- Jadi ahli, dapat harga istimewa.
- Harga trade in tertinggi setiap masa.
- Pelbagai design terbaru dan terkini.
- Suasana kedai cantik dan selesa.
- Pemilik dan pekerja 100% bumiputera
29 ديسمبر 2022
28 ديسمبر 2022
Menu Makanan Seafood Enak di Fish & Co Johor
Apa khabar para pembaca sekalian? Aku sihat alhamdullilah, syukur masih diberikan nafas untuk ada di muka bumi ini. Bagaimana dengan cuti hari Natal anda? Aku harap anda bergembira dan sihat bersama keluarga di sisi.
Sebenarnya banyak artikel yang mahu aku kongsikan tetapi kekangan masa yang menyebabkan aku tidak sempat untuk menulis. Jadi, hari ini aku paksa diri untuk menulis. Aku tidak mahu para pembaca sekalian ternanti-nantikan artikel yang aku tulis.
Hari ini, aku nak kongsikan pengalaman aku mencuba menu Fish and Chips di sebuah restoran yang terletak di Toppen Shopping Mall, Johor. Restoran ini sangat dekat dengan Ikea. Aku yakin pasti anda melihat restoran ini ketika anda mengunjungi Ikea.
Fish & Co ini merupakan restoran yang menghidangkan menu makanan laut dan Fish n Chips terbaik untuk anda cuba. Restoran ini merupakan lokasi tempat makan yang sangat sesuai untuk anda bersama keluarga bersantai.
Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika mencuba beberapa makanan di sini. Jadi, aku akan review dan berikan ulasan berdasarkan pengalaman aku ya. Aku cuba untuk berikan review jujur untuk anda sebelum anda hadir ke sini.
Menu Seafood Dan Fish n Chips Enak di Fish & Co Johor
Menu yang aku order?
Melihat pada harga dan menu, memang banyak menu yang menarik dan boleh anda cuba. Aku rasa harganya normal untuk restoran yang ada di shopping mall. Tetapi, untuk datang makan di sini setiap hari adalah satu perkara yang melampau. Kalau datang sebulan sekali atau kadang-kadang, bagi aku harganya sesuai.
⏰ 11:00 am - 10:00 pm
📱Call +607-361 4195 for Reservation
26 ديسمبر 2022
Beli Tiket Dan Cara Naik Ke Skybridge KLCC
Jom belajar cara naik ke Skybridge KLCC
Macam mana nak ke kaunter tiket?
Berapa ringgit harga Skybridge Klcc ticket?
Untuk myKad, dewasa RM28 dan kanak-kanak RM20. Kaunter ni dibuka pada jam 9 pagi hingga 9 malam tapi tiket boleh dibeli pada jam 8.30 pagi, beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin!
Ko juga akan diberikan masa 10 minit untuk berposing dan menikmati pemandangan dari atas jambatan yang tingginya 170m. Heheheh siapa takut tinggi tak yah pergi lah, rugi beli tiket kalau tak enjoy!
Lepas 10 minit ko akan dipanggil untuk naik lift untuk ke destinasi seterusnya iaitu Observation Deck di tingkat 86. Untuk pengetahuan ko, KLCC mempunyai 88 tingkat, dan tingkat 86 berketinggian 365m dan dua lagi tingkat untuk services. Dari tingkat 41 korang naik ke 83 dan tukar lift ke 86.
Kat atas ni, ko boleh guna teropong dan menikmati pemandangan yang cun selama 20 minit tapi tak terasa dah 20 minit macam kejap je, tup tup dah panggil dah. Jangan risau, kat atas ni ada je jurugambar yang akan ambil gambar kita tapi kita boleh decide nak beli atau tak.
Akhir Kata
25 ديسمبر 2022
5 Jenis Pokok Indoor Plant Yang Sesuai Jadi Hiasan Dalam Rumah
5 Jenis Pokok Indoor Plant
1- Aloe Vera
2- English Ivy
3- Peace Lily
4- Snake Plants
5- Rubber Plant
Akhir Kata
22 ديسمبر 2022
Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang Hotel, Johor
Apa khabar para pembaca sekalian? Dua minggu lepas, aku berkesempatan merasai pengalaman menginap di Hotel Singgah Pengerang selama 2 hari 1 malam sempena dengan program Parti Bola Kaw yang dianjurkan oleh Kopetro Sdn Bhd.
