13 ديسمبر 2022

Buffet Makan Tengahari RM38 Di GBW Hotel Johor Bahru

Hi semua, apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Balik daripada event OhBolaKaw di Singgah Pengerang, aku terus meluncur laju ke tempat lain untuk makan tengahari disana. Dua hari yang memenatkan tetapi aku seronok dan aku simpankan sebagai kenangan. Tunggu aku update ya!

Baiklah semua, hari ini aku nak kongsikan dengan anda tentang satu lokasi buffet lunch yang menarik dan harga sangat berpatutan. Paling penting sekali, ada banyak pilihan menu yang sedap-sedap. Bagi aku, harganya paling tak masuk akal dan antara yang paling rendah dalam banyak-banyak tempat makan yang aku pergi.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda kena habis baca artikel ini hingga ke penghujungnya!

Buffet Resepi Warisan Meldrum Di GBW Hotel Johor Bahru

GBW Hotel ini dahulunya dikenali dengan nama Grand BlueWave Hotel dan terletak di Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, Johor Bahru dan kedudukannya yang sangat strategik dimana ianya berada di tengah bandar Johor Bahru. 

Buffet Lunch di sini bertemakan "Resepi Warisan Meldrum" yang menghidangkan pelbagai menu masakan khas tempatan dan antarabangsa. Bermula dari 1 December 2022 sehingga 31 Januari 2023 (12.00pm - 2.30pm), menu yang dihidangkan untuk para tetamu akan bertukar setiap hari.

Mari kita lihat senarai menu dan juadah yang sudah aku cuba tadi:

GBW Hotel Johor Bahru
Ikan Bawal Masak Tiga Rasa, Telur Masak Kurma


GBW Hotel Johor Bahru
Daging Masak Kicap, Ayam Masak Perchik


GBW Hotel Johor Bahru
Kailan Ikan Masin, Tempura Sayur

GBW Hotel Johor Bahru
Nasi Ayam, Keow Teow Goreng


GBW Hotel Johor Bahru
Aneka Kerabu



GBW HOTEL
Aneka Kuih Muih, Dessert, Bubur, Kek


Harga Yang Ditawarkan

Setiap tempat pasti menawarkan harga yang berbeza dengan promosi, tetapi di GBW Hotel Johor Bahru ini menawarkan harga RM38 bersih (Dewasa) dan RM27 (Kanak-kanak/Warga Emas) manakala untuk tempahan 15pax dan ke atas, akan mendapat 1/2kg kek. Malah, ruang pentas untuk menyambut hari lahir dan sebagainya turut disediakan.

Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi nombor yang tertera di bawah: 
 
Mr. Syahmi : +6016 710 0048 
 Ms. Aiza : +6016 723 3558 
Ms. Urfa : +6016 710 0073


Sila tinggalkan comment korang disini!