1 November 2022

Target 100K Pageview Untuk Bulan November

Target 100K Pageview Untuk Bulan November | Alhamdullilah ala kulli hal, bersyukur betul sebabnya bulan lepas blog ni dapat 80K pageviews. Lagi seronok bila adsense lebih dari apa yang aku nak. 

Lepas je aku tukar template baru-baru ni, terus naik mendadak pageviewsnya. Seronok tu kemain lagi. Memang tak pernah dapat 100K sebulan, jadi bulan ni aku target macam tu. Sikit aje lagi blog aku ni capai 2 juta. 

Bukan senang tapi tak mustahil. 

Banyak juga aku belajar dari blog ni. Jatuh naik blog ni pun aku masih sabar lagi. Bukan masa untuk aku di tahap sepatutnya kan. Kenalah bersabar kita ni.

Tapi bersyukur sangat, blog ni sikit sikit ada juga incomenya. In shaa Allah, bulan ni pun dah cash out lagi daripada adsense. Tahun ni aje 3 kali aku rasa, sebelum ni mana pernah nak rasa. 

target 100k pageviews

Sehari dapat 1 sen je. Sedih kan?

Itu baru bab adsense, bab pageview ni lagi lah. Punyalah target 6 bulan mesti dapat 1 juta, end up tak dapat pun. 

Jadi, kali ni dah tak boleh main-main dah. Sesibuk macam mana pun tetap kena update blog, jangan biarkan blog sepi.

Lepas tu, entri lama-lama tu kenalah update sikit sikit tambah mana yang patut. Biar google nampak blog aku ni masih lagi aktif.

Gitu.

Cuma bulan ni macam nak kurangkan pergi event sebabnya husband guna kereta. Husband pula dah berpindah ke segamat, jadi memang patah kakilah nak kemana-mana.

In shaa Allah, apa yang aku target ni mesti akan dapat.

Doakan ya semua!

7 Comments

semoga tercapai hasrat dapat capai target!

Semoga cita-cita akak tercapai. Adsense ini rumit sedikit. Kekadang PV rendah, ada earing, kalo PV tinggi, earning xdak haha

insyaallah...semoga yang diimpikan menjadi kenyataaan

semoga capai target. blog kita pun dah berhabuk

Alhamdulillah... InsyaAllah slowly but surely.. Keep it up!

Alhamdulillah..tahniah! keep it up :)

Sila tinggalkan comment korang disini!