Apa khabar buat semua pembaca sekalian? Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang Spring Into Abudance Chinese Buffet Dinner di Double Tree By Hilton Johor.
Tahun Baru Cina yang semakin tiba pastinya membuatkan anda tak sabar untuk meraikan bersama keluarga. Selain itu, antara yang paling dinantikan juga adalah dalam buffet di lokasi menarik dengan juadah yang enak.
Spring Into Abudance Chinese Buffet Dinner
The Lunar New Year ini merupakan waktu yang sangat sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan untuk berjumpa dan berkongsi waktu bersama-sama. Tahun ini, Double Tree membawakan pelbagai jenis makanan istimewa daripada salah satu restoran terbaik.
Double Tree ini juga menyediakan pelbagai pakej sempena CNY, termasuklah Weekday Prosperity DInner, Chinese New Year Eve & Day Dinner dan juga Chinese New Year High-Tea.
Terkejut juga bila ada Bak Kwa, anda jangan salah faham ye. Mereka menyajikan Chicken Bak Kwa, rasanya seperti sate ikan yang biasa anda makan.
Kebiasaannya, menu yang bertemakan CNY adalah Treasure Pot, Salmon Yee Sang, Oyster Omelette, Hot Pot Sour Soup dan Double Boiled Fish Maw Soup with Black Fungus & Red Dates.
Menu-menu di atas memang di katakan menu hot yang mesti korang cuba di sini. Dan menu tu juga adalah menu dalam set tahun baru cina tahun ini.
Aku paling suka dengan Yee Sang yang mereka sajikan. Yee Sang di sini anda boleh juga request delivery atau takeaway bermula dari 15 Januari sampai 5 Februari 2023. Harga bermula dari RM138 dan ada empat jenis Yee Sang yang anda boleh pilih:
- Jade Shell Yee Sang – RM138 nett
- Jellyfish Yee Sang – RM148 nett
- Salmon Yee Sang – RM178 nett
- Smoked Salmon Yee Sang – RM158 nett
Semua nampak menyelerakan sungguh...
BalasPadamsemua sedap-sedap kali ni...
BalasPadamSedappp betul! Berbaloi celebrate CNY kat sini..heehe
BalasPadam