Konsert 'A Night To Remember' Siti NurHaliza Di Persada Johor | Bukan selalu dapat sertai sesi sidang media bersama artis. Kali ni, aku berkesempatan menyertai sempena live performance Siti NurHaliza di Persada Johor.
Apa yang aku tahu, selepas 10 tahun Dato' Sri Siti NurHaliza atau lagi mesra di sapa Tokti ini kembali di Johor dengan persembahan eksklusif 'A Night To Remember' di Persada Johor pada 18 & 19 November ini.
Ya Allah inilah kali pertama bertentang mata dengan Tokti. Aku boleh rasa sendiri aura seorang penyanyi tersohor di Malaysia. Memang betul bila orang banyak kata, TokTi ni peramah, murah senyum dan sentiasa layan peminat.
Aku memang setuju!
Bila dah tengok depan mata, memang betul pun peramah orangnya. Sebelum balik, bukan kitorang yang sapa Tokti. Ini Tokti yang sapa kitorang, siap berterima kasih lagi sebab sudi hadir sidang media bersamanya. Baik sungguhlah. Memang patutlah Tokti ni ramai peminat sayang.
Konsert 'A Night To Remember' Siti NurHaliza
Untuk persembahan eksklusif ni, Persada Johor menyasarkan 5,000 penonton tempatan termasuk juga dari Kepulauan Riau, Indonesia dan Singapura.
Tokti pun dah bagitahu juga, dia akan memastikan persembahannya nanti meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh peminatnya.
Dalam persembahannya itu nanti, Tokti juga berkata bahawa ia tidak boleh lari daripada menyanyikan lagu-lagu hits dengan memberikan sentuhan yang berbeza. Katanya, akan membawakan 20 lagu-lagu hits untuk persembahan itu nanti.
Banyak tu kan. Lagi pun, lagu Tokti memang banyak yang hits. Jadi, tak dapat nak tekalah yang mana satu lagi yang Tokti bawakan nanti.
Setakat hari ini kira-kira 35 peratus tiket konsert sudah ‘disambar’ peminat sejak ia mula dijual pada 4 Okt, harga tiket bermula daripada RM299.
Persembahan ini juga akan membawa penampilan istimewa penyanyi Aina Abdul dan Khai Bahar. Rugi jugalah kalau tak datang persembahan eksklusif Tokti ni.
Akhir Kata
Jika ada kesempatan, datanglah ke persembahan eksklusif 'A Night To Remember' Dato Sri Siti NurHaliza. Aku yakin pasti korang akan berpuas hati dengan persembahannya. Cepat book tiket & save the date korang!
🗓 18 Nov & 19 Nov 2022 (Jumaat & Sabtu)
⌛ bermula jam 8 malam
📍 Persada International Convention Centre
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
FB Page: https://www.facebook.com/persadajohor/
IG: https://instagram.com/persadajohor
Korang boleh dapatkan tiket secara online di link bawah ni:
https://persadajohor.sales.ticketsearch.com/sales/salesevent/79759
#ANightToRemember #PersadaJohor #MyTicketAsia #SitiNurhaliza #OmbakBergigi #BloggerMalaysia #JDTBlogger #BlogOmbakBergigi
Sila tinggalkan comment korang disini!