17 Februari 2023

St Giles Southkey Hidang 300 Menu Sepanjang Ramadhan

Tahun ini kali pertama, aku menjejakkan kaki ke St Giles Southkey Johor Bahru. Mereka menjemput aku untuk majlis buffet Ramadhan preview. Pastinya ini satu pengalaman menarik yang perlu dikongsi bersama dengan pembaca setia blog ini.

Aku jamin ramai yang sedang berkira-kira mencari tempat buffet Ramadhan yang menarik pada harga yang berpatutan. Untuk anda yang berniat untuk berbuka puasa di Buffet Ramadhan yang berpatutan, anda bolehlah ke Citarasa Warisan Johor di St Giles Southkey Johor Bahru.

St Giles Southkey Hidang 300 Menu

St Giles Southkey
Citarasa Warisan Johor

St Giles Hotel merupakan sebuah hotel yang terletak di Persiaran Southkey, Johor. Berada di atas shopping Sogo Johor, hotel ini menjadi salah satu pilihan untuk warga kota & Singaporean yang berada di Johor untuk menikmati masakan kampung, tradisional dan sebagainya dengan suasana yang mendamaikan.

Bermula dari 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023, anda boleh menikmati hidangan lazat yang ditawarkan sepanjang bulan puasa nanti. Bermula seawal jam 6.30 petang sehingga jam 10.00 malam, anda boleh menikmati pilihan hidangan yang pelbagai dengan iringan angklong secara langsung yang mendamaikan.

Senarai Menu dan Sajian di Citarasa Warisan Johor

Okay, untuk bahagian seterusnya adalah antara sajian yang anda bakal dapat di St Giles Southkey Johor Bahru. Jangan terliur pula tau.

Sebagai peminat makanan warisan Johor, menu dan sajian kali ini memang sangat menyelerakan dan sedap- sedap belaka. Jadi rindu nak bersantap bersama keluarga apabila menikmati hidangan sebegini. Antara yang menjadi pilihan aku sendiri adalah rendang daging, kambing panggang arab, nasi tomato, bubur lambuk dan dim sum. Memang betul-betul sedap.

St Giles Southkey
Kambing Panggang Arab


PEMBUKA SELERA (Appetizer)
: Gado-gado dengan Kuah Kacang/Pasembur, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Daing Salai Bakar, Kerabu Mangga Ikan Bilis, Acar Buah, Rojak Buah-buahan, Telur Masin, Ikan Masin.

ULAM-ULAMAN : Pucuk Paku, Ubi, Ulam Raja, Ceylon, Pegaga, Timun, Tomato, Kubis, Terung, Jantung Pisang, Kacang Panjang dan Kacang Botol.

SAMBAL : Sambal Belacan, Tempoyak, Cili Kicap, Budu, Cencaluk, Air Asam, Sos Tomato, Sos Cili, Sambal Cili Hijau, Sambal Cili Merah, Sambal Nenas, Sambal Mangga.

KEROPOK : Keropok Ikan, Keropok Udang, Keropok Melinjo, Keropok Sayur & Papadom.

St Giles Southkey
Lauk Pauk Selera Utama


SELERA UTAMA
: Nasi Putih, Nasi Tomato, Rendang Daging, Ikan Tenggiri Asam Pedas, Ayam Masak Merah, Sotong Goreng Berempah, Sayur Goreng Jawa, Beef Kung Pao, Egg Foo Yong & Sayur Campur

BAR SALAD : Aneka Salad Hijau dengan kondimen, Salad Fattoush, Coleslaw dan Salad Pasta Tuna

SEAFOOD ON ICE : Udang Harimau, Kupang & Kerang, Lemon, Tabasco, Sos Plum & Sos Goma

JAPANESE : Aneka Sushi, Maki Roll & Sashimi, Maguro, Salmon Trout, Butter Fish & Sotong Acar Halia, Shoyu Wasabi.

St Giles Southkey
Japanese, Dimsum & Seafood on Ice


SALAD JAPANESE
: Chukka Kurage, Chukka Wakame & Chukka Idako

SUP : Sup Kambing Berempah, Cream of Pumpkin Soup, Aneka Roti dengan Mentega, 

PANGGANG : Ayam Panggang, Nasi Ayam & Sup Ayam, Kambing Panggang Arab

STALL ME : Bubur Lambuk, Sup Ayam dan Nyonya Curry Laksa

DIM SUM : Aneka Dim Sum dengan Sos Hoisin, Sweet Chili & Thai Chili

St Giles Southkey
Aneka Kuih Muih


KUIH MUIH
: Tapai Pulut, Onde-Onde, Tepung Pelita, Koci, Apam Puteri, Puteru Mandi, Gula Hnagus, Cara Berlauk, Cucur Badak

GORENG-GORENG : Durian Goreng, Goreng Pisang, Cempedak Goreng, Keledek & Cendawan Goreng

MINUMAN SEJUK : Air Kelapa Laut, Limau & Longan, Jus Kurma, Jus Jagung, Sirap Bandung, Asam Boi, Susu Kacang Soya, Jus Tebu, Jus Katira dan Air Cincau

Jujurnya pengalaman makan dan nikmati hidangan di St Giles Southkey Johor ini adalah sangat seronok dan menarik untuk dikongsi. Pilihan makanan di sini juga memang banyak dan sedap-sedap  adalah satu sebab aku perlu ke sini ketika bulan puasa nanti. 

Selain itu, suasana ketika makan juga sangat santai, sambil diiringi Angklong membuatkan kita selesa untuk makan makanan yang banyak. Oleh itu, aku sarankan dan cadangkan untuk anda datang dan cuba sendiri hidangan yang pelbagai ini di sini.

Akhir Kata

Pasti ramai yang nak tahu tentang harga kan? Jangan risau tentang harga, sebab bagi aku harga yang ditawarkan sememangnya sangat berpatutan. Untuk buffet ramadhan di kawasan tengah-tengah bnadar Johor Bahru ini, harga yang ditawarkan benar-benar berpatutan melihat kepada senarai menu yang tersedia.

 ðŸŽ‰CITARASA WARISAN JOHOR:
🗓️: 23 Mac hingga 21 April 2023
⏰: 6:30 PM – 10:30 PM

Kadar Dewasa: RM188 Bersih
Kadar Kanak-kanak: RM94 Bersih

🎉PROMOSI:
Tempah sebelum 13 Mac 2023 untuk menikmati diskaun 20%.
Book Selepas 14 Mac 2023 akan memberi:
👉Diskaun 15% untuk jumlah bil untuk min 10 orang dalam satu transaksi atau
👉Diskaun 10% untuk Urus Niaga Debit & Kad Kredit Maybank

🎉RSVP / PERTANYAAN:
📞: 012 309 9762
📥: fnb.skjb@stgiles-hotels.com

Sila tinggalkan comment korang disini!