22 مارس 2023

Jom Iftar Makanan Seafood di Restoran Bara Stulang

Nak tempat buffet ramadhan yang sedap sambil ditemani pemandangan sunset dan laut? Restoran Bara Stulang terletak di Stulang Laut, Johor ini menyediakan makanan seafood yang enak dengan suasana restoran yang cukup mendamaikan.

Mana yang dah lama stay JB, mesti tahu Stulang Laut ni bukan sahaja kedai makannya penuh tapi parking pun penuh dan susah nak parking. Aku kalau datang Stulang tu mesti datang awal, sebabnya parking sentiasa penuh sampai kena pusing banyak kali. 


Iftar Makanan Seafood di Restoran Bara Stulang


Restoran Bara Stulang
Restoran Bara Stulang

$ads={1}
   Bayangkan tempat parking berbayar pun kemain penuh. Sebab tu, nak datang Stulang ni kena datang awal, kalau datang jam 7 ke atas, fuhhh bersabarlah ye anda semua mencari parking.

Restoran ini terletak di sebelah Sekolah Menengah Foon Yiew, Stulang Laut Johor. Betul-betul disebelah sekolah menengah cina, jadi bolehlah anda parking di depan pagar sekolah dan pastikan bukan di pintu pagar ye nak parking tu.

Restoran Bara Stulang
Menu buffet ramadhan


Restoran Bara Stulang ni, anda jangan risau memang mereka sediakan parking untuk pelanggan mereka cuma parkingnya agak limited. Selain itu, kemudahan surau dan tandas juga ada disini. Layanan staff dan servis mereka bagi cukup mesra dan peramah. 

Kalau nak makan-makan untuk berbuka puasa dan bawa keluarga, aku cadangkan anda berbuka puasa di sini. Tempat cantik, makanan sedap dan servis terbaik. 

Restoran Bara Stulang
Sambal Kupang, Ikan Masak Asam Pedas

Menu buffet ramadhan yang boleh anda cuba ialah Ikan Bakar Pari, Siput Sedut Masak Black Pepper, Udang Buttermilk, Udang Masak Lemak, Kupang Masak Halia, Sotong Masak Sambal dan macam-macam lagi. Disini juga menyediakan Kambing Golek bersama sambal mint sos yang mereka buat sendiri. Menu di sini juga akan bertukar pada setiap hari. 

restoran bara stulang
Udang Masak Sambal, Kupang Masak Halia

Untuk kanak-kanak, anda boleh berikan mee spagetthi Aglio Olio, Ayam Goreng Berempah dan Sup Tomyam Putih. Pastinya akan membangkitkan selera makan anak ketika berbuka nanti. Tak lupa juga, di sini ada minuman air 7 balang, aneka kuih muih, aneka bubur dan minuman panas.  Bolehlah anda nikmati kopi sebelum pulang ke rumah. 

Restoran Bara Stulang
Aneka Pencuci Mulut

$ads={2}

Akhir Kata

Secara keseluruhannya, makan buffet ramadhan di Restoran Bara Stulang ini memang sangat puashati. Lokasi yang terbaik, suasana dalam restoran yang mewah dan selesa ditambah lagi dengan pilihan makanan yang sangat sedap. 

Pasal harga pulak memang tak perlu risau kerana harganya bagi aku sangat berbaloi dengan makanan yang anda terima. Akhir kata, anda yang berasa di sekitar Johor atau dimana jua, bolehlah cuba makanan di sini ya!

Jangan lupa booking ya, esok hari terakhir untuk anda dapatkan harga promosi. 


Seafood Buffet Santapan Bara

📍 Restoran Bara Stulang, Johor Bahru
🗓️ 24 Mac - 22 April 2023
🕖 7:00pm -  9:30pm

💸 Harga Bufet
RM59.80 per Dewasa
RM39.90 per Kekanak
(6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 014-722 4205 | 017-755 2049

هناك تعليق واحد:

Sila tinggalkan comment korang disini!