28 Februari 2023

Jom Buka Puasa di Sunway Big Box Hotel

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan best untuk berbuka puasa. Apa kata anda berbuka puasa di Sunway Big Box Hotel. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Chef  disini? Mari aku kongsikan.

Sunway Big Box Hotel
Juadah Big Box


Di Sunway Big Box Hotel tahun ini menyajikan lebih 118 jenis pilihan makanan yang bertemakan hidangan traditional. Antara hidangan yanng boleh di Sunway Big Box Hotel seperti 'Nasi Ulam', 'Ikan Patin Gulai Tempoyak', 'Paru Berlado',  dan 'Sambal Tumis Ikan Bilis Petai'.

Jom Buka Puasa di Sunway Big Box Hotel

Di sini turut menghidangkan hidangan wajib mereka seperti 'Nasi Basmathi Beryani', 'Sambal Terung', 'Labu Masak Lemak Putih', 'Bendi Goreng Berlado' dan beberapa hidangan yang lainnya. 

Sunway Big Box Hotel
Nasi Biryani
Sunway Big Box Hotel
Satay Ayam & Daging


Selain itu, turut dihidangkan menu istimewa sempena Ramadan iaitu 'Puyuh Goreng', 'Gear Box & Sup Kambing', 'Asam Pedas Ikan Siakap', 'Mee Goreng Mamak' dan sebagainya. Tidak lengkap berbuka puasa anda jika tiada pencuci mulut kan?

Pencuci mulut yang dihidangkan di Sunway Big Box Hotel ialah Kuih Muih traditional seperti 'Roti Jalan & Kari Ayam', 'Nona Manis', 'Kuih Seri Muka' dan pelbagai lagi. 

Untuk menceriakan lagi suasana seperti di bazaar Ramadhan, terdapat juga beberapa 'Action Stall' disediakan. Gerai-gerai ini akan menjalankan pembuatan dan penyediaan makanan secara langsung dan dihidangkan secara terus dalam keadaan masih panas ke atas pinggan hidangan anda.

Sunway Big Box Hotel
Shell Out
Sunway Big Box Hotel
Roti Jala & Kari Ayam


Antara makanan yang disediakan secara langsung adalah membakar 'Satay Ayam & Satay Daging', memanggang 'Kambing Golek', memasak 'Shell Out' dan beberapa jenis makanan yang lain.

Jujurnya pengalaman makan dan nikmati hidangan di Sunway Big Box Hotel ini adalah sangat seronok dan menarik untuk dikongsi. Pilihan makanan di sini juga memang banyak dan sedap-sedap  adalah satu sebab aku perlu ke sini ketika bulan puasa nanti. 

Selain itu, suasana ketika makan juga sangat santai, sambil diiringi lagu traditional membuatkan kita selesa untuk makan makanan yang banyak. Oleh itu, aku sarankan dan cadangkan untuk anda datang dan cuba sendiri hidangan yang pelbagai ini di sini.

Harga Bufet Ramadan 2023 - Sunway Big Box Hotel

Bufet Ramadan 2023 di Sunway Big Box Hotel bermula dari 25 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dari 6.30 petang hingga 10.00 malam. Harga Bufet Ramadan Sunway Big Box Hotel adalah seperti berikut: 

EARLY BIRD
Adult : RM118 nett dewasa
Child: RM59 nett Kanak-kanak (22 feb - 22 Mac 2023)

NORMAL PRICE
Adult : RM138 nett dewasa
Child: RM69 nett Kanak-kanak

For reservation:
📞011-2165 5355
📞019-233 4738
📧 sbbh.enquiry@sunwayhotels.com

1 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!