14 Jun 2023

Makan Makanan Peranakan di PiringMu Eco Botanic Nusajaya

Apa khabar para pembaca sekalian? Alhamdullilah, aku dan Luth baik baik aje. Apa plan anda pada hujung minggu nanti? Dah ada tempat untuk lepak makan-makan? Kalau belum, hari ini aku nak kongsikan satu restoran yang bertemakan makanan peranakan Baba Nyonya.

PiringMu Eco Botanic
Banyak menu yang boleh anda cuba.


Restoran ini terletak di Eco Botanic, Nusajaya Johor. Betul-betul bersebelahan MK Curtain, jika anda nak ke Eco Galleria pun dah tak jauh sangat. Mungkin ada yang datang di kawasan ini, mesti tercari-cari eco botanic restaurant kan? Bolehlah anda dan keluarga singgah ke PiringMu Peranakan Fusion ini.

Sewaktu melangkah masuk, aku sendiri ingatkan restoran ini kedai makan cina. Rupanya ala-ala kopitiam. Siapa aje yang tak suka kopitiam kan? Kopitiam ini biasanya famous dengan kopi. Kopitiam atau ‘kopi tiam’ adalah kedai kopi dan sarapan tradisional yang popular di Malaysia dan Singapura.

PiringMu Eco Botanic
Corner makanan ringan
PiringMu Eco Botanic
Nak dudur luar, pun boleh.

$ads={1}

Cuma zaman sekarang kopitiam bukan pada waktu pagi sahaja, malah dah beroperasi sehingga 10 malam. Di Malaysia ni, kopitiam tertua terletak di Taiping tau! Seronok bila pagi-pagi abah ajak sarapan ke kopitiam, nampaklah di sana tu 1 Malaysia yang hadir. Tak kira bangsa, semuanya bersarapan di sana.

Artikel ini adalah berdasarkan pengalaman aku  ketika mencuba beberapa makanan di sini, serta kenapa aku sarankan anda untuk datang dan cuba sendiri hidangan di PiringMu Restoran.

Makan Makanan Peranakan di PiringMu Eco Botanic Nusajaya


Kembali ke topik kita,

PiringMu merupakan restoran yang bertemakan makanan peranakan Baba Nyonya. Sebut sahaja Baba Nyonya mesti anda fikir, Ayam Kapitan, Ayam Buah Keluak betul tak? Anda jangan risau di sini menghidangkan pelbagai menu menarik yang boleh anda cuba.

Restoran ini dekorasinya nampak biasa sahaja, tidaklah semewah kopitiam hipster yang lain. Apa yang penting, kedai ini kemas dan sangat bersih. Apatah lagi dengan makanan yang sedap-sedap belaka. Pastinya anda suka!

Okay, cukuplah aku berceloteh panjang tentang restoran, sekarang tibalah masanya untuk aku mengulas tentang makanan. Selain itu, harga dan rating juga akan aku berikan. Ia akan mengikut pendapat aku sendiri ya. Aku pilih juga beberapa makanan yang aku ulas, bukan semua ya!

Menu dan Ulasan

PiringMu Eco Botanic
Nyonya Gulai Tumis Ikan Siakap | Harga RM39.90 | Rating 10/10


Awalnya aku ingat ikan siakap bakar tetapi rupanya ikan ini dimasak Gulai Tumis. Rupanya cara untuk membuatnya sama macam buat Asam Pedas, yang bezanya kuah lagi pekat sedikit. Kuahnya boleh juga dijadikan sebagai pencicah, memang sedap! Tertanya juga, ada tak jual paste gulai ni. Lagi ngumpp, bila perah lemon di atas ikan siakap tu. Perghhh memang tak ragulah makan di sini. 

PiringMu Eco Botanic
Ayam Buah Keluak | Harga RM18.90 | Rating 9/10


Bila cuba menu Baba Nyonya, rugi pula kan tak cuba Ayam Buah Keluak. Mesti anda tertanya dan tidak pernah dengar tentang buah ini. Buah Keluak ini merupakan buah yang berkulit keras. Sebelum nak masak, kena pecahkan terlebih dahulu, lalu isi didalamnya akan dikorek keluar dan digaul dengan bahan masakan sebelum dimasukkan semula ke dalam kulit buahnya untuk di masak. Prosesnya agak cerewet kan? Tetapi, rasanya! Memang sedap, rasa lemak lemak manis macam kacang. Rugi jika anda tak cuba.

