22 ديسمبر 2022

Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor

Apa khabar para pembaca sekalian? Dua minggu lepas, aku berkesempatan merasai pengalaman menginap di Hotel Singgah Pengerang selama 2 hari 1 malam sempena dengan program Parti Bola Kaw yang dianjurkan oleh Kopetro Sdn Bhd.

Singgah Pengerang Hotel

Sepanjang program ini, aku dan juga beberapa rakan menginap disini untuk merehatkan diri setelah menonton perlawanan Piala Dunia antara Morocco dan Portugal. Jadi, untuk artikel ini aku akan kongsikan sedikit sebanyak tentang hotel ini.

Singgah Pengerang Hotel ini merupakan sebuah hotel yang terletak di Bukit Pelali, Pengerang yang menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang terbaik. Hotel ini mempunyai 58 buah bilik dan sebuah bilik yang direka khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang, Johor

Singgah Pengerang Hotel

Singgah Pengerang Hotel

Hotel ini bertempat di kawasan rumah kedai yang sudah diubahsuai menjadi hotel 2 tingkat. Walaupun hotel ini nampak seperti hotel bajet tetapi mereka menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang bertaraf 5 bintang.

Anda tak perlu risau dengan tempat parking kereta, disini terdapat banyak parking yang dikhaskan untuk pengunjung. Malah, security guard turut disediakan disini bagi memudahkan urusan anda. 

Ketika sampai di sini, kami disambut mesra oleh pekerja di bahagian registration. Apa yang menariknya, di hotel ini turut menyediakan ruangan cafe yang kecil sahaja tetapi susun aturnya sangat kemas. Di sini juga turut menyediakan kemudahan lift untuk memudahkan pelanggan naik ke bilik atas. 

Masuk aje di dalam bilik, aku disajikan dengan mural yang dilukis di bahagian atas kepala katil. Lukisan di bilik ini memaparkan bangunan bersejarah yang terdapat di Johor. Apa yang pasti, kesemua bilik disini mempunyai mural yang berbeza-beza. 

Singgah Pengerang Hotel

Harga pula berbeza-beza untuk setiap bilik dan bermula dari RM150 ke atas. Di dalam bilik tidak disediakan iron, jadi anda boleh meminta di receptionis ya!Cuma di dalam bilik yang aku menginap, ruangan untuk solat agak sempit. Anda kena cari spot untuk memastikan anda selesa ketika solat.

Bagi aku, untuk anda yang bekeluarga dan mempunyai bilangan yang ramai agak kurang sesuai. Ini kerana, mereka tidak menyediakan bilik untuk keluarga (family room) tetapi anda boleh request sama ada mahu bilik bersambung atau connectiong room. 

Singgah Pengerang Hotel

Secara keseluruhannya, penginapan di Singgah Pengerang Hotel ini sangat selesa. Lokasi ini juga berdekatan dengan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pantai, tempat makan seafood dan sebagainya.

Sekiranya anda merancang untuk ke Pengerang atau Bandar Penawar, anda bolehlah menjadikan Hotel Singgah Pengerang ini sebagai tempat penginapan anda.

Singgah Pengerang Hotel


⁣𝗦𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 

📍 No. 21, Jalan Kelicap 3, Bukit Pelali, 81600 Pengerang, Johor ⁣


Sila tinggalkan comment korang disini!