SDS Bakery & Cafe pada tahun ini menyajikan pelbagai menu iftar dan hamper raya yang menarik. Oh ya! Salam Ramadhan semua.
Hari ni dah hari ke-9 di bulan Ramadhan, harapnya tahun ini kita semua dapat puasa penuh lah ye. Sambil tu, rajinlah buat amal dan raih ganjarang pahala sepanjang Ramadhan.
Seperti tahun lalu, SDS Bakery & Cafe menghidangkan menu terbaru di bulan puasa. Cuma tahun ini, tempatnya berbeza. Masa itu aku hadir ke SDS Taman Gaya, dan di bakery itu baru sahaja 4 hari beroperasi. Bakerynya memang cantik dan ada 2 tingkat, tingkat atas untuk cafe dan tingkat bawah untuk jualan roti mereka.
Beli Hamper Raya dan Iftar di SDS Bakery Cafe
SDS Taman Gaya |
Suasana di cafe memang meriah dengan pelanggan yang tak berhenti memasuki ruangan kedai. Apatah lagi, cafenya sangat selesa dan cantik dengan bertemakan 'forest' sudah cukup memuaskan hati. Aku masuk aje dalam kedai ni, wah cantik betul. Memang patutlah ramai orang dalam ni.
Sempena dengan bulan Ramadhan, SDS mengeluarkan menu iftar terbaru mereka. Tahun lepas, mereka keluarkan menu nasi tomato tetapi untuk tahun mereka sajikan pula menu 'Nasi Hujan'. Nasi Hujan ini didatangkan dengan 4 jenis lauk yang boleh anda pilih.
4 Jenis Lauk Nasi Hujan di SDS Bakery & Cafe
Di bawah ini, aku sertakan 4 jenis lauk dan juga harga. Bolehlah anda survey dulu sebelum ke sana. Harga dan juga portion sangatlah puas hati dan berbaloi.
1. Nasi Hujan Kebab Ayam
Nasi Hujan Kebab Ayam RM22.90 |
2. Nasi Hujan Ayam Masak Kicap
Nasi Hujan Ayam Masak Kicap RM22.90 |
3. Nasi Hujan Ikan Cencaru Belacan
Nasi Hujan Ikan Cencaru Belacan - RM17.90 |
4. Nasi Hujan Daging Masak Lada Hitam
Nasi Hujan Daging Masak Lada Hitam - RM23.90 |
Puas hati tak? Ko bayangkanlah satu set menu dengan harga macam tu ada tempe, jeruk betik, sayur kubis, lobak masin dan sambal belacan. Banyakkan? Kalau anda nak beli kat bazar pun, beli banyak makanan belum tentu boleh habis. Baik bersederhana ketika berbuka. So anda boleh cuba menu berbuka ni.
Bagi aku, walaupun nasi hujan ni sedap makan dengan ayam masak merah tapi di SDS mereka inginkan kelainan. Tapi kelainan itu masih lagi boleh diterima. Sedap tau terutama kebab ayam dan sambal belacan. Sambal belacan tu kalau makan dengan ayam penyet, memang ngam uii!
Hamper Raya di SDS |
$ads={2}
Sambil berbuka tu, ko tengoklah juga menu menu biskut raya SDS. Aku tahun lepas nak beli tart nenas, semua SDS sold out tau. Walaupun pkp masa tu, biskut raya tetap sold out. Jadi, anda kau berkesempatan tu, baik beli cepat sebelum kehabisan stok. Harga untuk ala carte bermula dari RM20.80 sehingga RM33.80.
Untuk kali ini, SDS berikan kelainan sekali lagi. SDS melancarkan Raya gift series yang bermula dari RM49.90 sehingga RM258.00. Di sini juga tersedia hamper yang sudah tersedia dan dibungkus rapi untuk dijadikan hadiah Raya kepada mereka yang tersayang.
Antara set yang ada ialah:
- Jom Raya Gift Set RM49.90
- Sering Bahagia Gift Set RM55.90
- Sejalan Beriringan Gift Set RM59.90
- Mesra Gift Box RM108
- Ikhlas Hamper RM148
- Syawal Hamper RM198
- Lebaran Hamper RM258
Sila tinggalkan comment korang disini!