Sepanjang program ini, aku dan juga beberapa rakan menginap disini untuk merehatkan diri setelah menonton perlawanan Piala Dunia antara Morocco dan Portugal. Jadi, untuk artikel ini aku akan kongsikan sedikit sebanyak tentang hotel ini.
Singgah Pengerang Hotel ini merupakan sebuah hotel yang terletak di Bukit Pelali, Pengerang yang menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang terbaik. Hotel ini mempunyai 58 buah bilik dan sebuah bilik yang direka khas untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Pengalaman Menginap di Singgah Pengerang, Johor
Hotel ini bertempat di kawasan rumah kedai yang sudah diubahsuai menjadi hotel 2 tingkat. Walaupun hotel ini nampak seperti hotel bajet tetapi mereka menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang bertaraf 5 bintang.
Anda tak perlu risau dengan tempat parking kereta, disini terdapat banyak parking yang dikhaskan untuk pengunjung. Malah, security guard turut disediakan disini bagi memudahkan urusan anda.
Ketika sampai di sini, kami disambut mesra oleh pekerja di bahagian registration. Apa yang menariknya, di hotel ini turut menyediakan ruangan cafe yang kecil sahaja tetapi susun aturnya sangat kemas. Di sini juga turut menyediakan kemudahan lift untuk memudahkan pelanggan naik ke bilik atas.
Masuk aje di dalam bilik, aku disajikan dengan mural yang dilukis di bahagian atas kepala katil. Lukisan di bilik ini memaparkan bangunan bersejarah yang terdapat di Johor. Apa yang pasti, kesemua bilik disini mempunyai mural yang berbeza-beza.
Harga pula berbeza-beza untuk setiap bilik dan bermula dari RM150 ke atas. Di dalam bilik tidak disediakan iron, jadi anda boleh meminta di receptionis ya!Cuma di dalam bilik yang aku menginap, ruangan untuk solat agak sempit. Anda kena cari spot untuk memastikan anda selesa ketika solat.
Bagi aku, untuk anda yang bekeluarga dan mempunyai bilangan yang ramai agak kurang sesuai. Ini kerana, mereka tidak menyediakan bilik untuk keluarga (family room) tetapi anda boleh request sama ada mahu bilik bersambung atau connectiong room.
Secara keseluruhannya, penginapan di Singgah Pengerang Hotel ini sangat selesa. Lokasi ini juga berdekatan dengan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pantai, tempat makan seafood dan sebagainya.
Sekiranya anda merancang untuk ke Pengerang atau Bandar Penawar, anda bolehlah menjadikan Hotel Singgah Pengerang ini sebagai tempat penginapan anda.
𝗦𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/singgahpengerang/
EMEL: rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my
20 ديسمبر 2022
AEON Mesra Bawa Keriangan Kepada Kanak-Kanak Yang Memerlukan
Kuala Lumpur, 18 Disember 2022 – Yayasan AEON Malaysia (MAF) meneruskan misi menyumbang melalui program AEON Mesra, seiring dengan usaha untuk mendekatkan diri dan membantu ekosistemnya dengan menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Kempen AEON Mesra telah dilaksanakan oleh MAF sejak tahun 2005 bertujuan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan khasnya untuk persiapan di musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Krismas.
Di dalam program yang murni ini, kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan akan diberi pengalaman membeli belah yang menggembirakan di pasar raya AEON atau AEON BiG yang terpilih untuk mendapatakan pakaian menyambut perayaan dan barangan keperluan yang lain.
AEON Mesra Bawa Keriangan Kepada Kanak-Kanak Yang Memerlukan
Melalui kempen AEON Mesra tahun ini MAF telah berjaya menyantuni lebih daripada 2000 orang kanak-kanak seluruh negara dengan jumlah sumbangan melebihi RM350,000 dalam bentuk barangan keperluan perayaan kepada keluarga yang memerlukan dan juga rumah-rumah kebajikan.
