pelaburan. Apa yang paling penting ialah pelabur juga boleh meningkatkan prestasi pelaburan mereka. 

Pengarah Finworld iaitu Encik Simon Liau, selepas beliau menamatkan Sarjana dalam Kejuruteraan Kewangan di UK, beliau berazam untuk membawa dunia kewangan negara Barat lalu bertekad untuk pulang ke malaysia. Sebab utamanya ialah kerana ia mahu berada di pasaran Malaysia dan membantu pelabur-pelabur di sini supaya terus berkembang. Ini kerana tiada satu pun pelaburan saham tempatan syarikat perisian di Malaysia. 

Pendigitalan risiko dan ganjaran sudah tentu

Perjalanan untuk menjadi seorang perintis tidak pernah mudah dan pelbagai dugaan yang akan dihadapi. Apa saja yang berlaku kita tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ini berdasarkan ujian yang perlu kita hadapi bersama. Apa yang penting kita perlu bangkit semula.

Bukan itu sahaja, Encik Simon pernah mengalami kesuntukan masa dan mengeluh kerana terdapat banyak yang perkara perlu dilakukan dan sering merasa masa itu tidak cukup. 


Sebenarnya, peluang ada di mana-mana sahaja tetapi tidak boleh bertindak segera. Encik Simon dan pasukan percaya bahawa kegagalan tidak mudah untuk dikatakan dan tetap kena berterusan dalam mencapai matlamat tanpa henti.

Mereka berkata “kami tidak berani berhenti kerana misi kami adalah untuk membolehkan rakyat Malaysia memiliki perisian pelaburan kewangan domestik dan bertaraf dunia.” 

Sepertinya, amalan inilah yang boleh kita semua pelajari. Untuk cabaran dan risiko yang dihadapi, Simon dan pasukan untuk mendigitalkan semua risiko dan ganjaran. Kemudian ambil tahap risiko yang boleh diambil oleh syarikat pada masa itu  dan kemudian membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan syarikat. 

Finworld Technology


Jangan berhenti, jangan berputus asa 

Usaha yang selama ini membuahkan hasil apabila Finworld secara beransur-ansur telah berkembang dengan mantap. Pada tahun 2022, Finworld juga memenangi Golden Bull Award. Ini merupakan pencapaian tertinggi yang pernah mereka miliki.

Encik Simon berkata, pencapaian ini dipercayai dan boleh dibincangkan dari dua aspek. Pertama, untuk aspek luar terutamanya kerana Finworld Produk yang dibangunkan diiktiraf oleh pelanggan. 

Sebenarnya, Encik Simon dan pasukan telah berusaha untuk meningkatkan kualiti produk dan kualiti perkhidmatan. Mereka berkata “Kami tidak akan memilih untuk berhenti kerana prestasi cemerlang , lebih ramai tidak akan memilih untuk berputus asa kerana prestasi yang lemah.” 


Aspek dalaman pula, Encik Simon berpegang kepada empat pegangan dalam pasukan dan empat perkara ini adalah Finworld boleh pergi sepanjang jalan sebab utama:

  1. Semua keputusan diukur berdasarkan pertumbuhan syarikat
  2. Keupayaan untuk mengubah kos syarikat secara fleksibel dan penggunaan
  3. Teruskan merealisasikan ruang pembangunan
  4. Semua operasi harian perniagaan diautomasikan dan didigitalkan

Dua tahun telah berlalu, banyak perniagaan telah menghadapi pelbagai peringkat cabaran. Encik Simon berasa, ini merupakan tempoh peluang yang sangat mencabar. Beliau juga berasa, syarikat yang tidak dicabar dan tidak boleh menjadi lebih kuat.

Betul tu, aku sendiri pun percaya kalau kita tak keluar dari zon selesa, kita tidak akan pernah merasai pahit manis perjuangan kita di dalam syarikat.

Finworld sangat berbesar hati untuk melantik Dr Ridzwan Bin Bakar untuk menjadi penasihat Korporat syarikat mereka.


Jom kita lihat latar belakang pendidikan Dr Ridzwan Bin Bakar:

1. (CPA CMA CA ACIS FCMA CIIF RFP Shariah) Akauntan profesional bertauliah

2. Berkhidmat sebagai ketua Program Akauntan Awam Islam Bertauliah (CIPA CIMA Australia 2018-2021)

3. Pemimpin Standard Perakaunan Islam Malaysia

4. Lembaga Penasihat Pelan perakaunan (KPB) dan Wakaf

5. Ahli kumpulan penasihat untuk kursus akademik Program Phi / DBA / MBA Graduate Business School UiTM

6. Ahli Program Pembangunan Kepimpinan (Pemeriksa bertauliah DDI International)

7. Penyelidik kanan Institut Profesional Baitulmal

8. Pengasas Sekolah Berasrama Al-Quran Miftahulkhoir (MQBS)

9. Jurucakap JAIS yang diberi kuasa (Jabatan Agama Islam Selangor)

Latar belakang perkhidmatan:

