Baiklah semua, kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang pengalaman aku mencuba menu makanan Christmas di sebuah restoran di Nusajaya, Johor. Rata-rata mesti ada yang tidak tahu tentang lokasi restoran ini.
Sampai sahaja di lokasi, aku agak keliru di mana letaknya restoran ini. Rupanya, restoran ini agak tersorok di dalam bangunan Eco Galleria. Untuk makluman, parking di sini sangat luas dan ianya percuma. Eco Galleria ini sedang dalam penambahbaikan tetapi ada sahaja Eco Galleria restaurant dan office yang sudah dibuka.
Feast Eco Galleria ini merupakan sebuah restoran yang tersorok di dalam bangunan Eco Galleria, Nusajaya, Johor, sebuah pusat beli belah terbuka yang berkonsepkan Eropah. Restoran ini hendak memasuki tahun kedua dan sememangnya menawarkan makanan yang unik-unik belaka.
Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman aku ketika mencuba beberapa makanan di sini sempena Christmas yang tidak lama lagi akan tiba, serta kenapa aku sarankan anda untuk datang dan cuba sendiri hidangan di Feast Restoran.
Menu Christmas Enak Di Feast Eco Galleria, Nusajaya, Johor
Suasana di restoran ini sudah semestinya selesa dan anda boleh memilih sama ada mahu duduk di luar atau di dalam kedai. Pendingin hawa dan lagu-lagu akan dipasangkan untuk memberikan keselesaan buat pelanggan yang hadir.
Kalau aku, aku lebih suka duduk di bahagian luar kerana lighting untuk bergambar sangat cantik. Setiap sudut pastinya cantik dan kena dengan citarasa aku. Tetapi, ikutlah citarasa dan keselesaan anda ya. Jangan paksa diri untuk membuat sesuatu yang kita tak suka.
Jomlah kita lihat beberapa gambar suasana dan sekitar restoran ini.
Cantikkan? Aku suka dengan dekorasi restoran ini, nyaman dan selesa. Aku yakin, anda pasti akan menyukai dan bergambar di beberapa sudut di dalam atau di luar kedai.
Okay, cukuplah aku berceloteh panjang tentang restoran, sekarang tibalah masanya untuk aku mengulas tentang makanan. Selain itu, harga dan rating juga akan aku berikan. Ia akan mengikut pendapat aku sendiri ya.
Sebelum itu, Alhamdullilah aku dah mencuba kesemua makanan yang dihidangkan. Aku sangat berpuas hati dan suka dengan menu-menu untuk Christmas ini nanti. Jadi, jomlah kita lihat harga dan rating menu-menu yang sudah aku cuba.
Main Dishes - Christmas Menu
Kambing Golek Wellingston | Harga RM78 | Rating 10/10
Dah nama Wellingston, apa jua daging pasti akan menggunakan pastry bagi menyaluti daging tersebut. Kali ini, bukan daging lembu ya tetapi dengan menggunakan Kambing Golek. Aku rasa inilah menu yang perlu anda cuba ketika Christmas nanti. Set ini, anda kena cicah bersama dengan sos black pepper pekat yang cukup untuk naikkan keenakan di lidah anda.
Chicken Wing 65 | Harga RM28 | Rating 8/10
Chicken wing ini ala mamak style. Bagi aku, walaupun rasanya biasa sahaja tetapi bila anda cicah bersama mint sauce tersebut, barulah membuka selera untuk menikmati menu yang lain. Pertama kali aku tengok, aku jangkakan menu ini akan menyengat terus dilidah tetapi biasa sahaja rasanya.
Mussel Selasih | Harga RM32 | Rating 9/10
Walaupun aku bukanlah peminat mussel, tetapi menu ini aku suka dan sangat sedap. Biasanya aku menggunakan daun selasih untuk masak ayam, kali ini digunakan untuk masakan seafood pula. Jadi, aku agak teruja ketika menikmatinya.
Twister Crispy Chicken Wrap | Harga RM26 | Rating 9/10
Apa yang aku suka untuk menu ini ialah Chicken Wrap yang cukup rasa dan berjus. Satu menu ini sudah pastinya cukup untuk kenyangkan perut anda yang sedang lapar. Tak percaya? Cubalah.
Clear Lemongrass Seafood | Harga RM38 | Rating 10/10
Menu ini dah jadi menu kesukaan aku, inilah top kedua tau. Nanti anda scroll lagi dibawah untuk tengok top 1 yang paling aku suka. Kena rasa menu ini macam lauk singgang. Rupanya betul, cuma ada sedikit berbeza rasa dan kecerahan kuah tersebut. Kalau anda peminat singgang, inilah menunya. Tidak berhenti aku menghirup kuah dan makan seafood yang ada di dalam itu. Sedap dan mabeless!
Tuscan Chicken Pizza | Harga RM30 | Rating 10/10
Untuk pizza ini, anda kena makan waktu panas-panas barulah sedap. Menu ini pun memang kena dengan citarasa aku yang tidak suka pizza yang jenis tebal.
Soft-shell Crab Rojak | Harga RM25 | Rating 10/10
Menu top 1 di Feast, sekali rasa pastinya tak boleh berhenti tau. Menu ini juga menu untuk Christmas, walaupun harga boleh tahan tetapi tidak boleh kalahkan rasa dan kesedapan rojak ini. Di atas rojak ini, dihiasi dengan ketam lembut, dan aku tak sangka kombinasi dua item ini memang sangat mabeless!
Secara keseluruhannya, makan di Feast Restaurant ini memang sangat puas hati. Walaupun lokasinya agak tersorok tetapi suasana di restoran tenang dan selesa ditambah pula dengan makanan yang sedap. Sangat sesuai untuk anda bawa keluarga nikmati makanan disini.
Tentang harga, agak mahal juga cuma anda kena faham dan lihat disekelilingnya, barulah anda mengerti kenapa harga makanan mahal. Bagi aku sangat berbaloi dengan makanan yang aku terima, lagipun bukan selalu dan untuk diri sendiri juga.
Akhir kata, anda yang di sekitar Nusajaya atau dimana jua, boleh cuba makanan di sini!
Feast Restaurant
LOKASI : A0120 Blok A Eko Galleria, Jalan Eko Botani 3, Taman Eko Botani,
Iskandar Puteri, Johor Bahru, Malaysia
WAKTU OPERASI: 9.00am to 9.00pm
#FEASTEcoGalleria #Nusajaya #Johor #foodforthought #foodie #foodlover
1 Comments
Presentable betul food diaa. Nice picture blogger!
Sila tinggalkan comment korang disini!