Sempena perayaan Krismas tahun ini; AEON Mesra Krismas menyumbang sehingga RM55,000 yang melibatkan 300 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dan juga dari rumah-rumah kebajikan seluruh negara. Program ini bermula pada 10 Disember 2022, dengan penyertaan daripada tiga pasar raya AEON dan dua cawangan AEON BiG berlokasi di Sarawak, Melaka, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Acara kemuncak program ini telah diadakan di AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru pada 17 Disember di mana seramai 100 orang kanak-kanak dari rumah kebajikan telah dibawa membeli belah untuk persiapan dan hadiah untuk perayaan yang bakal menjelma. Bagi program tersebut, MAF telah bekerjasama dengan beberapa Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dan rumah kebajikan seperti Yayasan Kebajikan Suria, Pusat Kebajikan Kalvari dan Pertubuhan Kebajikan Penyayang Permata Hati.
Selain dari jawatankuasa MAF dan pihak pengurusan AEON CO., aktiviti ini turut dibantu oleh sukarelawan dari Kumpulan Syarikat AEON (AEON Group of Companies) di Malaysia.
Menurut Datin Noryahwati Mohd Noh, Presiden Yayasan AEON Malaysia, “Kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkongsi saat-saat yang istimewa bersama kanak-kanak ini. Setiap perayaan perlu disambut dengan hati yang gembira dan hari ini sudah tentu merupakan hari yang bermakna untuk mereka. Adalah menjadi harapan kami agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberikan keriangan dan harapan kepada mereka. Lapang sungguh hati kami melihat senyuman ceria pada wajah mereka yang berseri-seri.”
“MAF sentiasa memberi tumpuan kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti dalam ekosistem kami. Kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada inisiatif dan gerakan yang bermanfaat kepada masyarakat dan rakyat Malaysia.” tambah DatinNoryahwati.
Program AEON Mesra adalah selaras dengan usaha MAF untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) SDG 16 – yang menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.
Mengenai Yayasan AEON Malaysia
Diilhamkan untuk mendampingi golongan yang memerlukan, Yayasan AEON Malaysia ditubuhkan pada tahun 2004 oleh AEON yang merupakan peruncit pertama di Malaysia yang memulakan yayasan amalnya sendiri. Sehingga kini, Yayasan AEON Malaysia telah menyumbang lebih daripada RM15 juta dalam melaksanakan pelbagai program kelestarian komuniti.
Yayasan AEON Malaysia merupakan cabang tanggungjawab korporat AEON Group Malaysia. Ianya sentiasa berusaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang tiada akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, tempat tinggal serta bantuan perubatan. Ia juga bertujuan untuk turut memberikan bimbingan kepada generasi muda dalam menangani cabaran sosial masa kini tanpa mengira bangsa dan agama, dan seterusnya mengembangkan potensi mereka demi masa depan yang lebih bermakna.
AEON Group Malaysia terdiri daripada lapan organisasi iaitu AEON CO. (M) BHD., AEON BiG (M) Sdn. Bhd., AEON Fantasy (M) Sdn. Bhd., AEON Credit Service (M) Berhad, AEON TopValu (M) Sdn. Bhd., AEON Global Supply Chain Sdn. Bhd., AEON Delight Sdn. Bhd. dan Yayasan AEON Malaysia.
Kepelbagaian operasi AEON Group Malaysia merangkumi pasar raya, peruncitan, dan jenama pusat membeli-belah, perkhidmatan kewangan dan kredit, pengurusan kemudahan fasiliti bersepadu, pengkomersialan jenama swasta berkualiti tinggi yang memfokuskan pada produk dari Malaysia dan Jepun, perkhidmatan pembelajaran dan hiburan untuk kanak-kanak juga keluarga, serta pengurusan khusus rantaian logistik dan pembekalan.
18 ديسمبر 2022
Shopping di Lulu Grocer Toppen Johor Sempena 50 Hari Pembukaan
Jumaat lepas kononnya nak bawa Luth main taman permainan di Toppen Shopping Mall, Johor. Lama pula tak bawa dia jalan-jalan pusing mall kan. Kesian pula asyik duduk rumah menghadap tv dan mainan dia. Sambil tu, bolehlah aku shopping dan cuci mata di situ kan.
Pusing punya pusing, terpandanglah Lulu Hypermarket yang tengah buat promosi diskaun 50% sempena dengan #LuluToppenHappy50.
Rupanya, Lulu Grocer ni dah beroperasi 50 hari dari tarikh pembukaan. Diam tak diam eh dah 50 hari, kejap betul masa berlalu. Aku pun tak lengah, tarik tangan suami dan Luth masuk beli belah dalam ni. Begitu, gigihnya orang perempuan ni kan.
