Apa khabar para pembaca sekalian? Aku baik-baik aje, cuma risau banjir di Kota Tinggi ni makin teruk je. Dah susah pula nak ke bandar kalau semua laluan dah ditutup. Aku ni pun nak ke Puteri Harbour kena lalu Bandar Penawar, jauh betul berpusing jalan semata nak ke sana.
Sebenarnya, aku ke Hard Rock Cafe ni untuk menikmati menu lunch yang hanya berharga RM38 sahaja. Bagi anda yang sukakan tempat lepak yang ada band music, pasti tempat ini yang anda akan pilih. Tetapi, tempat ini bukan tempat kesukaan aku. Sebabnya, aku tidak suka dengan suasana 'bingit' dan susah untuk aku bersembang.
Tetapi, kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku makan set lunch di sini. Jom teruskan membaca.
Set Lunch RM38 |
$ads={1}
Hard Rock Cafe Puteri Harbour Menu Cuma RM38
Untuk pengetahuan anda, Hard Rock Cafe di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain daripada Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka. Restoran dan bar ini mempunyai gaya reka bentuk dalaman yang moden serta menampilkan susunan mewah dan tersusun rapi dengan gaya yang menarik untuk tarikan peminat.
Bar yang berluaskan 557-meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat di dalam kafe serta menyediakan pentas untuk hiburan secara langsung. Jika anda inginkan 'privacy', anda juga boleh naik di ruangan atas, di sana tersedia yang boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu.
Korang juga boleh menikmati hiburan muzik secara live band dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Sambil makan bolehlah anda layan live music band yang akan menghiburkan anda semasa bersantap. Oh ya! Jangan lupa untuk cuci mata dengan melihat ruangan dinding memorabilia yang memaparkan memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia.
Menu Lunch RM38
Baiklah, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu cerita tentang makanan pula. Berikut adalah antara menu dan hidangan yang anda mesti cuba apabila datang ke Hard Rock Cafe di Puteri Harbour Johor. Semua menu di bawah ini, akan dihidangkan bersama 'Small Brownies' dan juga 'Soft Drinks'. Berbaloi kan dengan harga? Portion pun semuanya besar dan terasa boleh makan dua orang.
HRC Fish & Chips
Isi Ikan Siakap dicelup ke dalam adunan istimewa dan digoreng hingga coklat keemasan, lalu dihidangkan dengan kentang goreng berperisa, tartar buatan sendiri sos, coleslaw, dan sepotong limau.
Crispy Breaded Chicken with Basil Fried Rice
Nasi daun selasih wangi dihias dengan bawang merah goreng dan selasih goreng daun, dihidangkan bersama rangup perap ayam yang dilapisi tepung roti atasnya dengan sos lada hitam dan juga coleslaw.
Smoked BBQ Chicken with Pineapple Fried Rice
Suku ayam panggang salai, air masin, dan panggang sehingga garpu lembut, dibalut dengan hickory sos barbeku. Dihidangkan dengan nasi goreng nenas dengan coleslaw segar.
Grilled Marinated Chicken with Pineapple Fried Rice
Ayam perap bakar atasnya dengan bawang karamel dalam sos BBQ. Dihidangkan bersama nasi goreng nanas dengan telur goreng di atas dan juga coleslaw segar.
$ads={2}
Creamy Bacon Carbonara
Spaghetti berkrim dengan daging rangup, cendawan dan rempah masak bersama-sama dan dilambungkan dalam keadaan murahan, kaya campuran kuning telur. Di atasnya dengan Serbuk roti parmesan pasli dan ihidangkan bersama roti bawang putih.
Beef Bolognese Pasta
Pasta penne yang baru dimasak dengan ragout daging lembu rebus. Di atasnya dengan Sos Ragu Bolognese dan parut Keju parmesan lalu dihidangkan dengan roti bawang putih.
Akhir Kata
Secara keseluruhannya, makan set lunch di Hard Rock Cafe, Puteri Harbour ini memang sangat puashati. Lokasi yang terbaik, suasana dalam restoran yang mewah dan selesa ditambah lagi dengan pilihan makanan yang sangat sedap. Pasal harga pulak memang tak perlu risau kerana harganya bagi aku sangat berbaloi dengan makanan yang anda terima. Akhir kata, anda yang berasa di sekitar Johor atau dimana jua, bolehlah cuba makanan di sini ya!
Hard Rock Cafe Puteri Harbour
Lot 2 B-2. Residensi & Hotel Marina Resort, Persiaran Tanjung, Pengkalan Puteri, Nusajaya, Johor Buka dari jam 12pm to 12am SETIAP HARI
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hantarkan pertanyaan korang melalui e-mel kepada www.hardrockcafe.com/location/puteriharbour
Untuk pembelian barangan Hard Rock Cafe, kunjungi Rock Shop secara atas talian di https://shop.hardrock.com.
3 Comments
boleh la bawa anak anak nanti
Lama tak lepak HRC ..selalu akak lepak kat HRC Melaka dan KL...sesekali la bila rasa nak spend time dengar live band sambil makan...
belum pernah masuk lagi,nanti nak cuba la!
Sila tinggalkan comment korang disini!