18 Disember 2022

Shopping di Lulu Grocer Toppen Johor Sempena 50 Hari Pembukaan

Jumaat lepas kononnya nak bawa Luth main taman permainan di Toppen Shopping Mall, Johor. Lama pula tak bawa dia jalan-jalan pusing mall kan. Kesian pula asyik duduk rumah menghadap tv dan mainan dia. Sambil tu, bolehlah aku shopping dan cuci mata di situ kan.

Lulu Grocer Toppen

Pusing punya pusing, terpandanglah Lulu Hypermarket yang tengah buat promosi diskaun 50% sempena dengan #LuluToppenHappy50.

Rupanya, Lulu Grocer ni dah beroperasi 50 hari dari tarikh pembukaan. Diam tak diam eh dah 50 hari, kejap betul masa berlalu. Aku pun tak lengah, tarik tangan suami dan Luth masuk beli belah dalam ni. Begitu, gigihnya orang perempuan ni kan.

Aku ni pun first time masuk Lulu Toppen, dulu duduk KL rajin juga masuk sebabnya rumah abang dengan Lulu Grocer ni tak jauh mana pun. 

Lulu Grocer Toppen

Promosi ni kan berlangsung 7 hari dari 16 Dis sehinggalah 22 Dis ni. So, promo ni kalau ko beli 1 barang (barang terpilih) akan dapat 50% diskaun untuk barang kedua. Dan yang syoknya, Lulu Grocer akan bagi "hadiah misteri" untuk 350 pelanggan terawal yang berbelanja sebanyak RM50 ke atas dan mestilah di dalam satu resit. 

Aku pun tak lengahlah, terus ajak suami dan Luth pusing satu grocer. Baru aku tahu rupanya kat dalam Lulu ni, mereka sediakan mini Cafe untuk ko makan dan minum di situ. Masuk aje memang dah terpampang Sushi dan makanan lain, itu yang hilang penat lepas meronda beli barang. 

Walaupun hypermarket ini kecil tetapi susun atur barang sangat kemas dan teratur. Ditambah pula dengan keadaan yang bersih dan penghawa dingin sentiasa dibuka untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan.

Lulu Grocer Toppen

Lulu Grocer Toppen

Boleh sejuk beku bila ko pusing dalam grocer tu lama-lama. Aku ni memang tak kuat sejuk, gitulah kulit orang melayu kan. Apa yang menariknya, mereka disini memasangkan alunan surah-surah dari Al-Quran dan ada juga lagu-lagu yang sedap didengari.

Aku perhatikan juga, promosi yang ditawarkan hampir kesemuanya barang keperluan rumah dan juga dapur. Bukan sahaja bahan mentah, barang elektronik pun ada diskaun tau. Lagilah kalau ko jenis ada anak kecil, susu dan pampers pun ada diskaun dan jimat untuk ko beli.

Sebab itu, benda pertama aku shopping ialah susu dan pampers Luth. Lagi aku suka, dua barang ini ada promosi dan aku boleh jimat banyak. Ginilah kehidupan seorang ibu, kena pastikan keperluan anak tu terjaga dan sentiasa ada.

Lulu Grocer Toppen

Sedar tak sedar, penuh troli aku membeli-belah kan. Syukur alhamdullilah, boleh jimat sikit duit belanja dapur bila ada promosi macam ni kan. Nak beli tanpa harga promosi pun harganya, agak mahal kan. Jadi, aku ambil peluang untuk nikmati promosi #LuluToppenHappy50.

Nak lagi banyak gambar tentang promo, ko boleh klik fb page di bawah ya. So, jomlah korang berbelanja di Lulu Grocer Toppen Johor. 

Lulu Grocer level GF (berhadapan dengan Mr DIY)
Toppen Shopping Centre Tebrau
Di buka dari jam 10am hingga 10pm | SETIAP HARI.



1 Comments

Berbaloi-baloi soping kat Lulu ni, barantnya pun segar dan paling suka banyak makanan ready to eat dia..

Sila tinggalkan comment korang disini!