Apa khabar para pembaca sekalian? Dua bulan ni memang banyak entri buffet ramadhan. Kurang seminggu lagi kita akan menyambut Ramadhan, jadi ada di antara kita yang sedang mencari tempat untuk berbuka puasa.
Kali ini, aku kongsikan buffet ramadhan di Stulang Johor dan buffet ini sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak dibawah 12 tahun. Sebabnya! Mereka bagi percuma sahaja untuk anak-anak bawah 12 tahun, jadi hanya perlu bayar untuk harga dewasa sahaja.
Terlupa pula eak!
Tahniah diucapkan untuk Restoran Pretty Event & Planner diatas pembukaan restoran mereka di Stulang Johor. Jarang tau restoran dan hotel nak bagi makan free untuk anak anak bawah 12 tahun. Hanya di Restoran Pretty Event & Planner je tau yang ada!
Di sini akan menghidangkan lebih daripada 70 menu yang boleh anda cuba sepanjang bulan puasa nanti. Apa yang aku tahu, chef kata mereka memang tak kedekut bahan dan pastinya semua sedap sedap belaka.
Antara menu yang ada disini ialah Nasi Beringin, Nasi Briyani, Kambing Golek, Ayam Masak Lemak Cili Api, Asam Pedas Ikan Mayong, Keli Berlado, Sambal Udang, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Kambing Biryani dan banyak lagi!
Boleh dikatakan kat sini, menunya semua lauk-pauk kampung. Sesuailah untuk tekak kita orang melayu ni kan. Aku sendiri pun suka menu-menu yang ada disini. Lagi mereka ni akan topupkan makan yang dah habis, refill je mana yang dah habis tu.
Di bahagian dalam restoran, ada pelbagai jenis pembuka selera seperti Kerabu Mangga, Kerabu Kaki Ayam, minuman sejuk, pencuci mulut, Ulam-ulama dengan sambal. Selain itu, ada juga pilihan kek potong, kuih muih melayu, Cream Puff dan Brownies yang mereka sediakan.
Mereka juga sediakan surau untuk solat sepanjang bulan puasa nanti. Jadi, pastinya memudahkan anda yang berbuka puasa di sini. Oh ya! Jangan lupa booking awal tau. Jumpa anda di sana nanti.
🌙 Buffet Iftar Ramadan Vantage Bay
Restoran Pretty Event & Hall
📍 Sebelah MCD Stulang Laut & Depan
KFC Stulang
🕛 Bermula Tarikh 25 Mac-19 April 2023
💸
Dewasa: RM89
💸 Kanak Kanak: RM45 (13-17 tahun)
🌹 Usia 12 tahun
Dan kebawah: FREE
💸 Warga Emas: RM65 (60tahun Dan ke atas)
Harga termasuklah 6% SST & 10% service charge
10
PEMBELIAN TEMPAHAN akan Diberi 1 TEMPAHAN PERCUMA
Haaa..apa tunggu
lagi tuu??
Sebarang pertanyaan, boleh rujuk kepada
Liza:
+60167581307 ATAU Kak Sha: +601173394317
boleh tahan harga die berbaloi. aduh lapar perut pula tengok makanan tu
BalasPadam