Hi semua. Apa khabar para pembaca sekalian. Alhamdullilah, aku dalam keadaan sihat walafiat dan mampu untuk menulis. Oh ya, lama juga aku tidak review produk wajah. Kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku menggunakan produk dari Korea.
Mungkin ada yang dah kenal atau tahu dengan produk ini. Mungkin juga ada yang masih belum kenal. Baiklah, mari kita kenal dahulu brand dan kegunaan produk ini. Setelah itu, barulah aku berikan pendapat dan review aku tentang produk ini.
Adakah produk ini bagus atau tidak untuk anda cuba? Jom teruskan membaca artikel ini.
9 Kebaikan Aqua Whitening Cream - Moisturizer Terbaik
Untuk pengetahuan anda, krim ini berasaskan titisan air atau "water drop based cream" dan terdapat banyak fungsi yang boleh membantu anda. Antaranya:
1. Pelembap Muka Berasaskan Air
2. Mengawal Kulit Berminyak
3. Mengecilkan Pori Besar
4. Repair Sunburn
5. Non-comedogenic
6. Tekstur yang Ringan
7. Easy to Blend & Fast Absorb
8. No Harmful Ingredients
9. Mencerahkan Tona Kulit
1. Pelembap Muka Berasaskan Air
Pelembab muka water based ini mempunyai kesan penghidratan yang sangat baik. Kulit akan terasa sejuk dan lembut selepas apply di wajah. Krim ini akan berubah menjadi titisan air selepas diletakkan di atas kulit. Ini kerana, titisan air ini memberikan kelembapan pada kulit dan tidak melekit selepas menggunakannya.
2. Mengawal Kulit Berminyak
Bahan utama yang terkandung di dalam moisturizer water based ini salah satunya adalah Niacinamide. Ia boleh mencerahkan tona kulit, memperbaiki kulit yang rosak dan juga mengawal kulit berminyak. Boleh lah cari krim muka untuk kulit berminyak yang mempunyai Niacinamide ni.
3. Mengecilkan Pori Besar
Niacinamide juga membantu untuk membaiki pori pori terbuka dan pori besar kelihatan mengecil serta tidak kelihatan begitu ketara. Bila memakai pelembap muka berasaskan air ni, skin akan nampak lebih smooth dan fresh je kerana pori pori terbuka akan mengecil.
4. Repair Sunburn
Krim siang terbaik ini juga boleh merawat masalah sunburn. Malah,
Aqua Whitening Cream ini membantu calming kan skin dan bagi effect cooling bila apply di muka. Syu guna lepas balik dari trip memancing, lepas aje 5 hari kulit dah cerah dan tona semakin sekata. Hilang dah sunburn tu. Tak sangka, krim ini
mampu mengawal kemerahan dan mengurangkan kulit yang terbakar kerana cahaya matahari.
5. Non-comedogenic
Camellia Japonica Seed Oil merupakan bahan utama di dalam Aqua Whitening Cream. Moisturizer water based ini non-comedogenic, tidak menyekat liang PORI kulit dan tidak menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Selain itu, krim ini merupakan 'pelembap muka terbaik' kerana ia cepat meresap masuk sehingga jauh ke dalam kulit dan dapat mengekalkan kelembapan serta pori besar boleh mengecil. Jadi, krim ini sangat sesuai untuk kulit sensitif.
6. Tekstur yang Ringan
Tekstur krim ringan, watery dan tidak berminyak sesuai juga dijadikan skincare untuk kulit berminyak. Moisturizer water based ini sangat ringan dan membuatkan wajah menjadi smooth dan kekal lembap apabila memakainya.
7. Easy to Blend & Fast Absorb
Bila tekstur pelembap muka water based ini ringan, jadi ianya mudah untuk disapu rata dan cepat meresap ke dalam kulit muka. Moisturizer terbaik ini tidak akan membuatkan muka kita rasa tak selesa kerana ada sesetengah pelembap muka teksturnya tebal boleh buat kulit muka nampak berminyak dan merengsakan.
8. No Harmful Ingredients
Kandungan yang terdapat dalam krim ini tiada alcohol, tiada paraben dan tiada sulfate. Jadi, ianya selamat untuk anda gunakan.
9. Mencerahkan Tona Kulit
Krim ini berupaya untuk mencerahkan tona kulit yang tidak sekata. Apatah lagi, jika anda selalu keluar dan bekerja di luar, memang sangat sesuai untuk pakai krim ini. Kulit muka akan nampak sekata dan boleh mencerahkan dark spot yang ada pada kulit anda. Oleh itu, ‘Niacinamide’ juga berupaya untuk mencerahkan tona kulit yang tidak sekata dan mencerahkan dark spot pada kulit anda.
Cara Pakai Moisturizer yang Betul
Cara pakai pelembap wajah sangatlah mudah. Anda kena pastikan kulit anda bersih dari segala kekotoran. Sapukan krim ini dengan jumlah yang mencukupi ke wajah anda. Lalu, sapukan krim tersebut perlahan-lahan di seluruh wajah. Titisan air akan muncul di permukaan kulit selepas beberapa saat. Anda hanya perlu dap dap lembut pada muka sehingga krim meresap. Kemudian, anda akan rasa kulit menjadi semakin lembut dan terasa krim menyerap terus ke dalam kulit.
Ramai yang tanya pakai moisturize berapa kali sehari?
Anda boleh pakai 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan pakai moisturizer sebelum tidur di waktu malam. Waktu malam boleh pakai 2 layers dengan cara ini dapat control minyak. Bila bangun pagi, muka nampak kurang berminyak, jadi ini adalah 'krim malam terbaik' untuk anda.
Review & Ulasan
Okay, cukuplah aku berceloteh panjang tentang produk. Jadi, sekarang sudah tibalah masanya untuk aku review dan memberikan sedikit ulasan tentang krim ini. Aku akan berikan mengikut pengalaman aku sendiri ya.
Aku sudah menggunakannya hampir sebulan juga, dan aku sangat menyukai teksturnya yang sangat ringan dan langsung tidak melekit. Selepas apply, aku rasa wajah aku lembut dan langsung tidak berat muka aku ni.
Ini kerana sesetengah pelembap akan membuat wajah aku terasa berat selepas menggunakannya. Tetapi tidak langsung untuk krim ini. Perubahan yang paling aku suka, tona kulit aku semakin sekata dan mengurangkan kesan terbakar kerana cahaya matahari.
Untuk pengetahuan semua, bekas sunburn wajah aku ini disebabkan aku pernah kerja di tengah panas, jadi dengan krim ini ia sangat membantu aku untuk memudarkan kesan kemerahan kulit aku. Lagi satu, yang paling aku suka, ianya juga dapat mengecilkan pori-pori kulit aku yang besar.
Apatah lagi, baunya seperti lemon itulah yang membuatkan aku jatuh cinta dengan krim ini.
Jadi, aku cadangkan untuk anda yang mempunyai masalah kulit seperti aku untuk mencubanya. Aku sangat yakin bahawa produk ini langsung tidak merengsakan kulit anda. Memang best!
Akhir Kata
Best tak moisturizer water based ini? Aku jamin mesti ada yang sudah memakainya kerana Aqua Whitening Cream dapat mengawal minyak dimuka dan membuatkan pori pori terbuka kelihatan mengecil, muka nampak fresh sepanjang hari.
Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut, anda boleh ke website Hansaegee Nature ya! Di sana lagi banyak informasi yang boleh anda dapat.
Brand: Hansaegee Nature
1 Comments
Best! Done try jugak! Mmg trusted brand, elok je bg effect kt muka.. hehee
Sila tinggalkan comment korang disini!