Sebenarnya, memang dah niat jika ada rezeki lebih bulan ni, aku nak beli telekung. Kali terakhir aku beli pun, 2019 masa tu beli di Padang, Indonesia. Lama betul tak beli telekung, asyik pakai yang sama sampai kuning dah warna telekung.
Kebetulan pula, aku di Aeon Tebrau jadi pusinglah untuk cari telekung. Aku ni pula memang cerewet sikit kalau nak membeli sesuatu terutama untuk pakai tiap hari. Bukan apa, dah alah membeli, menang memakai. Walaupun kadang terasa berat nak membeli sesuatu barang yang mahal harganya tetapi aku akan pastikan barang itu bermutu dan tahan lama.
Cadangnya, telekung yang baru ni nak guna kat rumah aje untuk buat basahan. Biarlah di pakai basahan lama sikit, nanti dah tak berapa sedap pakai, kita gantikan dengan yang baru. Lagi pun jadi malas betul asyik guna telekung yang sama bila travel atau pergi review.
Jadi, telekung untuk travel tu nanti memang kena sentiasa dalam bag, supaya senang, bila nak gerak je jalan jauh, bawa aje beg yang ada telekung travel tu ha, tak payah dah nak haru biru terlupa bawa telekung bagai.
Setakat ni kalau pakai telekung, telekung cotton yang paling aku suka pakai. Aku memang tak berapa nak suka pakai jenis kain lembik jersi tu, rasa macam melekap je kat badan. Semua telekung kat rumah ni jenis cotton. Lagi satu, aku memang kurang berminat dengan telekung berwarna. Yang ada ni warna hijau terang jadi segan pula nak pakai time terawih.
Kan tak pasal kena kecam pula.
Telekung bersulam |
Masa tengah mencari tu, terperasan dengan satu brand telekung ni iaitu GojesMy. Harga pula kena betul dengan bajet aku yang hanya nak telekung dibawah RM100. Range harga pun dari RM60 - RM129. Jadi, boleh pilih ikut bajet lah kan. Lagi senang, tak adalah nanti jadi pegang lepas dan terus tak jadi beli.
Macam-macam design, warna dan jenis kain boleh pilih. Jadi, aku pilih kain premium cotton berwarna putih yang berharga RM90 sahaja dan siap dapat giftbox lagi tu. Ni nak hadiahkan mak dan mak mertua pun dah berbaloi. Bukan sahaja mak mak suka, bolehlah dapat pahala jariah kan bila hadiahkan telekung.
Btw, telekung kids pun ade juga tau. Bolehlah matching dengan anak dara. Harga untuk telekung kids ni, bagi aku memang berbaloi sebabnya kainnya jenis sedap dan premium pula tu. Kiranya memang berbaloi duit kita ni invest dengan barang yang bermutu.
Telekung premium dan selesa |
Kalau korang nak cari telekung GojesMy ni, boleh cari kat Aeon berdekatan korang ya sebabnya tak semua tempat ada tau. Nah aku bagi senarai Aeon yang ada Telekung ni:
- Aeon Tebrau
- Aeon Permas
- Aeon Bandar Dato Onn
- Aeon Klebang Ipoh
- Aeon Nilai
- Aeon Shah Alam
- Aeon Wangsa Maju
- Aeon Taman Maluri
- Aeon Cheras Selatan
Selain daripada telekung, GojesMy ada juga menjual inner tudung, jubah dan sarung lengan (handsocks). Katanya pada masa akan datang nanti, mereka nak keluarkan produk tudung pula.
Btw, yang aku pilih tu kainnya memang 100% cotton, jadi bila pakai tu memang rasa selesa dan sejuk. Paling aku suka, bahagian muka tu memang selesa untuk tutup aurat yang mana memang sepatutnya perlu ditutup.
Gojes Bonnanza |
Gojes Bonnanza |
Anda juga jangan lupa untuk join contest mereka. Belanja sikit tapi menang besar dengan Gojes Premium Bonnanza Lagi Onzz.
- Belanja produk premium sistergojes dengan menggunakan kad debit atau kad kredit dan perhatikan APPROVAL CODE yang tertera.
- 2 digit atau 3 digit nombor yang sama melayakkan anda memenangi reward tunai (contoh: APcode R72111 bersamaan RM111)
- Layak di semua premium pempamer SISTERGOJES di Aeon K.Lumpur, Nilai, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru dan Kuching.
- Menangi sehingga RM9999 dalam bentuk tunai. GOJES BONNANZA sah sehingga 31 Mac 2023.
- Hanya like & folllow Page dan sertakan resit pembelian.
Kalau anda malas nak keluar mencari, jangan risau sebab telekung ni ada dijual di Shopee. Selamat membeli belah semua!
4 Comments
cantik telekungnya. cie pun suka telekung cotton selesa pakai.
comel lah OM pakai telekung premium tu, warna dia pun cantik
ouch... u look so cute and stunning in that colour
Syoknya! Sally selalu beli online, yg ni boleh belek-belek dulu sblm beli...hehehe...seronok boleh rasa material dia, boleh cuba dulu :)
Sila tinggalkan comment korang disini!