27 Februari 2023

Nikmati Daging Wagyu A5 di Kingly Wagyu House Johor

Sebenarnya inilah kali pertama aku mencuba daging wagyu. Apa yang aku tahu wagyu ni antara daging yang paling mahal dan merupakan makanan diraja dari negara matahari terbit iaitu Jepun. Tak salah jika anda nak cuba makan daging ini dan boleh rasa kelembutan daging itu sendiri.

Aku baru tahu di Johor ni ada 3-4 buah kedai yang ada restoran Wagyu. Salah satunya ialah Kingly Wagyu House, jadi bila kawan-kawan blogger ajak untuk makan-makan disini, aku setuju! Sebabnya, aku tak pernah rasa daging ni macam mana. Adakah ia sedap atau tak?

Daging wagyu
Wagyu Emas



Sedikit info tentang wagyu. Wagyu ialah baka lembu di Jepun, dimana 'Wa' bermaksud Jepun, dan 'gyu' bermaksud lembu. Pada waktu dahulu, lembu Wagyu digunakan dalam bidang pertanian dan memiliki ketahanan fizikal. Daging ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot.

Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi 'Marbeling' (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini. Harga gred daging ini yang paling tinggi ialah A5 BMS 12 boleh mencecah sehingga RM25,000 sekilogram.

Sebenarnya, wagyu ini jauh lebih baik daripada daging lembu biasa kerana ia tidak mengandungi lemak tepu sekali gus mereka yang menghidap penyakit gaut dan darah tinggi boleh menikmatinya.

Nikmati Daging Wagyu A5 di Kingly Wagyu House Johor

Bagi peminat wagyu, memang inilah tempat yang paling sesuai untuk menikmati  sendiri wagyu yang paling bestdi Johor. Terletak di 193, Jalan Sentral 24, Taman Nusa Sentral, Iskandar Puteri Johor dan waktu operasi bermula dari 12pm hingga 11pm (setiap hari).

Daging wagyu
Kingly Wagyu House

Disini juga menyediakan menu no pork, no lard. Dapur yang digunakan untuk memasak in shaa Allah Muslim friendly, iaitu tiada bahan masakan seperti yang dinyatakan. Restoran ini juga menyediakan minuman keras untuk pelanggan non-muslim, tetapi di dapur memasak tidak ada bahan-bahan yang haram.

Masuk sahaja ke dalam restoran ini, memang terasa bagaikan berada di Jepun dengan lagu-lagu yang berkumandang, dekorasi dalaman restoran ini sememangnya sangat cantik. Selain itu, suasana juga meriah dengan beberapa pelanggan lain yang sedang teruja menikmati wagyu mereka di sini.

Sebelum tu, mesti ada yang fikir, jadi halal ke tak daging wagyu ni?

Untuk pengetahuan anda semua, setiap wagyu yang dihidangkan di Kingly Wagyu House adalah dari sumber dan pembekal yang memiliki sijil halal Jepun yang sah dan diiktiraf JAKIM Malaysia. Bahagian dapur pula dikendali oleh chef dan staf berbangsa Melayu. Aku sertakan gambar di bawah ya.

daging wagyu
Sijil Halal Jepun

Jadi, hari itu aku mencuba "Wagyu Emas" ada 5 jenis bahagian wagyu, Lamb Rack, Wagyu Beef Stick dan Chicken Tight. Antara bahagian wagyu yang aku cuba ialah Katabara, Katarosu, Ranpu, Shinshin, Uchimomo. Semua bahagian ni ada rasanya yang tersendiri dan apa yang pasti semuanya sedap!

Apa yang menariknya, sebaik sahaja hidangan daging wagyu ini siap dimasak, anda perlu menikmatinya dengan segera kerana sebaik sahaja daging itu dikunyah didalam mulut, anda tentu dapat merasakan kemanisan atau ‘Juicy’ sebenar wagyu ini. 

daging wagyu
Daging Wagyu


Daging ini cukup lembut dan seolah-olah ‘mencair’ sendiri di dalam mulut dan manis dimakan begitu sahaja tanpa perlu mencicah sebarang sos. Tak Percaya? Cuba dulu baru tahu betapa enaknya wagyu ini. Bila dah cuba tentu nak lagi. 

Sebenarnya aku sendiri memang jarang makan daging, inikan pula daging wagyu. Selalu tengok kawan-kawan kongsikan tentang wagyu, alhamdulillah kali ini dapat juga merasai sendiri wagyu. Memang sangat sedap, lembut dan berjus.

Selain daging wagyu, aku juga mencuba beberapa menu yang lain. Antaranya ialah Seafood Mini Hot, Fresh Osyter Garlic, Spicy Chicken Chashu Ramen, Wagyu Curry Don, Wagyu Garlic Fried Rice, Sushi Platter, Unatamadon dan Wagyu Black Truffle Yaki Gyoza.

Kingly Wagyu House
Menu di Kingly Wagyu House



Jenuh nak sebut satu-satu menu tu, hehehehe. Aku paling suka dengan Seafood Mini Hotpot. Dalam set ini ada King Prawn, Squid, Salmon, Osyter dan juga Scallop. Anda boleh pilih sama ada nak Laksa Sup, Spicy Chicken Sup atau Chicken Sup. Memang puas hati makan set hotpot ni. 

Selain makanan yang sedap, disini juga turut menyediakanGolf Room & Karoake di level 3 manakala di level 2 adalah Open Bay. Lepas makan di bawah, bolehlah anda naik ke atas untuk karoake bersama kawan-kawan mahupun ahli keluarga. 

Semasa di Open Bay, aku turut mencuba menu makanan Tori Karagae, Ebi Tempura , Fried Shisamo dan Unagi Maki. Manakala di Golf Room, aku mencuba Edame, Fish Head, Chawanmushi Plain, Chuka Idako dan Saba Shioyaki. Walaupun menunya simple tapi sudah cukup untuk mengisi perut yang sedang lapar. Betul tak?

Kingly Wagyu House Johor
Open Bay & Golf Room


Akhir Kata

Secara jujurnya pengalaman makan di Kingly Wagyu House ini memang terbaik dengan pilihan makanan yang memang enak dan menyelerakan. Menu Wagyu dan beberapa lagi menu yang dicuba membuatkan aku tak sabar untuk kembali makan di Kingly Wagyu House lagi satu hari nanti. 

Untuk sebarang info lebih lanjut tentang restoran Kingly Wagyu House, Johor ini dan termasuklah menu-menunya, anda bolehlah lihat pautan yang ada aku senaraikan di bawah.

Kingly Wagyu House Japanese Barbeque



Alamat : 193, Jln Sentral 24, Taman Nusa Sentral, 79100 Iskandar Puteri, Johor

WAKTU OPERASI : Isnin Hingga Ahad | 12.00 tengah hari - 11.00 malam

Untuk tempahan, hubungi : +6013 880 1193 

Pertanyaan tentang acara : WhatsApp : +6013 880 1193 

Sila tinggalkan comment korang disini!