Aku ni pun first time masuk Lulu Toppen, dulu duduk KL rajin juga masuk sebabnya rumah abang dengan Lulu Grocer ni tak jauh mana pun.
Promosi ni kan berlangsung 7 hari dari 16 Dis sehinggalah 22 Dis ni. So, promo ni kalau ko beli 1 barang (barang terpilih) akan dapat 50% diskaun untuk barang kedua. Dan yang syoknya, Lulu Grocer akan bagi "hadiah misteri" untuk 350 pelanggan terawal yang berbelanja sebanyak RM50 ke atas dan mestilah di dalam satu resit.
Aku pun tak lengahlah, terus ajak suami dan Luth pusing satu grocer. Baru aku tahu rupanya kat dalam Lulu ni, mereka sediakan mini Cafe untuk ko makan dan minum di situ. Masuk aje memang dah terpampang Sushi dan makanan lain, itu yang hilang penat lepas meronda beli barang.
Walaupun hypermarket ini kecil tetapi susun atur barang sangat kemas dan teratur. Ditambah pula dengan keadaan yang bersih dan penghawa dingin sentiasa dibuka untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan.
Boleh sejuk beku bila ko pusing dalam grocer tu lama-lama. Aku ni memang tak kuat sejuk, gitulah kulit orang melayu kan. Apa yang menariknya, mereka disini memasangkan alunan surah-surah dari Al-Quran dan ada juga lagu-lagu yang sedap didengari.
Aku perhatikan juga, promosi yang ditawarkan hampir kesemuanya barang keperluan rumah dan juga dapur. Bukan sahaja bahan mentah, barang elektronik pun ada diskaun tau. Lagilah kalau ko jenis ada anak kecil, susu dan pampers pun ada diskaun dan jimat untuk ko beli.
Sebab itu, benda pertama aku shopping ialah susu dan pampers Luth. Lagi aku suka, dua barang ini ada promosi dan aku boleh jimat banyak. Ginilah kehidupan seorang ibu, kena pastikan keperluan anak tu terjaga dan sentiasa ada.
Sedar tak sedar, penuh troli aku membeli-belah kan. Syukur alhamdullilah, boleh jimat sikit duit belanja dapur bila ada promosi macam ni kan. Nak beli tanpa harga promosi pun harganya, agak mahal kan. Jadi, aku ambil peluang untuk nikmati promosi #LuluToppenHappy50.
Nak lagi banyak gambar tentang promo, ko boleh klik fb page di bawah ya. So, jomlah korang berbelanja di Lulu Grocer Toppen Johor.
15 ديسمبر 2022
Parti Bola Kaw Menyemarakkan Piala Dunia di Singgah Pengerang, Johor
Singgah Pengerang merupakan salah sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO). KOPETRO Hotel & Resorts Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program 'Parti Bola Kaw' iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Cafe dengan mengajak orang ramai untuk menonton dan bersorak bagi pasukan pilihan mereka.
Dianggarkan lebih 40 orang pengunjung termasuk para pempengaruh media sosial (influencer), penghuni Hotel di Singgah Pengerang serta para jemputan yang berada di sekitar Pengerang telah hadir memeriahkan program tersebut.
Parti Bola Kaw Menyemarakkan Piala Dunia
Tetamu yang hadir pada program ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur telah dihidangkan dengan makanan yang disediakan daripada Singgah Cafe. Turut memeriahkan tayangan Piala Dunia adalah pelbagai aktiviti lain antaranya ialah permainan mini, cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik, termasuk pemberian jersi bola sepak edisi terhad.
“Tayangan bola sepak ini diadakan menerusi beberapa siri bermula pada 9 Disember (peringkat suku akhir), 10 Disember (peringkat suku akhir), 14 Disember (peringkat separuh akhir), 17 Disember (perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat) dan akhir sekali pada 18 Disember nanti bagi perlawanan peringkat akhir,” ujar Ahmad Shakir.
Tambah Ahmad Shakir, selain menyemarakkan semangat bola sepak program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO.
Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel.
Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.
Bermula Januari 2021, KOPETRO Hotel & Resorts mula mengembangkan jenama Singgah dengan memperkenalkan Singgah Cafe selari dengan pembukaan cawangan hotel di Pengerang dengan menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa, Singgah Cafe adalah lokasi paling sesuai untuk berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, untuk membuat tempahan atau keterangan lanjut boleh lihat detail dibawah ini
Website: www.singgah.com.my
Facebook: SINGGAH PENGERANG
Instagram: SINGGAH PENGERANG
Emel: rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my
Tentang KOPETRO Sdn Bhd
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan.
Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.
13 ديسمبر 2022
Buffet Makan Tengahari RM38 Di GBW Hotel Johor Bahru
Hi semua, apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Balik daripada event OhBolaKaw di Singgah Pengerang, aku terus meluncur laju ke tempat lain untuk makan tengahari disana. Dua hari yang memenatkan tetapi aku seronok dan aku simpankan sebagai kenangan. Tunggu aku update ya!
Baiklah semua, hari ini aku nak kongsikan dengan anda tentang satu lokasi buffet lunch yang menarik dan harga sangat berpatutan. Paling penting sekali, ada banyak pilihan menu yang sedap-sedap. Bagi aku, harganya paling tak masuk akal dan antara yang paling rendah dalam banyak-banyak tempat makan yang aku pergi.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda kena habis baca artikel ini hingga ke penghujungnya!
Buffet Resepi Warisan Meldrum Di GBW Hotel Johor Bahru
Ikan Bawal Masak Tiga Rasa, Telur Masak Kurma |
Daging Masak Kicap, Ayam Masak Perchik |
Kailan Ikan Masin, Tempura Sayur |
Nasi Ayam, Keow Teow Goreng |
Aneka Kerabu |
Aneka Kuih Muih, Dessert, Bubur, Kek |
Harga Yang Ditawarkan
11 ديسمبر 2022
German Educare Lay Foundation in Unlocking Further Study Opportunities
German Educare, a Malaysian educational platform that assists students in their transition to study and work in Germany, has signed Memoranda of Understanding (MoUs) with Sunway College Johor Bahru and Paragon Private & International School respectively. These collaborations will look to actively drive comprehension of the German language amongst youth in the state as a first step in preparing local students to unlock further study opportunities in Germany.
The collaboration will see language classes and cultural workshops conducted weekly at the institutions beginning in the first quarter of 2023.
Commenting on the partnerships, Gyvinne Koh, Director of German Educare said, “As Johor-natives ourselves, we are delighted to be able to give back to Johorian youth through our collaboration with Sunway College Johor Bahru and Paragon Private & International School. These classes will help students learn not only the language but about the country and its culture too. A perfect first step in pursuing further education in Germany - something that we are German Educare are well versed in.”
The classes will be conducted by teachers, trainers and student advisors as provided for by German Educare. Meanwhile, the two educational institutions will look to enrol students into the programme.
“We are proud to be working together with German Educare to further enrich the learning experience of our students both currently and in the future. We expect to see a positive reception from our students for this programme and are looking forward to the classes beginning next year,” said Dato Jeffrey Lai Jiun Jye, Ceo of Paragon Private & International School
The partnership was marked by an MoU signing ceremony held at the DoubleTree by Hilton, Johor Bahru that was witnessed by His Excellency Dr. Peter Blomeyer, German Ambassador to Malaysia as well as representatives from both educational institutions, amongst others.
Elaborating further on the collaboration Gyvinne continued, “At German Educare we are looking to give the next generation of students the best opportunities at education. We ourselves were privileged to have studied in Germany and have experienced the benefits first-hand. Equipped with that and the knowledge of what it takes to successfully study there, we are working collaboratively with local educational institutions to provide all that is required. Even if the students don’t wind up studying in Germany, the language and cultural classes would have still been immensely beneficial especially here in Johor Bahru - which features the nation’s 3rd largest collection of German companies.”
These partnerships are the latest in a series of collaborations that German Educare has forged, including ongoing collaborations with Methodist College Kuala Lumpur (MCKL) and St Joseph’s International School Kuching (SJIS).
This as the organisation looks to synergise with other industry players to prepare Malaysian youth to grab onto the studies opportunities that are available to them in Germany.
Established in 2017 by German university alumni, German Educare is a tertiary education specialist that provides invaluable assistance to students in their transition to study and work in Germany.
German Educare offers students an end-to-end service, from qualification checks, language classes, university and visa applications, post-arrival assistance, intercultural workshops, and local support when in Germany. On average, the team helps about 100 students yearly to further their studies and build careers in Germany.
To date, they maintained a 100% university placement success rate for students who met the university requirements!.