Pergi mengundi...
Ha ko dah mengundi belum? Pagi ni kat tempat aku, hujan renyai-renyai. Inilah pengalaman kali pertama pergi mengundi. Selama ni bukan tak sempat tapi itulah merantau di tempat orang dan disebabkan kerja, jadi tak dapatlah nak mengundi.
Pagi ni berpeluang untuk mengundi. Tak naklah nanti kat akhirat, Allah tanya kenapa tak tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat di dunia. Ha sudah nanti tak boleh nak menjawab, baik pergilah walaupun keadaan terpaksa dan malas nak pergi.
Pastikan juga sebelum nak mengundi, ko belajar dulu cara mengundi. Kang tak memasal, undi rosak pulak!
Sebagai persediaan awal, pastikan bawa SALAH SATU dokumen pengenalan diri yang berikut:
1. Kad Pengenalan
2. Pasport
3. Lesen Memandu
4. Dokumen Pengenalan Sementara (JPN KPPK09)
5. Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan (JPN KPPK11) (Disahkan JPN)
Kalau rasa tak bawa dokumen penting, sila balik dan bawa semula. Jangan buang masa orang lain tau. Pastikan bawa dokumen penting, barulah ko pergi ke tempat mengundi.
Pilihan Di Tangan Anda, Selamat Mengundi
Di bawah ni aku kongsikan cara-cara mengundi:
1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh Anggota Polis yang mengawal selia pintu masuk.
2. Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri dan Slip Semakan (sekiranya ada) kepada Kerani Pengundian Pertama. Kemudian, tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
3. Kerani Pengundian Pertama akan memberikan MyKad / Dokumen Pengenalan Diri pengundi kepada Kerani Pengundian Kedua untuk pengesahan. Pasti No. Kad Pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani Pengundian Pertama adalah TEPAT.
4. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya apabila diminta oleh Kerani Pengundian Kedua.
5. Terima kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga. (Kerani Pengundian Pertama akan membuat penandaan nama anda dalam Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol Dakwat Pilihan Raya).
6. Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit.
7. Maju ke petak undi dan tandakan ‘X’ pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam Kertas Undi dengan menggunakan pen. PILIH SATU CALON SAHAJA.
8. Masukkan kertas undi dalam Peti Undi yang betul.
9. Bergerak ke meja KTM sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.
Telefon Bimbit Tidak Dibenarkan Di Tempat Mengundi
Pengundi tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit ketika membuang undi di tempat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu infografik yang dimuat naik di platform social media mereka pada Rabu memasukkan perkara tersebut dalam 10 langkah pengundian perlu dipatuhi oleh pengundi ketika mengundi pada 19 November ini.
Larangan itu yang disenaraikan sebagai langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan bahawa ia tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.
Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.
Ciri-ciri Undi Rosak / Undi Ditolak
Tahukah ko, istilah Undi rosak hanya terpakai kepada kertas undi yang TIDAK DIMASUKKAN dalam tempoh pengundian, manakala istilah KERTAS UNDI DITOLAK pulak berlaku semasa proses pengiraan kertas undi.
PERATURAN 21: PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
Contohnya kertas undi terkoyak secara tidak sengaja, itu istilahnya kertas undi rosak dan ia tidak dimasukkan ke dalam peti undi. Ketika itu, pengundi boleh memohon kertas undi baharu dari Ketua Tempat Mengundi.
PERATURAN 25 (6) (7) PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981
Ketua Tempat Mengundi atau orang yang diberikan kuasa olehnya hendaklah kemudiannya mengira kertas undi itu mengikut undian oleh pemilih bagi setiap calon dan hendaklah mencatatkan perkataan ‘ditolak’ pada mana-mana kertas undi yang ditolak sebagai tidak sah. Ketua Tempat Mengundi hendaklah menolak sebagai tidak sah kertas yang berikut sahaja, iaitu mana-mana kertas undi:
Kertas undi tidak dicapkan dengan tanda rasmi Undi diberikan lebih dari satu calon Menulis perkataan pada kertas undi Kertas undi yang tidak bertanda dan tidak menanda di dalam kotak Pengundi tidak menunjukkan tujuan yang jelas pada kertas undi.
Adakah Tanda Selain Pangkah Dikira Sebagai Undi Rosak?
SPR menjelaskan bahawa selain tanda pangkah ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi. Menurut Pengerusi SPR, syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.
“Tulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’ (niat) adalah untuk memilih calon itu. Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak.”
Akhir Kata
Apa-apa pun, pastikan ko tidak salah pangkah. Kita tak nak peristiwa 22 bulan memerintah tu kembali lagi. Buatlah pilihan yang tepat. Jangan salah pangkah, nanti rugi tau undi! Selamat mengudi semua!
Sumber | Sebenarnya.my
Selamat Mengundi ya 😃 Moga yang terbaik until Malaysia
BalasPadamSelamat mengundi
BalasPadam