16 Oktober 2022

Jom Terokai Tempat Menarik Di Sekinchan Selangor

Jom Terokai Tempat Menarik Di Sekinchan Selangor | Terakhir kali aku datang Sekinchan ni masa tengah mengandungkan Luth. Masa tu mana tahu tempat menarik di Sekinchan Selangor ni ha. 

Sibuk uruskan site tender masa tu. Mana sempat nak berjalan-jalan sekitar Sekinchan. Apa yang aku tahu, padi kat sini memang cantik untuk ko ootd. 

Lagi pun, Sekinchan ni betul sebelah je dengan negeri Perak. Kiranya penghujung negeri Selangor. Mana yang duduk KL tu 1 jam aje perjalanan, tak jauh mana pun kan?

Cuma ko pernah tak sampai kat sini?

Tempat Menarik Di Sekinchan Selangor

Kali ini aku nak kongsikan pula tempat menarik di Sekinchan Selangor. Sebelum tu, tempat menarik di Padang besar dah baca ke? Untuk korang yang ingin teringin untuk pergi ke Sekinchan, sila lihat beberapa tempat menarik yang telah dipaparkan di bawah.

tempat menarik di sekinchan selangor

#1 Pantai Cermin (Sky Mirror)

Tempat ni popular juga tapi kenapalah aku tak pernah sampai. Sky Mirror ialah sebuah pantai yang muncul secara tiba-tiba di tengah perairan yang menjadikannya cetek dan membolehkan ko terokai dan bergambar di sini.

Ia merupakan sebuah lagi fenomena unik di perairan Kuala Selangor ialah Sky Mirror atau Pantai Cermin.  Ianya muncul hanya 3-4 jam pada waktu pagi yang menimbulkan refleksi awan yang sangat nyata, seperti cermin.


Apa yang lebih menariknya ialah fenomena ini hanya berlaku pada hari pertama, kedua, keempat belas, kelima belas, keenam belas dan ketiga puluh setiap bulan. Sungguh misteri, bukan? Sama seperti Salar de Uyuni di Bolivia yang merupakan air masin rata di sana. 

Ramai pengunjung ke sini untuk dapatkan gambar yang cukup menarik. Malah, ada yang datang untuk gambar wedding outdoor tau. Cantik sangat. Jadi, ko kena rancang dulu perjalanan sebelum nak datang ke sini. Takut nanti ko balik dengan tangan kosong.

tempat menarik di sekinchan selangor

#2 Eagle Feeding di Pasir Penambang 

Kalau ko jauh nak ke Langkawi semata-mata nak tengok Eagle depan mata ko. Lagi baik ko ke Sekinchan aje sebabnya kat sana ko boleh melihat burung helang dalam keadaan dan suasana alaminya. 

Eagle Feeding di Pasir Penambang adalah antara pengalaman yang perlu ko alami walau sekali seumur hidup.  Ko akan dibawa di atas bot ke tengah perairan. Setelah itu, enjin bot akan dipadankan bagi mengelak burung helang lari. 

Dari atas bot, seorang pemandu bot akan mencampakkan makanan helang yang berupa kulit ayam ke dalam air. Dari saat ini, ko perlu bersedia bersama kamera ko untuk menangkap gambar. 

Tidak lama selepas itu, ko akan melihat 30-40 ekor burung helang akan terbang turun dari langit untuk mencapai makanan. Memang sebuah pengalaman yang cukup istimewa. Tak perlu jauh jauh ke Langkawi, kat Selangor pun dah ada. 

Tempat Menarik Di Sekinchan Selangor

#3 Bukit Melawati 

Kalau ko nak tahu, Bukit Melawati merupakan pusat pelancongan yang cukup menarik dengan kepelbagaian aktiviti dan cerita-cerita sejarah Kuala Selangor. Ia adalah antara destinasi hujung minggu yang ideal. 

Ko boleh luangkan masa menaiki tram, mengeni sejarah Kuala Selangor dan bergambar dengan latar belakang yang cukup cantik.

Di puncak Bukit Melawati, terletaknya Kota Melawati yang bukan saja menawarkan pemandangan indah, ia juga menempatkan kubu lama dari kurun ke 16 yang dibina boleh kerajaan kesultanan Melayu Melaka. 

