Balik dari Melaka, aku mengajak suami makan Nasi Arab di Kari Kambing 40 Hari.
Dah lama juga nak makan kat sini. Kalau tak silap, terakhir kali makan 2018
masa itu tengah kerja lagi di Kluang.
Kalau ada yang lalu highway selatan - utara, mesti anda akan nampak signboard
besar Kari Kambing 40 Hari di tepi highway. Aku tadi exit tol Yong Peng Utara,
kalau anda dari Johor, boleh exit tol Kluang. Lagi dekat nak ke restoran ini.
Luth makan nasi Arab |
Aku kenal restoran ni pun, dulu ex boss bawa nasi arab ke ofis di Langat. Tak silap masa tu 2016, masa makan memang cakap sedap betul nasi arab ni. Cuma tak tahu pula, nasi arab ni dekat Johor. Ingatkan ex boss beli di area Langat, Selangor.
Kari Kambing 40 Hari Yong Peng Johor
Banyak juga perubahan kat restoran ni, dulu tak sebesar sekarang tau. Makanan
kalau dah sedap, berkali-kali nak datang. Aku tak pandang sangat harga ni,
cukuplah nasi arab tu sedap dan kena dengan tekak aku. Harga kalau berpatutan
dah kira bonus.
Apa-apa pun, ikutlah kemampuan poket anda. Jika anda mampu, makanlah di sini
sekali sekala. Kalau tak mampu, baik duduk diam-diam aje. Sebabnya kadang
orang tak mampu ni yang banyak cakap, dan suka berhati busuk dengan mereka
yang berkemampuan untuk bawa anak-anak bini dan keluarga makan kat sini.
Restoran Nasi Arab |
Menu Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari
Terletak di no. 215, Kampung Haji Ghafar, bt 5 ½, Jalan Yong Peng, 83730 Yong Peng,
Johor.
Restoran ini beroperasi bermula
dari jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang dan dibuka pada setiap hari. Di
sini menggunakan sistem layan diri dan anda kena beratur terlebih dahulu
ketika membuat pembelian. Sebabnya disini memang akan sentiasa penuh dengan
peminat nasi arab di seluruh Malaysia.
Menu disini juga tidaklah banyak pilihan. Dekat sini, anda boleh pilih untuk
makan secara dulang atau di dalam pinggan. Jika anda memesan Nasi Arab dalam
dulang, anda akan dapat 1 jug air sirap secara percuma. Kalau beli dua dulang,
akan dapat 2 jug dan begitulah seterusnya.
Berikut adalah
senarai menu dan harga Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari untuk tahun 2023:
Nasi Arab Kambing RM16.95 |
Nasi Arab Ayam RM14.85 |
Pinggan Nasi Arab
Nasi Arab Kambing - RM16.95
Nasi Arab Ayam - RM14.85
Set Dulang Nasi Arab
Nasi Arab bersama 2 Kambing 1 Ayam - RM61.50
Nasi Arab bersama 1 Kambing 2 Ayam - RM56.20
Nasi Arab bersama 1 Kambing 2 Ayam - RM56.20
Nasi Arab Kambing - RM64.65
Nasi Arab Ayam - RM54.05
Nasi Arab Ayam - RM54.05
Untuk pengetahuan anda, parking di restoran ini agak terhad dan mungkin anda
kena parking jauh sedikit. Manakala untuk surau dan bilik air disediakan
berhampiran dengan restoran ini. Kalau nak parking tepi jalan boleh juga, tapi
make sure sebelum nak melintas tu tengoklah kiri kanan. Pastikan nyawa anda
sekeluarga selamat dari marabahaya.
Review dan Ulasan
Melihat pada harga kari kambing dan menu, memang menu tidak banyak dan untuk
harga, berpatutan dan sangat berpadanan dengan portition nasi arab tu. Aku
rasa harganya normal untuk restoran Nasi Arab yang ada di Johor ni. Tetapi,
untuk datang makan di sini setiap hari adalah satu perkara yang melampau.
Kalau datang sebulan sekali atau kadang-kadang, bagi aku harganya sesuai.
Lagi pun, memang aku puas hati dengan porsi nasi arab. Satu pinggan tu nasinya
memang banyak dan untuk aku sorang memang tak habislah even kalau perut tengah
lapar sekali pun. Untuk nasi dalam dulang, aku rasa boleh makan 3-4 orang. Dah
cukup berbaloi dah tu.
Jadi, kepada anda yang sukakan nasi arab johor, apa salahnya untuk
datang dan mencuba menu yang ada di sini. Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba,
pasti mahu.
Secara keseluruhannya, pengalaman makan restoran Kari Kambing 40 Hari ini
sememangnya satu pengalaman yang menarik dan perlu dikongsikan pada anda
semua. Mungkin ada makanan yang tidak sesuai dengan aku tetapi sesuai di tekak
anda. Suasana di sini pun sangat meriah dengan pengunjung, dan yang paling
penting, tidak membuatkan anda lama menunggu makanan.
RESTORAN KARI KAMBING 40 HARI
Alamat: No 215, Kampung Haji Ghafar, Bt 5 1/2, Jalan Yong Peng, 83730
Yong Peng Johor.
Waktu Operasi : 7.30 pagi - 3.30 petang | dibuka Setiap Hari
Telefon : 0196272243, 0146372243 atau 07-7583129
Waktu Operasi : 7.30 pagi - 3.30 petang | dibuka Setiap Hari
Telefon : 0196272243, 0146372243 atau 07-7583129
Dah biasa dengar pasal restoran ni.. tapi x pernah singgah lagi..
ردحذفHarga boleh tahan janji sedap dan berbaloi.
ردحذفTak pernah sampai lagi.. kebetulan nak ke Johor bolehlah singgah.. tq infonya banyak membantu..
ردحذفTeringin nak singgah sini. Nanti kalau ada trip ke Johor nak datang jugak kat sini
ردحذفRestoran Kari Kambing 40 hari customer selalu beratur panjang...
ردحذفTiap kali blik kg mesti lalu tp tak singgah lg sbb org sentiasa ramai. In sha Allah nxt time blh try
ردحذفTak pernah singgah walaupn lalu sini tiap kali blk kg. Lps ni blh la singgah try
ردحذف