23 Februari 2023

Rentak Selera Buffet Dinner di Hard Rock Desaru Coast

Pasti ramai yang mencari tempat untuk berbuka puasa di sekitar Desaru, Johor. Apa kata anda iftar di Hard Rock Desaru Coast pula. Apakah juada yang disediakan oleh mereka pada tahun ini? 

Buffet Ramadhan Johor Bahru di Hard Rock Desaru Coast ini bermula dari 24 Mac 2023 hingga 22 April 2023. Tahun ini bertemakan 'Rentak Selera' dan bakal menyajikan lebih dari 200 jenis menu aneka citarasa masakan Melayu warisan tradisi. 

Hard Rock Desaru Coast
Rentak Selera Buffet Dinner


Rentak selera ini juga dicipta untuk mengimbau kembali ciri-ciri Bazar Ramadhan tempatan, dengan tujuan menyediakan makanan berkualiti tinggi sambil menikmati hidangan yang lebih luas dalam suasana yang selesa.

Rentak Selera Buffet Dinner di Hard Rock Desaru Coast 

Ketua Chef Ekskutif, Chef Halim berkata "tahun ini, kami mengembangkan lebih menonjol ke arah stesen langsung kami yang akan diterajui oleh chef kami dan hidangan istimewa mereka. Ini juga membolehkan tetamu berinteraksi dengan chef kami dan memahami ciri-ciri setiap hidangan."

Kiranya disini semuanya citarasa menu melayu Johor, dan pastinya menepati kesemua tekak bangsa-bangsa lain. Apa yang aku pasti, bila makan buffet disini, anda mesti puas hati dan kekenyangan sampai tersandar! Jom tengok apa yang menariknya di hard rock desaru buffet dinner review ni. 

Hard Rock Desaru Coast
Menu lauk pauk


Antara menu yang jadi tumpuan ialah Asam Pedas Ekor, Puyuh Masak Lemak, Chili Crab, Labu Masak Lemak Putih, Nasi Hujan Panas, Nasi Putih dan Mac n Cheese.

Di sini juga turut menyediakan live station yang disediakan oleh chef-chef yang berbeza. Antaranya: 
  • Dapur Tempayan (Chef Qasim) - Chicken Tandoori, Naan, Murtabak, Roti Canai dan Kacang Pool
  • Kuali Terbalik (Chef Khairul) - Fried Kway Teow dan Signature Mee Goreng Mamak
  • Telaga Warisan (Johnny & Friends) - Aneka Air Balang Viral
  • Biryani & Panggangan Membara (Chef Imraan & Chef Erman) - Signature Biryani, Kambing Golek, Lamb Shank dan Ayam Bakar Madu Tiga
  • Belanga Panas (Chef Qasim) - Bubur Lambuk dan Sup Kawah

Pelbagai jenis ulam-ulam yang disediakan disini, Pucuk Ulam Raja dan Kacang Botol dihidangkan bersama Sambal Kelapa, Sambal Mangga, Sambal Belacan, Sambal Budu dan Cencaluk. 

Hard Rock Desaru Coast
Menu live station

Untuk pencuci mulut dan juga Kuih-Muihnya pun banyak pilihan. Semua memang kebanyakkannya kuih melayu kita iaitu Tepung Pelita, Buah Melaka, Kuih Lopes, Dodol, Kuih Seri Muka, dan banyak lagi yang perlu anda cuba. 

Jujurnya pengalaman makan dan nikmati hidangan di Hard Rock Desaru Coast, Johor ini adalah sangat seronok dan menarik untuk dikongsi. Pilihan makanan di sini juga memang banyak dan sedap-sedap  adalah satu sebab aku perlu ke sini ketika bulan puasa nanti. 

Untuk lebih banyak gambar di Hard Rock, boleh ke laman facebook page ya.

Akhir Kata 

Pasti ramai yang nak tahu tentang harga kan? Jangan risau tentang harga, sebab bagi aku harga yang ditawarkan sememangnya sangat berpatutan. Untuk buffet ramadhan di kawasan desaru ini, harga yang ditawarkan benar-benar berpatutan melihat kepada senarai menu yang tersedia.

🎸 Rentak Selera Dinner Buffet
📍 Sessions Restaurant, Hard Rock Hotel Desaru Coast
🗓️ 24 Mac - 22 April 2023
🕡 6.30pm - 10.00 pm

🌸 Harga Early Bird:

(Pembelian dari 1 - 23 Mac 2023)
RM128 per Dewasa
RM64 per Kekanak

🎉 Tawaran Istimewa Book & Dine:
(Pembelian dari 24 - 31 Mac 2023)
RM88

👛 Harga Biasa
RM138 per Dewasa
RM69 per Kekanak

🤘🏻Istimewa Tempahan Berkumpulan:
10% OFF Normal Price
(Minimum 30 pax)

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:

Call +607-838 8888
WA +6012-738 8247
Email fnb.reservation@hrhdesaru.com


Sila tinggalkan comment korang disini!