PiringMu Eco Botanic
Nyonya Rendang Tuk Daging | Harga RM23.90 | Rating 11/10

$ads={2}


Menu rendang di sini, boleh dikatakan menu kegeraman aku! Nak kata rendang padang, lebih kurang aje. Cuma daging di sini dipotong tidaklah seperti daging rendang padang. Tekak aku siap nak bungkus bawa balik tau! Dah habis licin kami makan masa itu, memang sedap! Nak lagi sedap, kuahnya boleh makan dengan ketupat malas. Fuhhhh! Sedap betul!

PiringMu Eco Botanic
Lemak Nenas Sayur | Harga RM12.90 | Rating 10/10


Menu Nyonya Lemak Nenas Sayur ini memang berbeza dan sangat sedap untuk diratah. Makan dengan nasi putih dan juga sambal belacan pun dah buat perut anda kenyang. Boleh dikatakan juga, menu sayur ini paling sedap yang pernah aku cuba. Rasa nenas manis dan juga lemak santan pastinya dapat membuka selera anda. Apa kata anda cuba pula?

PiringMu Eco Botanic
Mee Kari | Harga RM18.80 | Rating 9.5/10


Mee Kari di sini lumayan mabelesss! Kuahnya yang pekat dan mee yang banyak membuatkan untuk aku mencubanya lagi. Semua yang hadir di sini turut memuji yang mee kari ini sangat sedap. Nak makan untuk sarapan pagi atau makan petang pun boleh. Memang mabeless! Selain mee kari, anda juga boleh cuba Ipoh Chicken Hor Fun, Assam Laksa, Mee Udang dan juga Wat Tan Hor. Semua menu mee ini sangat berbaloi dengan harga dan juga rasa.

Nanyang White Kopi Yuen Yeung | Harga RM4.50 (Hot) & RM4.80 (Cold) | Rating 20/10


Sebelum balik, anda kena cuba kopi di PiringMu ini. Kopi ini sangat unik dan lain daripada yang lain. Aku rasa ini juga merupakan kekuatan untuk restoran ini, walaupun hanya secawan kopi, sekali kena pasti nak lagi. Ini sahaja yang aku boleh ungkapkan. Kopi ini dicampurkan dengan teh, dan rasanya, kejap rasa teh, kejap rasa kopi. Rasa yang sangat variasi, kita nak buat sendiri belum tentu sedap. Jika anda tak suka kopi, boleh cuba juga Soda Gembira dan Ais Kacang. Semuanya enak belaka.

Selain menu di atas, ada lagi beberapa menu yang boleh anda cuba. Cuma aku tak mampu untuk menulis semuanya di sini, aku boleh simpulkan semua makanan di sini sedap belaka. Ini bukan tipu punya cerita tau! Ini betul dan review yang paling jujur. Aku tak mahulah bila anda ke sini, anda baca kata sedap, bila dah makan tak sedap.

Sebabnya ramai yang terkena, betul tak? Al-maklum kuasa viral ni kita sendiri pun tak boleh nak agak sendiri. Lain tekak, lain rasa. Begitu juga, hati. Lain hati, lainlah hitamnya. Eh tiber!

Jika anda nak lihat menu lain, boleh aje ke FB Page aku ya. 



Akhir kata

Tidak dapat disangkal lagi dengan semua menu di sini. Memang sangat sedap dan puas hati. Oh ya, hampir terlupa, chef di restoran ini banyak kali memenangi pertanding Chef dan masakan. Memang patutlah sedap!

Jadi, anda yang berada di kawasan sekitar, datanglah sini untuk menikmati makanan Baba Nyonya yang super mabeles! Tak cuba rugi tau.

Restoran PiringMu Eco Botanic

📍 No. 56, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor (Waze je PiringMu Eco Botani)

🕰️  Buka setiap hari | 10am - 10pm

✨ Lepas Tahun Baru Cina, buka dari 8am - 10pm (breakfast 8am - 11am)

🫖  Hi-tea 3pm - 5.30pm




4 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!