Nak tempat buffet ramadhan yang sedap sambil ditemani pemandangan sunset dan
laut? Restoran Bara Stulang terletak di Stulang Laut, Johor ini menyediakan
makanan seafood yang enak dengan suasana restoran yang cukup mendamaikan.
Mana yang dah lama stay JB, mesti tahu Stulang Laut ni bukan sahaja kedai
makannya penuh tapi parking pun penuh dan susah nak parking. Aku kalau datang
Stulang tu mesti datang awal, sebabnya parking sentiasa penuh sampai kena
pusing banyak kali.
Iftar Makanan Seafood di Restoran Bara Stulang
Restoran Bara Stulang |
Bayangkan tempat parking berbayar pun kemain penuh. Sebab tu, nak datang Stulang ni kena datang awal, kalau datang jam 7 ke atas, fuhhh bersabarlah ye anda semua mencari parking.
Restoran ini terletak di sebelah Sekolah Menengah Foon Yiew, Stulang Laut
Johor. Betul-betul disebelah sekolah menengah cina, jadi bolehlah anda parking
di depan pagar sekolah dan pastikan bukan di pintu pagar ye nak parking tu.
Menu buffet ramadhan |
Restoran Bara Stulang ni, anda jangan risau memang mereka sediakan parking
untuk pelanggan mereka cuma parkingnya agak limited. Selain itu, kemudahan
surau dan tandas juga ada disini. Layanan staff dan servis mereka bagi cukup
mesra dan peramah.
Kalau nak makan-makan untuk berbuka puasa dan bawa keluarga, aku cadangkan
anda berbuka puasa di sini. Tempat cantik, makanan sedap dan servis
terbaik.
Sambal Kupang, Ikan Masak Asam Pedas |
Menu buffet ramadhan yang boleh anda cuba ialah Ikan Bakar Pari, Siput Sedut
Masak Black Pepper, Udang Buttermilk, Udang Masak Lemak, Kupang Masak Halia,
Sotong Masak Sambal dan macam-macam lagi. Disini juga menyediakan Kambing
Golek bersama sambal mint sos yang mereka buat sendiri. Menu di sini juga akan
bertukar pada setiap hari.
Udang Masak Sambal, Kupang Masak Halia |
Untuk kanak-kanak, anda boleh berikan mee spagetthi Aglio Olio, Ayam Goreng
Berempah dan Sup Tomyam Putih. Pastinya akan membangkitkan selera makan anak
ketika berbuka nanti. Tak lupa juga, di sini ada minuman air 7 balang, aneka
kuih muih, aneka bubur dan minuman panas. Bolehlah anda nikmati kopi
sebelum pulang ke rumah.
Aneka Pencuci Mulut |
Akhir Kata
Secara keseluruhannya, makan buffet ramadhan di Restoran Bara Stulang ini
memang sangat puashati. Lokasi yang terbaik, suasana dalam restoran yang mewah
dan selesa ditambah lagi dengan pilihan makanan yang sangat sedap.
Pasal harga pulak memang tak perlu risau kerana harganya bagi aku sangat
berbaloi dengan makanan yang anda terima. Akhir kata, anda yang berasa di
sekitar Johor atau dimana jua, bolehlah cuba makanan di sini ya!
Jangan lupa booking ya, esok hari terakhir untuk anda dapatkan harga
promosi.
Seafood Buffet Santapan Bara
📍 Restoran Bara Stulang, Johor Bahru
🗓️ 24 Mac - 22 April 2023
🕖 7:00pm - 9:30pm
💸 Harga Bufet
RM59.80 per Dewasa
RM39.90 per Kekanak
(6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 014-722 4205 | 017-755 2049
📍 Restoran Bara Stulang, Johor Bahru
🗓️ 24 Mac - 22 April 2023
🕖 7:00pm - 9:30pm
💸 Harga Bufet
RM59.80 per Dewasa
RM39.90 per Kekanak
(6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 014-722 4205 | 017-755 2049
1 Comments
Sedapnya..
Sila tinggalkan comment korang disini!