15 Februari 2023

Restoran Star Hadramout Nasi Arab Paling Sedap di Johor

Apa khabar semua? Hari ini aku nak kongsikan pengalaman makan malam di Restoran Star Hadramout di Johor. Kalau anda perasan, blog aku ni dah banyak siarkan resepi. Sehari sampai dua kali aku update. Sebenarnya, blog ini aku tengah fokus untuk niche resepi dan travel. Aku tak mahu campur aduk entri selain dua niche di atas tu. 

Untuk review makan, aku kategorikan sebagai niche travel aje, lagi pun terkait juga dengan niche resepi tu kan. Jadi, aku akan selang selikan artikel resepi dan juga food review. Harap anda semua faham ye. 

Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini aku bersama rakan-rakan blogger ke bandaraya Johor Bahru dan singgah makan di sebuah restoran nasi arab Johor yang dikenali sebagai Star Hadramout. Selain Zaituna Restaurant, di sini juga merupakan kedai nasi arab yang famous di sekitar bandar Johor.

Restoran Star Hadramout

Nasi Arab Sedap, Restoran Star Hadramout 

Terletak di Jalan Tebrau, Kampung Wadi Hana, Restoran menghidangkan pelbagai jenis menu dari Timur Tengah. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 2.00 pagi. Waktu aku datang ke sini, memang ramai walaupun pada hari biasa.

Tempat makan di restoran ini juga sangat selesa dan berhawa dingin. Melangkah masuk aje ke dalam restoran, mata aku disajikan dengan manisan yang tersusun cantik dimeja. Memang rasa sangat seronok tengok dan macam nak cuba aje semuannya.

Restoran Star Hadramout
Muluwah Bread

Selain suasana yang selesa, restoran ini juga didekorasikan seperti berada di negara Arab dan hawa telinga anda juga akan dihidangkan dengan muzik-muzik arab yang akan diperdengarkan kepada pengunjung yang sedang menjamu selera.

Aku cadangkan untuk anda yang ingin mencuba nasi arab di sini untuk membuat tempahan awal sebabnya bila terkena waktu orang ramai, dah semput nak beratur dan menunggu di luar. Bukan apa, di sini pengunjung dan penggemar makanan Timur Tengah terdiri daripada pelbagai kaum.

Menu & Hidangan yang Menarik

Inilah masa yang ditunggu-tunggu kan? Di bawah ini adalah antara menu yang aku cuba di Star Hadramout.

Restoran Star Hadramout
Set Dulang

Menu mixed family set, menu nasi arab ni mereka hidangkan dengan 3 jenis nasi arab di dalam satu dulang. Anda akan dapat Nasi Mandy, Nasi Maklouba dan juga Nasi Kabsah. Memang padu dimakan bersama ayam & kambing yang berharga RM100 sahaja. Set dulang ni makan 4-5 orang dah cukup berbaloi.

Gambar aku kat atas tu, itulah Muluwah bersize L (RM8). Muluwah ini adalah Yemeni flatbread yang dimasak secara tradisional di dalam oven unik mereka. Muluwah ni sesuai dimakan dengan Humus, Tabbouleh, Muttabal dan Fasha Lamb. 

Restoran Star Hadramout
Mixed Appertizer

Jadi, aku ambil Mixed Appertizer (Humus, Tabbouleh, Muttabal, Arabic Salad, Baba Ghanouj & Fattoush) yang berharga  RM40. Nak makan Muluwah mesti kena ada set mixed appertizer ni, kalau tak memang tak lengkaplah satu menu tu. 

Kemudian, aku juga turut mencuba Fahsa Lamb. Fahsa Lamb ni pula ambing yang dicincang direbus di atas mangkuk claypot yang ditabur serbuk Halba. Menu ni nak ratah je pun sedap, nak makan dengan roti pun lagi mantap. Fahsa Lamb ni berharga RM22. Memang puas hati makan.

Restoran Star Hadramout
Mixed Grilled Size M

Selain itu, aku juga mencuba Mixed Grilled Size M yang berharga RM55. Dalam set ini terdapat 1/2 Ayam Bakar, Ayam Kebab dan Shish Taouk dan dihidangkan bersama Roti Lubnani, French Fries dan Sos Bawang Putih. Memang banyak dan aku pun tak dapat nak habiskan set ni. 

Akhir sekali, sebagai pelengkap makan malam, aku mencuba beberapa jenis Baklava. Anda boleh pilih mana mana Baklava yang anda nak. Kalau tak tahu nak pilih yang mana, boleh aje tanye dengan mereka. 

Restoran Star Hadramout
Adani Tea Pot

Restoran Star Hadramout
Baklava & Kunafa

Penutupnya, anda kena cuba minum Adani Tea Pot yang berharga RM15. Fuhh memang lain daripada yang lain tau teh ni. Kalau kat mamak, teh tarik, kalau kedai pak Arab namanya Teh Adani. Rasa teh ni ada rasa kulit kayu manis dan pekat. Orang kata piau! Aku sampai repeat dua kali teh ni!

Ulasan tentang restoran

Apa yang boleh aku simpulkan, makan di restoran ini memang aku sangat berpuas hati. Dekorasi dan suasana yang selesa yang membuatkan restoran ini menjadi tarikan pengunjung pelbagai kaum yang ingin mencuba. Jika ditanya, adakah aku akan kembali makan di sini, jawapannya adalah YA! Bolehlah aku bawa suami dan keluarga makan makan disini kan.

Jika anda nak melihat gambar yang lain, boleh ke facebook page aku ya. Di sana, banyak gambar di restoran ini yang boleh anda semua saksikan. 


Tentang harga, agak mahal juga cuma anda kena faham dan lihat disekelilingnya, barulah anda mengerti kenapa harga makanan mahal. Bagi aku sangat berbaloi dengan makanan yang aku terima, lagipun bukan selalu dan untuk diri sendiri juga.

Akhir kata, anda yang di sekitar bandar Johor atau dimana jua, boleh cuba makanan di sini!

Restoran Star Hadramout

LOKASI : No 3A, Tebrau Highway, Kampung Wadi Hana, 80300 Johor Bahru, Johor 
WAKTU OPERASI: 11.00am to 2.00am (setiap hari)





1 ulasan:

  1. wahhh... ini kegemaran kami sekeluarga ni. nasi arab. boleh la nanti berkejaran ke star hadramout pula lepas ni. Tq tau selalu share tempat makan sho shedap kat johor ni

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!