Di sini juga terdapat rumah lampu Kuala Selangor atau Altinburg Lighthouse. Ko juga boleh menyaksikan spesis monyet yang dinamakan Silvery Lutong yang berkeliaran di sekitar Bukit ini. Muzium Sejarah Kuala Selangor juga ada di sini.

tempat menarik di sekinchan selangor

#4 Pasar Jerami Ban Kenal 

Pasar Jerami Ban Kenal adalah antara tempat yang cukup unik. Hanya ada di sekitar Kuala Selangor saja tau. Jadi jika ko bercuti atau berkunjung ke Sekinchan, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke sini. 

Pasar Jerami Ban Kenal merupakan sebuah tempat tarikan yang berunsur pasar petang. Hanya beroperasi pada hujung minggu, pasar petang di sini memang meriah.

Pasar petang di sini bukan sahaja membawakan gerai-gerai makanan, malah gerai-gerai menjual baju dan mainan juga ada di sini. 

Selain dari pasar petang, Pasar Jerami Ban Kenal ini juga dikunjungi kerana keunikan suasana di sini. Pagar masuk ke tempat ini sahaja sudah menjadi tarikan ramai dengan susunan jerami bergulung menghiasi pintu masuk. 

Ramai suka bergambar di sini kerana latar belakangnya yang nampak seperti negeri Texas di Amerika Syarikat. Tak ada lah ko boring bila datang ke Sekinchan. 

Tempat Menarik Di Sekinchan Selangor

#5 Sawah Padi Sekinchan

Sawah Padi di Sekinchan ini memang antara lokasi yang popular di kalangan orang kita. Sebut sahaja nama Sekinchan, mereka terus terbayang sawah padi yang hijau dan luas terbentang. 

Sawah Padi di Sekinchan ini memang cantik. Bila kita tengok, ia sangat luas sehingga nampak garisan bumi hijau ini bertemu dengan langit biru. Kecantikan inilah yang membuatkannya antara tarikan utama di Sekinchan.

Seringkali dijadikan tempat bergambar, terutama sekali untuk para pengantin, sawah padi Sekinchan ini sebenarnya hijau sebelum musim menuai sahaja. Selepas padi dituai, nampak tanah sahaja la. 

Jadi, jika ko ingin ke sini untuk bergambar, pastikan ko datang sekitar bulan Mac hingga pertengahan bulan Mei dan awal September sehingga pertengahan November. Ini kebiasaannya la. Kadang kala tidak menentu. Ko tak perlu dah jauh jauh ke Kedah, Selangor pun ada sawah padi. 

tempat menarik di sekinchan selangor

#6 Sekinchan Coconut Farm

Selain itu, tempat menarik di Sekinchan Selangor memang banyak menempatkan ladang dan kebun buah-buahan. Jadi, jika ko ke Sekinchan, banyak sangat tempat yang boleh anda kunjungi untuk dapatkan sayuran dan buah-buahan yang segar. 

Sebuah lagi ladang yang boleh ko kunjungi ialah Sekinchan Coconut Farm yang terletak di Jalan Tali Air 4. Sebenarnya, ia merupakan ladang kelapa, tetapi banyak gerai makanan dan minuman dibuka di sini. Jadi anda dan keluarga dapat menikmati makanan dalam suasana yang cukup istimewa.

Tentunya tarikan utama ialah gerai menjual air kelapa dan coconut shake. Diperbuat dari kelapa segar, memang sangat best. Makanan lain yang boleh didapatkan di sini termasuk waffle, hot dog, takoyaki dan macam-macam lagi street food. 

Memang ramai kat sini. Tetapi, sangat berbaloi. Bukan sahaja dapat makan dan minum sedap-sedap, anak-anak juga dapat bermain kerana ada satu sudut kecil yang ada jongkang jongkit untuk mereka. Selain itu, jangan lupa untuk bergambar sakan ye di sini. Suasana dan pemandangannya sangat cantik.

Kesimpulan

Ko rancang dulu perjalanan dan terokai tempat menarik di Sekinchan Selangor. Inilah masanya kita merancakkan lagi sektor pelancongan di Malaysia. Seronok juga bila dapat pergi ke Sekinchan, terutama di kawasan sawah padi.

Nantilah nak teroka ke sini, mesti seronok. Lagi lagi kalau kita luangkan masa bersama keluarga tercinta. Nak pergi mana lagi ya lepas ni?

2 Comments

Banyaknya lokasi menarik di sana ya. Hihihi

bestnyaa..dalam hati impian nak ke sky mirror..agak2 berapa ye tiket dewasa n kanak2..tq sharing..

Sila tinggalkan comment korang disini!