1. Berkhidmat sebagai pegawai kanan organisasi korporat (GLC) yang mempunyai hubungan dengan kerajaan

2. Berkhidmat sebagai Timbalan CFO TMNet Sdn Bhd

Latar belakang berkaitan kewangan:

1. Pengamal kewangan dan Wakaf Islam (untuk pemberian dana)

2. Ahli Penasihat Bandar Wakaf Pintar Pahang

3. Pemimpin dasar awam Malaysia yang bertanggungjawab untuk insentif cukai Wakaf dan derma

(Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan JAWHAR)

4. Dilantik sebagai Bendahari Kehormat dan Anggota Lembaga Majlis Tindakan Wakaf Antarabangsa (iWaqf)

5. Pengerusi Program Inovasi Wakaf,

6. Ahli akademik Wakaf Antarabangsa, Bank of Jakarta

7. Pemimpin Syiling Wakaf BWi global

8. Dilantik sebagai pasukan tugas utama Surat Ikatan Amanah Wakaf Malaysia

9. Memimpin sejumlah pembiayaan sosial Islam, inisiatif Wakaf dan dasar awam di Malaysia dan luar negara

10. Ketua Penyelidikan Kewangan, Perakaunan dan Sains Sosial Islam (IFASS)

11. Dilantik sebagai Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP)

12. Pengarah dan Pemegang Amanah Pusat Wakaf

13. Jawatankuasa Pelaburan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM)

Pengalaman Dr Ridzwan Bin Bakar berkaitan media:

1. Program MHI TV3

2. Program RTM 1 Selamat Pagi


FB Page: https://www.facebook.com/finworldshariah


Rancang, gunakan dan kemudian bertindak 

Melihat ke masa hadapan, Encik Simon telah berazam untuk membangunkan produk domestik yang boleh dibeli dan dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, kita perlu memikirkan setiap langkah sebelum kita mengambil tindakan, daripada bertindak melulu dengan perancangan yang betul. 

Sebagai tambahan, beliau turut berkata, apabila masalah itu berlaku, hadapi dan cuba selesaikannya. Pada masa yang sama, perhatikan juga inovasi dan perbaiki produk dan perkhidmatan kualiti. Ia juga penting untuk memastikan kemampanan perniagaan. 


Beliau juga berkongsi cara sendiri untuk menyelesaikan masalah itu iaitu memudahkan sistem, berusaha untuk memberikan kerjasama dalam pasukan. Untuk berjaya, Encik Simon juga mempunyai pendapat sendiri, “Apabila pasaran tidak boleh hidup tanpa produk anda, sudah dianggap berjaya langkah pertama. Manakala pada peringkat seterusnya ialah produk anda tidak boleh digantikan dengan produk lain.” 

Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, Encik Simon ingatkan, jangan hanya berhenti bercakap dan mesti bertindak. Sebagai tambahan, apabila tiada hasil, jangan berlagak merata-rata. Ini juga kepercayaan yang dia pegang sejak dia memulakan perniagaannya. 

finworld

“Satu-satunya pemalar di pasaran, terus saja berubah. Baru memulakan perniagaan, anda perlu mengikuti perubahan dalam pasaran. Apabila anda boleh dapat menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap perubahan dalam pasaran, sudah tiba masanya untuk menukar pasaran” 

Akhir Kata

Sebelum melabur, rujuklah kepada pakar terlebih dahulu sebelum ko terlibat dengan skim pelaburan penipuan yang tersebar merata di Malaysia. Kang tak memasal, duit pelaburan hilang macam tu aje.

Untuk ko yang nak mendapatkan khidmat nasihat dalam pelaburan dan kewangan, bolehlah mengggunakan khidmat dari Finworld Technology sdn bhd ni.

Oh ya! Korang boleh join seminar yang selalu mereka adakan. Sekarang ni kalau korang nak daftar, korang layak untuk dapatkan 3 JAM TRAINING SECARA PERCUMA anjuran mereka, boleh terus contact no di bawah ye:

Whatsapp: https://wa.link/xh8cd7


Untuk maklumat lanjut tentang Finworld Technology ni oleh layari laman sosial dibawah.

FINWORLD TECHNOLOGY SDN. BHD.
Alamat:No7-2 Jalan PJU5/6, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Telefon:+ 6010-5315491
E-mel:contact@thamesenrich.com     
Website:www.finworld.com

1 Comments

Yang nak mencubanya, boleh usahakan kann.. siap ada percuma training 3 jam tu..

Sila tinggalkan comment korang disini!