7 Julai 2023

Kafe Mesra Kanak-Kanak di Le Cloud Cafe Desaru

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Mesti ada pembaca aku ini yang mencari kafe mesra kanak kanak. Aku sendiri pastinya akan mencari kafe yang seperti ini untuk aku membawa anak aku. Ini kerana, makan bersama anak-anak ini bukanlah satu perkara yang mudah. 


Le Cloud Cafe Desaru
Le Cloud Cafe Desaru


Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku makan di sebuah kafe dengan tema kanak-kanak iaitu kafe yang dikenali dengan nama Le Cloud Cafe.

Baca sini: Cafe Markisa

Macam mana aku boleh tiba-tiba nak cuba makanan di sini? Sebenarnya aku dah cadang dengan suami untuk mencari kafe yang ada mini playground di dalamnya. Rupanya, kafe ini memang sesuai dengan kehendak aku. Bila aku baca review, semuanya good review dan kenalan juga ada kata makanan di situ memang sedap dan harga berpatutan.

Betul ke? Jom aku ceritakan lebih lanjut untuk anda.

Le Cloud Cafe Desaru, Kafe Mesra Kanak Kanak

Oh ya, untuk anda yang hendak datang ke cafe ini, lokasinya adalah betul-betul di hadapan Four Points Hotel dan juga di atas kedai bahan bakeri Butter Cup. Alamatnya nanti aku sertakan di bawah beserta dengan social media kafe ini. 

Le Cloud Cafe Desaru
Cafe Le Cloud
Le Cloud Cafe Desaru
Mini Playground

Suasana di dalam restoran ini sebenarnya sangat selesa dan santai. Ketika aku datang, tak banyak tempat duduk tetapi mereka kata, bila pelanggan hadir barulah mereka penuhkan tempat duduk di sudut yang lain. Bagi aku, okay aje lagi selesa dan tak bersesak dengan pelanggan lain. 

Selain dengan suasana yang selesa, kafe ini turut menyediakan mini playground khas untuk kanak-kanak yang hadir di kafe ini. Anak aku nampak aje terus lupa nak makan. Apatah lagi, kalau ramai kanak-kanak sebaya dia, lagilah tak mahu balik.

Le Cloud Cafe Desaru
Nursing Room

Kafe ini juga menyediakan nursing room untuk memudahkan pelanggan yang nak menyusukan bayi atau menukar lampin. Tak salah pilih tempat makan kali ini kan. Seronok betul sebabnya kemudahan asas seperti ini yang memudahkan ibu bapa untuk makan dan rehat-rehat.

Menu dan ulasan tentang makanan

Kini tibalah masanya untuk aku ceritakan pula tentang menu yang ada di kafe ini. Memang banyak sebenarnya makanan yang aku cuba. Lebih daripada 7 makanan, kalau lihat daripada gambar sahaja memang tak boleh bayangkan betapa menariknya. 

Jadi, di sini aku akan ceritakan makanan yang kena dengan tekak aku sahaja ya. Untuk maklumat lanjut tentang review makanan dan lain-lain, boleh ke youtube channel aku. Disana aku sudah kepilkan satu video menarik untuk anda tonton.

Baiklah, mari kita mulakan.

Le Cloud Cafe Desaru
Seafood Tomyam Pasta RM23.90

$ads={1}

Antara menu yang popular di sini adalah Seafood Tomyam Pasta yang berharga RM23.90. Bagi aku saiznya memang besar dan bercakap pasal rasa pula memang sedap tau! Memang makanannya  penuh dan memang puaslah! Patutlah pelayan cadangkan aku untuk cuba. 

Le Cloud Cafe Desaru
Chicken Chop RM20.90

Menu Chicken Chop ada juga di sini ya! Siapa sangka kan. Harganya RM20.90 sahaja dan anda boleh lihat saiznya sederhana tetapi aku yakin memang puas makan dan kenyang! Lagi satu, aku suka dengan sos yang mereka hidangkan. Jika tak suka blackpepper sos, boleh makan dengan sos lain.

Le Cloud Cafe Desaru
Perfect 4 Flavours 8's RM19.90

Okay, menu berikutnya bagi aku menu yang sangat berpatutan pada harganya iaitu menu Perfect 4 Flavours 8's. Untuk anda yang datang dan teringin nak cuba makanan simple, anda boleh cuba menu ini. Menu ini merupakan menu signature wings dengan 4 pilihan rasa iaitu  Korean Spicy, Sour Cream Mayo, Honey Mustard, dan Honey Garlic. Harganya cuma RM19.90 sahaja dimana bagi aku adalah sangat berpatutan.

Le Cloud Cafe Desaru
Original Chicken Burger RM18.90

Menu Original Chicken Burger juga antara menu yang anda boleh cuba di sini. Bila aku cuba burger  yang ini, rasanya memang sedap. Walaupun bahan dalamnya  agak berbeza (bagi aku) tetapi semuanya bersatu dan menghasilkan rasa yang enak! Chicken Burger ini hanya berharga RM18.90 sahaja. Sekali makan terus rasa kenyang.

Le Cloud Cafe Desaru
Pandan Shake Shake, Gula Melaka Latte, Mint Lime Soda & Iced Callebaout Chocolate

$ads={2}

Oh ya! Hampir lupa pula dengan minuman yang ada di sini. Ada dua minuman yang baru mereka keluarkan iaitu Pandan Shake Shake dan Gula Melaka Latte. Dua-dua ini memang sedap, layan aje bila minumnya. Selain itu, anda juga boleh cuba Mint Lime Soda & Iced Callebaout Chocolate. Semuanya sedap belaka dan tak perlu lagi dah aku meraguinya.

Tak sedap pula bila lepas makan, tak cuba dessert. Betul tak?

Antara menu dessert yang boleh anda cuba ialah Caramelized Chocolate Banana Cake. Dengan harga RM18.90 ini sudah pasti cukup untuk membuatkan anda kenyang. Ini juga sudah menjadi dessert kegemaran aku, sedap dan berbeza daripada yang lain. 

Le Cloud Cafe Desaru
Caramelized Chocolate Banana Cake RM18.90

Selain tu, anda boleh mencuba Crispy Churros yang berharga RM 10.90. Churros ini bertoppoingkan Nutella dan ada crunchy Orea crumbs di bawahnya. Nak sedap, anda makan bersama dengan chocolate sos! Confirm berbaloi dengan harga. 

Le Cloud Cafe Desaru
Crispy Churros RM 10.90

Baiklah, kesimpulan tentang pengalaman aku makan di kafe ini memang menarik dan pasti si kecil anda menyukainya. Semuanya aku sangat berpuas hati, daripada suasana dalam restoran, makanan dan juga pada harga. 

Lokasinya juga tidaklah jauh daripada rumah mak aku. Pastinya nanti aku akan kembali semula untuk makan makan sekali lagi. Apa-apapun aku syorkan untuk anda semua datang dan cuba semua makanan yang terdapat di sini!

Lokasi

ALAMAT : 62-01, Jalan Kempas 2, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor
WAKTU OPERASI : Selasa-Jumaat 12.00pm - 10.00pm, Sabtu & Ahad 10.00pm - 10.00pm, Isnin CUTI

FACEBOOK: https://web.facebook.com/lecloudcafe/?_rdc=1&_rdr
INSTAGRAM: https://www.instagram.com/lecloudcafe/



2 Comments

cantik cafe ni. makanan pun menyelerakan

sedapnya...Nak datanglah bawa anak anak nanti

Sila tinggalkan comment korang disini!