Aku bukanlah penggemar sotong sebabnya tak suka tekstur sotong tu. Kadang kalau terlebih masak, liatnya tu kemain lagi. Sotong ni tak sama macam udang. Udang kalau overcooked dia jadi lembik. Sebab tu, kalau nak masak seafood kena pandai jaga masa.
Selain sambal sotong, ko juga boleh mencuba resepi sotong masak hitam. Sekarang ni, kalau kat kedai lauk tengahari, susah ye nak jumpa menu ni. Jaranglah orang nak masak menu macam ni.
Tapi bila dah sekali kena, mahu bertambah nasi kan?
Sotong ni kalau digaul dengan kerabu maggi, confirm sedap tau! Terliur je ni sambil menulis. Sotong ni dah lah mahal, bukannya murah kan.
Ada juga yang tak suka dengan dakwat sotong kan? Ko boleh bersihkannya, dan masak seperti biasa. Sama juga tetap sedap. Jomlah kita mula memasak.
$ads={1}
Resepi Sotong Masak Hitam Pedas
- 500gm sotong
- Dakwat sotong (jika tidak suka, boleh gantikan dengan sedikit kicap pekat)
- 5 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan perahan asam jawa
- 1 batang serai – diketuk
- 1cm halia – dihiris
- 1cm lengkuas – dihiris
- 2 helai daun limau purut
- 1 sudu teh serbuk belacan
- 10 biji cili padi hijau
- 3-4 ulas bawang putih – ditumbuk
- 1 biji bawang besar – dipotong bulat
- Garam
- Serbuk perasa
- Serbuk kunyit
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Sedapnyaaa...akak suka...tapi tu la..akak sorang je la makan...
ردحذفsedapnya, ya betul sotong dan udang tak boleh terlebih masak jadi liat tak sedap. Dah lama akak tak masak sotong
ردحذفkalau ammi...sotonglah paling ammi suka sbb takyah pikir dah nak buang tulang, sisik bagai
ردحذفPasti sedap
ردحذف