Resepi bubur lambuk kali ini dibawa khas dari Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Setiap kali bulan puasa bubur lambuk merupakan menu yang sering dicari. Lagi
pun, bubur ini hanya ada di bulan puasa sahaja. Ada juga masjid yang sediakan
bubur ini secara percuma sahaja.
Bubur lambuk bagi setiap negeri di Malaysia ada yang berbeza cara
memasaknya. Di selatan, bubur ini rasanya berempah sedikit, manakala di
pantai timur, banyak sayuran yang diletakkan di dalam bubur.
Masakan yang biasanya banyak ditemui ketika bulan puasa boleh dimasak secara
beramai-ramai seperti gotong royong di Kg Baru, KL ini boleh juga dibuat di
rumah, boleh cuba dulu dalam kuantiti sedikit saja.
Bubur lambuk |
Jika anda suka makan makanan ini, anda boleh saja cuba buat sendiri di rumah
dengan mengikut cara-caranya seperti yang dikongsikan dibawah ini.
Resepi Bubur Lambuk Sedap Untuk Berbuka Puasa
Bahan yang digunakan |
Resepi ini hasil perkongsian laman facebook yang berkongsi air tangannya di
laman sosial Facebook serta telah menjadi perhatian ramai netizen kerana
makanan ini dikatakan amat istimewa dan berbeza.
Bahan-bahan untuk membuatnya:
- 2 mug beras (rendam dalam 20 min)
- 1/2kg daging (campur yg berlemak)
- 1 bungkus kecil rempah sup
- 250ml santan
- 2 sudu besar lada hitam
- Kiub pati ayam dua kiub
- 3 ulas bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 2 jari Halia
- Kentang
- Lobak merah
- Daun sup
- Bawang goreng
Cara-cara memasak:
1. Blend bawang-bawang & halia. Kemudian, tumis sehingga bawang agak
garing.
2. Masukkan rempah sup, lalu tumis sehingga rempah masak. Masukkan daging dan gaul sebati & masukkan beras.
2. Masukkan rempah sup, lalu tumis sehingga rempah masak. Masukkan daging dan gaul sebati & masukkan beras.
3. Goreng beras seketika dan masukkan air. Rebus beras sehingga nmpk lembut.
4. Masukkan santan & garam. Lada hitam serbuk masukkan juga.
4. Masukkan santan & garam. Lada hitam serbuk masukkan juga.
5. Masukkan kentang & lobak merah. Bila sayur dah lembut, bolehlah tabur
daun sup & bawang goreng. Sesuaikan rasanya.
6. Bubur dah siap.
Baca ini: Resepi Maggi Goreng
Kesimpulan
Sebenarnya, ada bermacam versi lagi bubur lambuk ni seperti contoh bubur
lambuk berempah, dari Johor, Terenggnu, Kelantan, Utara dan sebagainya. Namun,
bubur lambuk sememangnya famous satu Malaysia terutama di bulan puasa.
Bukan sahaja perempuan yang boleh masakan bubur lambuk ringkas ini,
lelaki juga boleh sebab untuk penyediaannya tidak cerewet kerana semua
bahannya sangat mudah didapati.
Semoga perkongsian resepi bubur lambuk sedap dan simple ini daripada
facebook ini dapat memudahkan kerja anda untuk sajikannya hari ini, semoga
bermanfaat dan selamat mencuba.
Sila tinggalkan comment korang disini!