Resepi Laksa Sarawak Paling Simple Tapi Sedap | Jujurnya aku tak pernah lagi makan laksa sarawak sebab tu aku rajinlah cari resepi laksa sarawak. Kononnya senang nak masak nanti!
Ada yang cakap, ko beli aje pes resepi laksa sarawak haji manan. Tak silap 1 RM6.80 sebungkus, tapi tak pastilah kalau harganya dah naik.
Lagi pun kita ni dah biasa makan laksa Penang, laksa Johor tapi kali ni apa salahnya kita cuba pulak Laksa Sarawak.
Kebiasaannya, kuah laksa menggunakan ikan sebagai bahan utama, laksa beras dan spaghetti. Tapi apa yang istimewanya Laksa Sarawak ini adalah menggunakan isi ayam dan mee hoon.
Nampakkan kelainannya di situ.
Resepi Laksa Sarawak Paling Simple Tapi Sedap
Masakan Laksa Sarawak ini hasil perkongsian daripada NollyEpinUwan di laman facebook untuk santapan makan siang untuk seisi keluarga, ujarnya menyediakan menu ini amatlah simple dan mudah tetapi cukup sedap.
Bahan-bahan untuk membuat sup laksa Sarawak:
- 2 belah dada ayam/isi ayam
- 200 gram pes laksa Sarawak
- 250 gram udang
- 2 liter air
- 300 ml santan
- 2 batang serai
- 1 kiub ayam garam secukup rasa
Cara-cara untuk memasak Kuah untuk laksa Sarawak:
1) Basuh dada ayam bersih-bersih. Kemudian rebus sehingga ayam masak dan agak lembut.
2) Setelah masak keluarkan dan toskan dada ayam, bila dah sejuk boleh carik carik halus.
3) Dengan menggunakan air rebusan ayam, celur pula udang ke dalam rebusan ayam tadi.
4) Rebus kira-kira 1 minit. Selepas satu minit, keluarkan dan toskn udang.
5) Dengan menggunakan stew ayam dan udang lebih awal, masukkan pula serai yang telah ditumbuk ke dalam air masak.
6) Masukkan pes rempah laksa Sarawak.
7) Masukkn kiub ayam Masak atas api sederhana sehingga mendidih.
8) Setelah mendidih, tuangkan santan ke dalamnya dan kacau.
9) Reneh dengan api kecil supaya santan tidak pecah minyak.
10) Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah mendidih dan masak, matikan api. Kuah untuk Sarawak laksa adalah sedia untuk dihidangkan bersama-sama dengan bahan-bahan lain.
Bahan-bahan untuk Mee:
- 1 pek vermicelli
- Air secukupnya
Cara-cara merebus mee:
1. Panaskan air di atas api sederhana. Tunggu sehingga mendidih.
2. Jika ia mendidih, masukkan mi vermicelli dan rebus sehingga sedikit lembut.
3. Vermicelli biasanya cepat lembut dalam air panas. Jadi jangan rebus terlalu lama Jika mee terlalu direbus, vermicelli boleh musnah dan hancur
Bahan-bahan untuk membuat sambal belacan:
- 3 tangkai Cili padi
- 5 batang cili merah
- 1 inci belacan
- ½ sudu teh garam / rasa
- 1 sudu teh gula / rasa
- 1 biji limau nipis
Cara untuk membuat sambal belacan:
1)sediakan Cili padi, cili merah dan belacan.
2)kisar bersama-sama sehingga lumat
3)Tambah garam dan sedikit gula secukup rasa
4) Tambah jus limau, kemudian kacau lagi perlahan-lahan hingga sebati.
Bahan-bahan hiasan laksa Sarawak:
- ayam yg telah direbus air tadi disiat2
- udang
- telur dadar dipotong nipis
- taugeh dicelur
- daun ketumbar
- limau
- sambal belacan
Cara menyediakan Laksa Sarawak:
1) Masukkan mee hoon dalam mangkuk
2) Hiaskn dengan ayam yang dicarik carik tadi
3) Susun udang
4) Masukkn taugeh dan daun ketumbar
5) Makan bersama sambal belacan dan perahan asam limau
Akhir Kata
Diharap perkongsian resepi laksa sarawak ini dapat membantu serta memudahkan urusan ko untuk menyediakan makanan ini di rumah atau di mana sahaja ko berada. semoga bermanfaat.
1 Comments
Sedap kuah laksa Sarawak, ditambah pula dengan pelbagai aksesorinya.
Sila tinggalkan comment korang disini!