Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Mesti ada pembaca aku ini yang mencari kafe mesra kanak kanak. Aku sendiri pastinya akan mencari kafe yang seperti ini untuk aku membawa anak aku. Ini kerana, makan bersama anak-anak ini bukanlah satu perkara yang mudah.
Le Cloud Cafe Desaru |
Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku makan di sebuah kafe dengan tema kanak-kanak iaitu kafe yang dikenali dengan nama Le Cloud Cafe.
Baca sini: Cafe Markisa
Macam mana aku boleh tiba-tiba nak cuba makanan di sini? Sebenarnya aku dah cadang dengan suami untuk mencari kafe yang ada mini playground di dalamnya. Rupanya, kafe ini memang sesuai dengan kehendak aku. Bila aku baca review, semuanya good review dan kenalan juga ada kata makanan di situ memang sedap dan harga berpatutan.
Betul ke? Jom aku ceritakan lebih lanjut untuk anda.
Le Cloud Cafe Desaru, Kafe Mesra Kanak Kanak
Oh ya, untuk anda yang hendak datang ke cafe ini, lokasinya adalah betul-betul di hadapan Four Points Hotel dan juga di atas kedai bahan bakeri Butter Cup. Alamatnya nanti aku sertakan di bawah beserta dengan social media kafe ini.
Cafe Le Cloud |
Mini Playground |
Suasana di dalam restoran ini sebenarnya sangat selesa dan santai. Ketika aku datang, tak banyak tempat duduk tetapi mereka kata, bila pelanggan hadir barulah mereka penuhkan tempat duduk di sudut yang lain. Bagi aku, okay aje lagi selesa dan tak bersesak dengan pelanggan lain.
Selain dengan suasana yang selesa, kafe ini turut menyediakan mini playground khas untuk kanak-kanak yang hadir di kafe ini. Anak aku nampak aje terus lupa nak makan. Apatah lagi, kalau ramai kanak-kanak sebaya dia, lagilah tak mahu balik.
Nursing Room |
Kafe ini juga menyediakan nursing room untuk memudahkan pelanggan yang nak menyusukan bayi atau menukar lampin. Tak salah pilih tempat makan kali ini kan. Seronok betul sebabnya kemudahan asas seperti ini yang memudahkan ibu bapa untuk makan dan rehat-rehat.
Menu dan ulasan tentang makanan
Seafood Tomyam Pasta RM23.90 |
Antara menu yang popular di sini adalah Seafood Tomyam Pasta yang berharga RM23.90. Bagi aku saiznya memang besar dan bercakap pasal rasa pula memang sedap tau! Memang makanannya penuh dan memang puaslah! Patutlah pelayan cadangkan aku untuk cuba.
Chicken Chop RM20.90 |
Perfect 4 Flavours 8's RM19.90 |
Original Chicken Burger RM18.90 |
Pandan Shake Shake, Gula Melaka Latte, Mint Lime Soda & Iced Callebaout Chocolate |
Oh ya! Hampir lupa pula dengan minuman yang ada di sini. Ada dua minuman yang baru mereka keluarkan iaitu Pandan Shake Shake dan Gula Melaka Latte. Dua-dua ini memang sedap, layan aje bila minumnya. Selain itu, anda juga boleh cuba Mint Lime Soda & Iced Callebaout Chocolate. Semuanya sedap belaka dan tak perlu lagi dah aku meraguinya.
Caramelized Chocolate Banana Cake RM18.90 |
Crispy Churros RM 10.90 |
Lokasi
WAKTU OPERASI : Selasa-Jumaat 12.00pm - 10.00pm, Sabtu & Ahad 10.00pm - 10.00pm, Isnin CUTI
FACEBOOK: https://web.facebook.com/lecloudcafe/?_rdc=1&_rdr
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/lecloudcafe/
cantik cafe ni. makanan pun menyelerakan
BalasPadamsedapnya...Nak datanglah bawa anak anak nanti
BalasPadam