Anda ingat lagi tak, aku ada update tentang menu lunch di Hard Rock Cafe Puteri Harbour? Ha disinilah tempat aku menginap dua hari satu malam. Boleh dikatakan ini pengalaman pertama kali aku menginap di hotel ini. Sebelum ini aku datang untuk event CNY pada awal bulan hari itu.
Untuk artikel kali ini aku nak berkongsilah sedikit sebanyak tentang hotel ini.Check-In Dua Hari Satu Malam di Fraser Place
Menginap di Studio Deluxe |
Kalau anda tertanya-tanya, di mana letaknya Fraser Place Puteri Harbour ni? Sebenarnya, ianya terletak bersebelahan dengan Pinetree Marina Resort Puteri Harbour. Jadi, ketika anda parking kereta, park terus di Fraser Place, lalu boleh terus keluar masuk melalui lift di Fraser. Reservation kedua hotel ini betul-betul bersebelahan, cuma bangunan je yang berbeza.
Baca sini: Bangi Wonderland
Untuk makluman anda, Fraser Place ini merupakan lokasi penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga, kawan-kawan atau urusan perniagaan. Hotel ini mempunyai 25 tingkat dengan jumlah bilik 297 unit sudah cukup untuk menenangkan fikiran anda. Hotel ini juga sangat hampir dengan Taman Tema Legoland Malaysia, Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, Sunway Big Box dan beberapa tempat yang lainnya.
Studio Deluxe |
Di Fraser Place ini juga terdapat beberapa jenis bilik iaitu Studio Deluxe, Studio Deluxe (Sea View), Studio Premier, 1 Bedroom Deluxe, 1 Bedroom Deluxe (Sea View), 2 Bedroom Deluxe, 2 Bedroom Premier (Sea View) dan 3 Bedroom Premier (Sea View). Jadi, anda boleh pilih mengikut kesesuaian bajet anda ya.
Semasa aku menginap di sini, aku menginap di Studio Deluxe tingkat 24, dengan keluasan bilik 37 mps. Di dalam bilik ini, menyediakan satu King Bed, pantri yang lengkap dengan induction cooker dan juga kelengkapan untuk makan. Selain itu, terdapat juga mesin basuh baju dengan pengering, safety box, iron, ironboard dan safety box.
HD Tv & Meja Office |
Pantri bilik |
Apa yang bestnya di setiap bilik tetamu mempunyai tab mandi (bath tub) dan lengkap dengan toiletries, hair dryer, cermin dinding & cermin muka dan shower. Mesti anak-anak seronok dapat berendam di dalam tab mandi kan? Tak sabar nak bawa anak-anak.
Bila anda buka sahaja pintu, anda akan melihat pemandangan indah di sekitar Puteri Harbour. Jambatan Link kedua Singapore pun anda boleh lihat di sini. Suasana sewaktu matahari terbit lagi cantik dan menakjubkan!
Toilet Studio Deluxe |
Bath Tub |
Fasiliti di sini juga turut menyediakan swimming pool dan juga gym. Swimming pool di sini siap ada jakuzi dan anda boleh menikmati pemandangan laut dari sini. Memang best kan? Jika tak mahu mandi, anda boleh aje pergi ke gym. Gym pula terletak bersebelahan dengan swimming pool ya. Boleh enjoy nanti!
Indoor Swimming Pool |
Secara keseluruhannya, penginapan di Fraser Place Puteri Harbour ini sangat selesa. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai di sekitar Puteri Harbour.
Sekiranya anda merancang untuk datang ke Johor dan bercuti di sini, anda bolehlah menjadikan Fraser Place ini sebagai tempat penginapan anda.
Lokasi : Residensi & Hotel Marina, Jalan Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Untuk tempahan anda boleh hubungi :
Website: https://puteriharbourjohor.frasershospitality.com/en
📞 (6) 07-530 8837 📞 (6) 013-778 6821
Wow..menarik tgh staycation kat sini..nmpk mcm tenang jer..Boleh nnt utk next trip staycastion utk family tahun nie..😊🤗
BalasPadam